Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, January 30, 2014

Dr Maza Tegur Dinasour Politik?

Siapa Yang Dimaksudkan Dr Maza? 
Anwar Ibrahim atau Mahathir? Siapa lebih patut berundur!


Berita berkaitan..

Anwar Ibrahim Jamin Beri Penjelasan Isu PRK Kajang


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin untuk memberikan penjelasan mengenai persetujuannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.
Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka selepas Tahun Baharu Cina.

"Saya tahu bahawa perlunya penjelasan lebih lanjut yang akan saya lakukan dalam masa terdekat.

Selepas Yukves, Ramlan Reformis Umum Tanding Bebas PRK Kajang


SHAH ALAM - Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mahu mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang akan datang.
Ramlan berkata, keputusan dibuat setelah melihat politik kotor yang diamalkan oleh Anwar sehingga melibatkan kesusahan rakyat  Selangor.

Anwar Akui PRK Kajang Satu Pembaziran


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui soal kos menjadi perhatian PKR sehingga parti itu mengeluarkan arahan supaya pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang itu dijalankan dengan kos seminimum mungkin.
PKR bakal menggunakan poster-poster lama sepanjang tempoh berkempen.

DAP Beri Sokongan Penuh Kepada Anwar


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini berkata Pakatan Rakyat menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
"Kita tidak tahu apa yang berlaku yang membawa kepada bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, tetapi selepas pertemuan dengan pemimpin Pakatan di Kuala Lumpur semalam, kami bersetuju Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil itu," katanya, dalam satu sidang akhbar hari ini.

Nik Aziz Setuju Anwar Bertanding, Cabar BN Pulaukan PRK Kajang

Laporan akhbar bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan 

 

PETALING JAYA:Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN tersebut satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Katanya, laporan akhbar bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

PAS Komited Kempen PRK Kajang - Mat Sabu

 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Ketenangan Khalid Ibrahim Meresahkan Lawan

 
 Tiga jam selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di Kajang, para pemerhati masih bingung memahami kesannya.
Pengumuman itu dilakukan ketika spekulasi hangat diperkatakan Anwar bakal menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun keadaan di pejabat menteri besar masih tenang, berbeza dengan ribut taufan kata-kata dan spekulasi di luar.

Kedatangan Malaysiakini kira-kira jam 2.30 petang itu disambut dengan berita dari pembantu beliau bahawa Khalid sibuk dengan mesyuarat di rumah beliau sendiri sejak jam 8 pagi.
Kemudian beliau bergegas ke ibu pejabat PKR bagi mengumumkan pencalonan Anwar sebelum terus ke temujanji bersama media bagi menjelaskan keadaan semasa.

Pembantu beliau yang melayan pasukan Malaysiakini berkata, Khalid mahu terus bersama kami walaupun baru selesai mengadakan temubual dengan media lain dan menunda makan tengah harinya.

Monday, June 10, 2013

Himpunan Aman Black 505 Di Padang Merbok 22 Jun 2013

Pakatan Rakyat telah memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman Black 505 di Padang Merbok yang mulanya dijadualkan pada 15 Jun 2013 dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak berkuasa.

Penganjur juga menerima nasihat kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak mengadakannya di Dataran Merdeka, walaupun itu adalah tempat perhimpunan yang dituntut oleh banyak pihak.

Saya mengambil kira rayuan pihak-pihak yang telah pun mempunyai perancangan program di Padang Merbok pada 15 Jun 2013.

Tuesday, June 4, 2013

Takziah, Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia. Al-Fatihah!


S SHAMSUDDIN MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH | Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50han S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.

Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Monday, June 3, 2013

‘Blackout 505’ di KL pada 15 Jun

Himpunan membantah keputusan Pilihan Raya 2013 akan diadakan pada 15 Jun depan di Kuala Lumpur, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berkata, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan.

“Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang.

Selepas Wang Haram, Malaysia Kini Penyeludup Steroid?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menetapkan operasi pengedaran steroid di seluruh dunia yang sebahagiannya berjaya di Malaysia di bawah Washington DC Kingpin Statute, mensasarkan pengedar dadah besar-besaran termasuk kartel Tijuana terkenal di Mexico, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Langkah itu muncul selepas Liberty Reserve, pengubah mata wang global yang berdaftar di Costa Rica, didakwa minggu lepas kerana menjalankan operasi pengubahan wang haram AS$6 bilion (RM18.6 bilion) dikatakan terbesar di dunia, dan melibatkan pengurup wang tidak berlesen berpangkalan di Malaysia seperti diakui Bukit Aman.

Harga Rokok Naik 3 Peratus

 

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".