Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, August 15, 2012

Niaga Untung Hari Ini - Jual Beli Fatwa

Mustapa menyampaikan habuan berjumlah RM2 juta kepada Abdullah.

Monday, August 13, 2012

Bantah Seksyen 114A - 14 Og0s 2012, Hari Internet Blackout

 

Anwar Ibrahim Layak Jadi PM - Haji Hadi

NONE
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News.

Hadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Thursday, August 9, 2012

Pakatan Rakyat Lancar Logo, Tema Kemerdekaan Ke 55

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg282QxsgZacq6xJHWj1S_iPYYGJXqGIM7HiJ24UguHdcevcycZLGNMVJiuX8qZtOqVT1sgAnvZqm7_fqcVKokDs5UCZBaRrCJ4w8QU74_zlgUEcCZtEjyFmVyZ2lr3QEKsh8kZK9gKFRs/s1600/Logo+rasmi+sempena+sambutan+ulangtahun+kemerdekaan+ke-55+oleh+Pakatan+Rakyat.jpg 

Gambar diatas adalah Logo rasmi sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com 

Cerita berkaitan

Wednesday, August 8, 2012

Terbaru: Seorang Lagi Pemimpin Sabah Umum Sokong Pakatan Rakyat


Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.


Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

Google Hangout: Anwar Ibrahim Pemimpin Pertama Menjadi Tuan Rumah. #BorakAnwar Live di Youtube dan Facebook

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia “celik teknologi” yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia. 

Program “Borak Bersama Anwar” chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.

Tuesday, August 7, 2012

Sebutir Perak Buat Malaysia

05 Ogos 2012

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Lee Chong Wei yang mengutip sebutir pingat perak buat seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi, namun pingat perak adalah satu sumbangan berharga daripada Lee Chong Wei yang sudah begitu la menyumbang bakti kepada negara.

Begitupun kami, rakyat Malaysia menanti kepulangan wira kami Lee Chong Wei dengan rasa bangga dan marilah kita meraikan bersama-sama kejayaan ini dengan semangat Sebangsa, Senegara , Sejiwa .

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Wednesday, August 1, 2012

Merdeka 2012: "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"

Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.