Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, June 10, 2013

Himpunan Aman Black 505 Di Padang Merbok 22 Jun 2013

Pakatan Rakyat telah memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman Black 505 di Padang Merbok yang mulanya dijadualkan pada 15 Jun 2013 dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak berkuasa.

Penganjur juga menerima nasihat kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak mengadakannya di Dataran Merdeka, walaupun itu adalah tempat perhimpunan yang dituntut oleh banyak pihak.

Saya mengambil kira rayuan pihak-pihak yang telah pun mempunyai perancangan program di Padang Merbok pada 15 Jun 2013.

Tuesday, June 4, 2013

Takziah, Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia. Al-Fatihah!


S SHAMSUDDIN MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH | Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50han S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.

Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Monday, June 3, 2013

‘Blackout 505’ di KL pada 15 Jun

Himpunan membantah keputusan Pilihan Raya 2013 akan diadakan pada 15 Jun depan di Kuala Lumpur, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berkata, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan.

“Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang.

Selepas Wang Haram, Malaysia Kini Penyeludup Steroid?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menetapkan operasi pengedaran steroid di seluruh dunia yang sebahagiannya berjaya di Malaysia di bawah Washington DC Kingpin Statute, mensasarkan pengedar dadah besar-besaran termasuk kartel Tijuana terkenal di Mexico, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Langkah itu muncul selepas Liberty Reserve, pengubah mata wang global yang berdaftar di Costa Rica, didakwa minggu lepas kerana menjalankan operasi pengubahan wang haram AS$6 bilion (RM18.6 bilion) dikatakan terbesar di dunia, dan melibatkan pengurup wang tidak berlesen berpangkalan di Malaysia seperti diakui Bukit Aman.

Harga Rokok Naik 3 Peratus

 

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".