Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, February 12, 2014

Adenan Satem Diumum Ketua Menteri Sarawak Baru

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem.
Taib mengumumkan demikian selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Adenan, 70, kini merupakan ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan penasihat khas kepada ketua menteri, dengan berstatus menteri negeri.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri persekutuan pada 2008.

Pada tahun 2011, beliau dipilih sebagai calon PBB dalam pilihan raya negeri, untuk mempertahankan kerusinya Tanjung Datu, yang dimenanginya dengan majoriti yang selesa.

Mengapa Elok Tidak Berbalah Dengan Anwar Ibrahim

Elok untuk bacaan orang muda Parti Islam. Parti itu politik. Kerajaan itu politik. Maka langkah juga perlu politik.

*******************************

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai  calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Mengingati 65 Tahun Shahidnya Hassan Al-Banna

Pada hari ini 12 Feb 2014, genaplah 65 tahun syahidnya Imam Hassan al-Banna dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Mesir khususnya dan seluruh dunia amnya. Beliau meninggal dunia pada 12 Februari 1949.

Beliau merupakan pengasas gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada Mac 1928 di bandar Ismailiyyah.

Latar belakang

Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah).

Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Saya Buat Apa Yang Perlu Untuk Rakyat - Lee Chin Cheh

Lee Chin Cheh kelihatan tenang orangnya, hampir tidak menyedari kesan dilakukannya mampu menggemparkan negara apabila beliau secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, dua minggu lalu.
 
Enggan menyahut cerita-cerita yang berputar di media, ahli korporat dan peguam pindah hak itu berkata, kehidupannya berjalan seperti biasa.

Pada ketika ini, kisah mengapa bekas Adun PKR penggal pertama itu meletak jawatan, menjadi cerita biasa di kalangan rakyat Malaysia.

Tuesday, February 11, 2014

Sasakawa Jepun Minta Maaf Kepada Anwar

 
Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) meminta maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang daripada memasuki Jepun pada bulan lepas sewaktu ke sana untuk berucap pada satu majlis.

Sah Anwar Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding merebut jawatan presiden PKR manakala penyandang Datuk Seri Wan Azizah Ismail, yang juga isterinya, mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga.
“Di tahun-tahun kebelakangan ini, Azizah membayangkan untuk menyokong dari belakang, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama cucu dan sekali gus menjaga datuknya,” Anwar dipetik sebagai berkata, sambil berseloroh.

Tuesday, February 4, 2014

PKR Nafi Adun Keluar Parti Menjelang PRK Kajang




KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.
 
Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut.

Seorang Lagi Tawar Diri Bertanding PRK Kajang


PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.

Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.

Abdul Khalid, Zuraida Ketuai Jentera PRK Keadilan

n25_kajangMenteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Jentera KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 DUN Kajang, manakala Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalannya.

Sementara itu,  Borhan Aman Shah dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri (JPRN) dan bakal memainkan peranan penting dalam operasi dan gerak kerja kempen KEADILAN bagi PRK N25 DUN Kajang.

Forum Serampang Kajang Rabu Ini

Forum_Seramnpang_Kajang 

KUALA LUMPUR 3 FEB: ‘Forum Serampang Kajang’ akan diadalan di Ballroom, Hotel Empire, Subang pada hari Rabu, 5 Februari ini bermula jam 8.30 malam.
 
Antara panelis yang hadir ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Puda dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Monday, February 3, 2014

PRK Kajang, Umno Lebih Awal Membazir - Saifuddin Abdullah

KOTA BHARU: “Kalau hendak dikatakan membazir, maka Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang.
 
“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Thursday, January 30, 2014

Anwar Ibrahim Menang Sebelum Bertanding?

Jika benar, tahniah atas kemenangan awal calon Pakatan Rakyat Dun 25 Kajang.

Ingatan, jangan mudah tersenyum, Umno Bn pastinya akan melakukan perancangan lain dengan menghantar calon-calon bebas untuk membuat kacau dan menarik undi-undi.