Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, November 27, 2012

Khalwat - KP Kesihatan Digantung Tugas

ddd


PUTRAJAYA: Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan Isnin memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

Guru Dipecat Kerana Hadiri Ceramah @anwaribrahim

Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.

Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.

Scorpene: LIVE dari Singapura l 27 Nov 2012 l 12 Tengahari - SAMM Beri Ruang Rakyat Peroleh First Hand Information

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan Live dari Singapura - Taklimat Scorpene oleh Peguam Perancis. Diawalnya, peguam Perancis ini dijemput Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, untuk menjelaskan berkenaan isu ini kepada semua ahli parlimen di bangunan Parlimen Malaysia. Malangnya telah dihalang oleh Speaker.




Johor: Majoriti Kerusi Parlimen Dan Negeri Milik PR



 
Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Johor 21 Julai 2012



PAS meramalkan Pakatan Rakyat mampu merampas tidak kurang daripada tujuh kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, berdasarkan dakwaan peralihan sokongan pengundi muda, kumpulan kelas pertengahan dan perubahan sokongan pengundi Cina di negeri itu.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki mendakwa penemuan tersebut "hampir selari" dengan penemuan kajian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan sembilan kerusi parlimen di Johor dikategorikan sebagai kawasan hitam bagi BN.

Friday, November 23, 2012

Pembukaan Kedai Paris Hilton Di Mekah. Mana Senstiviti Arab Saudi?


 

BARU-BARU ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.

Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

Thursday, November 22, 2012

Percuma: d'Masiv Live in Malaysia l 25 Nov 2012 l ICT Shah Alam




Jom kaki-kaki karaoke ke ICT Shah Alam, Ahad ini. Kiya layan live kumpulan d'Masiv dari Indonesia.

Ada juga persembahan dari artis-artis tempatan seperti Sixth Sense, Ito Blues Gang, Fraudisputescapade. Juga lawak jenaka dari Say Who Maharaja Lawak Mega.

Siapa tahu nasib akan berubah dengan Cabutan Bertuah hadiah lumayan.

Wednesday, November 7, 2012

Dr Asri - Kenyataan Nurul Izzah Mungkin Disalah Tafsir


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Isu Izzah: Penjelasan Panelis Forum, Dr Mujahid Yusof Rawa

 Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid
 

SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Jom Ke Program Bedah Buku "Mendepani Zaman" l 4 Nov 2012 l @AICMalaysia


Anwar Ibrahim Club (AIC),Alumni Sekolah Politik (ASP)
dan Pusat Khidmat Dun Sri Setia menjemput  hadirin semua untuk hadir ke program Bedah Buku "Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke 21 " tulisan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Adun Sri Setia seperti tentatif berikut :
   Tarikh : 8 hb November 2012 (Khamis)
   Tempat : Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia(hadapan Lebuhraya Pantai Baru)
                 10-1 Jalan PJS 10/2, Taman Subang Indah, 46000 Petaling Jaya
   Masa    : 8.00 pm
   Pembedah buku : Al Azadi ( Timbalan Presiden AIC),
                             Irwan Hidayat (Presiden Alumni Sekolah Politik)
                             YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Penulis buku)

Thursday, November 1, 2012

Wassatiyah Umno: RM12Juta Untuk Selenggara Rumah Rasmi PM Dan TPM


KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana (gambar), kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.