Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, September 7, 2011

Sambutan Kemerdekaan ke 54 di Selangor 'Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera'

Jangan kena samun berparang dengan Mat Rempit India sudeh..

Kerajaan Selangor akan menganjurkan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bertemakan 'Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera'.

Program sambutan itu akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Acara-acara menarik yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak semua rakyat Selangor menghadiri program tersebut bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment