Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.
Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.
Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.
Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.
Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.
Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.
Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.
Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.
Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.
Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.
Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.
Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.
Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.
Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?
Best Ever, Tolong Klik Sini!
Showing posts with label Chegubard. Show all posts
Showing posts with label Chegubard. Show all posts
Thursday, October 7, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Kompromi Politik, Samsul ke Naib Presiden, Chegubard Bertanding Ketua AMK
| Setelah dua penggal menerajui Pemuda PKR (AMK), ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkemungkinan besar tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu kali ini. Beliau sebaliknya akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti itu - dilihat sebagai satu kompromi bagi memberikan laluan kepada pencabar utamanya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin. Sumber-sumber memberitahuMalaysiakini, Shamsul, 36, mengambil keputusan itu setelah menimbangkang permintaan anggota sayap kanan parti itu yang mahukan 'orang muda' diberikan peranan lebih besar di peringkat pusat. "Keputusan ini juga dibuat dengan mempertimbangkang kekosongan yang bakal ditingglkan dua naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden," kata sumber-sumber itu. Sebelum ini, difahamkan terdapat usaha memujuk Shamsul dan Badrul yang dilihat mempunyai kekuatan seimbang bagi berkompromi membentuk satu pasukan - tindakan yang dilihat menang-menang bagi kedua-dua pihak. Ini kerana, jika berlaku pertembungan empat penjuru - dengan anggota MPP Rafizi Ramli dan pemimpin cabang Hasmi Hashim - kemungkinan besar akan berlaku perpecahan undi menyebabkan kelebihan memihak kepada calon lain. Manakala Shamsul pula dijangka selesa apabila mendapat dokongan sayap Pemuda - antara undi penentu bagi perebutan jawatan kanan PKR. Dalam masa yang sama, Shamsul dan Badrul sama-sama dilihat orang lama dalam AMK sejak gerakan reformasi 1998. Ditanya lanjut tentang rundingan Shamsul dengan Badrul, sumber-sumber bagaimanapun berkata pengerusi PKR Melaka itu sebenarnya juga cuba 'didampingi' bakal calon lain. "Bagaimanapun, esok macam-macam boleh terjadi. Kata Winston Churcill, dalam politik, satu hari pun dikira lama," kata mereka sambil ketawa. Shamsul bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hanya berkata: "Minta tunggu esok". |
Friday, April 16, 2010
Amaran Buat Umno BN: 67 Ahli MIC Masuk PKR
67 ahli MIC di Bagan Pinang, Port Dickson istihar keluar MIC dan mohon masuk KEADILAN kerana kecewa dengan pembohongan berterusan Bn. Majlis tak buat di hotel atau dibayar tetapi ia terjadi kerana kesedaran dan kemarahan rakyat.
Makcik ini menangis kerana serik ditipu dan lebioh lagi mengenang nasib dia dan keluarga yang tertinggal susah.
Semasa PRK Bagan Pinang, macam2 janji yang masih belum ditunai.. Sekarang berjanji pula di PRK Hulu Selangor..Rakyat akan bangkit menagih janji..!!
Anggaran kos = 50 juta!!
Janji di PRK Bagan Pinang>
Sekolah Menengah Baru (RM 20 juta), MANO?
Kos membaiki 21 sekolah Cina & Tamil (RM 3.8 juta), MANO??
Pusat Permata Negara (RM 400,000), MANOOO??!!!
150 unit rumah awan di Ladang Siliau (RM 25 juta), MANO????
Peruntukan kepada 3 buah sekolah "Chinese Vernacular School" (RM 480,000), MANO!!??
Yang bertuah badan, ADUN Bagan Pinang yo, sobab dapek bini baru!! (Tapi tak beghapo baghu bona!!)
dikhabarkan juga sekolah yang Muhiyuddin buat upacara pecah tanah ialah program tipu kerana ia dibuat atas tanah yang disewa hanya untuk ceramah politik. Tuan tanah pun terkejut bagi sewa untuk ceramah tetapi siap buat pecah tanah nak buat sekolah.
Anggaran kos = 50 juta!!
Janji di PRK Bagan Pinang>
Sekolah Menengah Baru (RM 20 juta), MANO?
Kos membaiki 21 sekolah Cina & Tamil (RM 3.8 juta), MANO??
Pusat Permata Negara (RM 400,000), MANOOO??!!!
150 unit rumah awan di Ladang Siliau (RM 25 juta), MANO????
Peruntukan kepada 3 buah sekolah "Chinese Vernacular School" (RM 480,000), MANO!!??
Yang bertuah badan, ADUN Bagan Pinang yo, sobab dapek bini baru!! (Tapi tak beghapo baghu bona!!)
dikhabarkan juga sekolah yang Muhiyuddin buat upacara pecah tanah ialah program tipu kerana ia dibuat atas tanah yang disewa hanya untuk ceramah politik. Tuan tanah pun terkejut bagi sewa untuk ceramah tetapi siap buat pecah tanah nak buat sekolah.
Wednesday, March 24, 2010
Rumah CheguBad Dilontar Bom Petrol
SEREMBAN 24 MAC: Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di sini, menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini dipercayai perbuatan bermotifkan politik.Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.
Ketua Cabang PKR Rembau itu menyedari rumahnya dibaling dengan bom petrol kira-kira 1.30 pagi.
“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Malaysian Insider awal pagi.
Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.
Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.
Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.
“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.
Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.
“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)