Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, October 10, 2012

Kedutaan Di Doha Ditutup Menegejut

DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Lagi Usaha Pecah Belah PR Dalam Dalam


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

"Timbalan Mursyidul Am, Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.

Tuesday, October 9, 2012

Pelajar Tajaan JPA Miliki Ganja

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan sebuah universiti di Yogyakarta ditahan Polis Indonesia Sabtu lalu kerana memiliki ganja seberat 6.8 gram.
  
Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan  Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).

Mahathir: Undi Umno Adalah Undi Untuk Syaitan


SHAH ALAM 08 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi untuk pembangkang adalah mengundi untuk spekulator mata wang George Soros.

Jemputan Ke Peluncuran Buku 'Pendedahan Di Parlimen"


Thursday, September 13, 2012

Program #MeetAnwar Di Sarawak



Program Meet Anwar atau Dialog anak muda Bersama Dato'Seri Anwar Ibrahim adalah aktiviti penting yang diadakan oleh AIC (AnwarIbrahim Club), Sepanjang penubuhannya telah 6 kali program ini diadakan bagi memberi ruang anak muda bertemu dan berinteraksi dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Friday, September 7, 2012

Tahniah! PKR Lancar Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat

Lebih gempak, lebih efisyen, lebih menggerunkan!

Sebentar tadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengorak langkah baru merasmikan senjata politik mereka yang baru, Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat.

Problem Dunia difahamkan Trailer ini adalah kesinambungan dari bas Merdeka Rakyat yang telah dibawa pusing ke Malaysia timur dan utara sebelum ini.

Satu langkah ke hadapan bagi menagkis serangan parti kaya raya Umno dan Barisan Nasional. Problem Dunia sangat-sangat salute dan tidak pernah terlintas parti politik di Malaysia akan mempunyai Trailer senjata politik mereka.

Politik di Malaysia telah ke hadapan.

Selepas dirasmikan, trailer Merdeka Rakyat akan bertempur ke Negeri Sembilan untuk siri jelajah Merdeka Rakyat.

Thursday, September 6, 2012

Tuesday, September 4, 2012

Pelacur Rumah Allah Di Kenal Pasti. Sebarkan!

 
Sebaran di perlukan!

Ini lah muka-muka wanted yang menyerang masjid Pumpong tempoh hari (Perkasa Kota Star / kunon2 orang kampung sana), Sila kenal dan hadamkan muka mereka..
Tahu apa perlu anda buat? 

Lagak Saiful Bukhari Inginkan Perhatian - Mark Trowell, The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 2


Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

NONEPengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak
minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

Jom Join AIC Forum



Sekitar 5 tahun lepas Forum AIC menjadi trendy dan meletup di alam maya.

Kini Anwar Ibrahim Club kembali menghidupkan forum ini dengan idea-idea baru dan lebih menarik. 

Forum AIC adalah tempat berhimpun kenalan baru, isu-isu terkini dan sumber-sumber tepat.

Jom ramai-ramai kita panaskan Forum AIC

Monday, September 3, 2012

PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah - AIC Malaysia

PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah

Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangkamasa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.

Tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.

Wednesday, August 15, 2012

Monday, August 13, 2012

Bantah Seksyen 114A - 14 Og0s 2012, Hari Internet Blackout

 

Anwar Ibrahim Layak Jadi PM - Haji Hadi

NONE
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News.

Hadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Thursday, August 9, 2012

Pakatan Rakyat Lancar Logo, Tema Kemerdekaan Ke 55

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg282QxsgZacq6xJHWj1S_iPYYGJXqGIM7HiJ24UguHdcevcycZLGNMVJiuX8qZtOqVT1sgAnvZqm7_fqcVKokDs5UCZBaRrCJ4w8QU74_zlgUEcCZtEjyFmVyZ2lr3QEKsh8kZK9gKFRs/s1600/Logo+rasmi+sempena+sambutan+ulangtahun+kemerdekaan+ke-55+oleh+Pakatan+Rakyat.jpg 

Gambar diatas adalah Logo rasmi sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com 

Cerita berkaitan

Wednesday, August 8, 2012

Terbaru: Seorang Lagi Pemimpin Sabah Umum Sokong Pakatan Rakyat


Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.


Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

Google Hangout: Anwar Ibrahim Pemimpin Pertama Menjadi Tuan Rumah. #BorakAnwar Live di Youtube dan Facebook

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia “celik teknologi” yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia. 

Program “Borak Bersama Anwar” chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.

Tuesday, August 7, 2012

Sebutir Perak Buat Malaysia

05 Ogos 2012

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Lee Chong Wei yang mengutip sebutir pingat perak buat seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi, namun pingat perak adalah satu sumbangan berharga daripada Lee Chong Wei yang sudah begitu la menyumbang bakti kepada negara.

Begitupun kami, rakyat Malaysia menanti kepulangan wira kami Lee Chong Wei dengan rasa bangga dan marilah kita meraikan bersama-sama kejayaan ini dengan semangat Sebangsa, Senegara , Sejiwa .

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Wednesday, August 1, 2012

Merdeka 2012: "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"

Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.