Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Jika Soi Lek Terus Berdegil, Ikatan UMNO - MCA Akan Terlerai

'Hubungan tak dapat dikukuh'

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Hubungan antara UMNO dengan MCA tidak akan dapat dikukuhkan sekiranya Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terus membangkitkan isu mengenai penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau hairan mengapa Soi Lek masih berdegil untuk membangkitkan isu berkenaan sedangkan kaum bumiputera terutamanya orang Melayu tidak pernah mengambil apa-apa hak kaum Cina di negara ini.
Jelas Khairy, jika benar Presiden MCA itu prihatin dengan nasib orang Melayu, beliau seharusnya menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor swasta dan bukannya mengkritik mengenai isu ekuiti bumiputera itu.
"Saya rasa perkara seperti ini tidak wajar dibangkitkan lagi kerana ia telah dipersetujui bersama sebelum ini.
"Dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak berniat untuk membalas kritikan tersebut sebaliknya berharap agar Presiden MCA itu sedar apa yang telah dilakukannya itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Soi Lek mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.
Menurut Soi Lek, ia adalah selaras dengan program transformasi ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini yang bermatlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kecewa dengan pendirian Soi Lek dan menyifatkan Presiden MCA itu masih menyimpan sikap prejudis dan iri hati terhadap orang Melayu di negara ini.
Katanya, kuota 30 peratus itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini yang masih jauh ketinggalan dalam sektor berkenaan.
"Orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak-ansur dan berkorban supaya kemakmuran ini dapat dikecapi bersama oleh bukan Melayu atas semangat perpaduan dan kepentingan negara.
"Justeru, apa salahnya jika bukan Melayu membiarkan kuota tersebut dikekalkan yang mana bakinya telah berjaya mereka kuasai tanpa ada sedikitpun halangan daripada kerajaan," katanya.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid pula berpendapat, Soi Lek tidak menghayati kesepakatan yang telah dibina oleh generasi terdahulu sebelum ini.
"Mereka (MCA) perlu sedar bahawa walaupun memiliki ekuiti sebanyak 30 peratus, tahap pencapaian orang Melayu sebenarnya masih jauh berbanding orang Cina di negara ini.
"Jika beliau (Soi Lek) tidak berpuas hati dengan apa jua isu, eloklah duduk berbincang dengan pihak yang berkenaan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

Monday, October 11, 2010

Tengku Adnan Paku Dulang Paku Sepih



Tengku Adnan bin Tengku Mansor merangkap Setiausaha Agong UMNO mula berfatwa.Fatwa beliau yang berbunyi "siapa makan cili dia yang terasa pedas" itu disiarkan media semalam rentetan pergaduhan pendapat antara beliau dengan Pemuda dan Puteri UMNO.Untung pula Wanita tidak dimarah sama.Tengku Adnan seperti dalam laporan ternyata sedih dengan sikap pemimpin Pemuda dan Puteri yang terkejar-kejar akan jawatan.Tambahnya,pemuda juga tidak faham perjuangan parti kerana tidak datang dari bawah.


Nampaknya,pertembungan dalaman UMNO semakin memuncak.Sekiranya sebelum ini Si Kitol (Khairy Jamaluddin) hanya dihentam teruk Perkasa dan blogger UMNO,kini telah ada pemimpin UMNO yang berani mengambil tindakan serupa.Perlu diingatkan,Setiausaha Agung adalah lantikan parti dan kebiasaannya dipilih oleh Presiden.Dan SU Agong biasanya bercakap atas keputusan parti dan Presiden.Oleh itu,adakah dalam pertembungan ini,Tengku Adnan menegur setelah diarahkan Najib selaku Presiden Umno?Kalau benar,maka itulah signal betapa KJ tidak perlu berangan untuk jawatan menteri selagi Najib berkuasa.UMNO kini dalam usaha menyingkirkan menantu ayah setelah ayahnya telah ditendang keluar.


Pernyataan Tengku Adnan adalah 100 peratus ditujukan pada Khairy.Satu Malaysia pun tahu betapa KJ ini mahu menduduki kerusi Perdana Menteri pada umur 40 tahun.Hebat sekali cita-cita beliau.Apapun,bukan Khairy yang menjadi perhatian penulis tapi Tengku Adnan.Kebiasaannya,sesiapa sahaja yang memberikan nasihat,orang tersebut mestilah tidak terlibat dengan perkara tersebut.Contohnya,untuk menasihati seorang mat rempit,si penasihat mestilah bukan mat rempit.Sekurang-kurangnya menjadi AJK belia di kampung.Itu baru kena.Tapi,sekirannya perangai penasihat dua kali lima orang yang dinasihati,itu namanya kata orang dia yang lebih!


Bagi penulis,Tengku Adnan ini tidak begitu kena untuk menasihati Khairy.Beliau bukan orangnya.Lainlah kalau dijemput 40 ulama muda untuk menasihatkan Khairy.Itu baru kena.Ini Ku Nan.Beliau ini marahkan KJ kerana gila jawatan atau sindir Najib yang tidak beri jawatan kepadanya?Ingat,Ku Nan ini Ahli Parlimen Putrajaya.Beliau lebih layak menjadi Menteri Wilayah Persekutuan berbanding Raja Nong Chik yang sekadar berpangkat senator.Dan beliau adalah bekas Menteri Pelancongan.Seterusnya,penulis juga tertarik dengan kata-kata Ku Nan yang mengatakan pemuda tidak faham perjuangan UMNO kerana tidak naik dari bawah.Habis Ku Nan ini bermula dari bawahkah?Adakah beliau bersusah payah memacak bendera suatu ketika dahulu atau bersusah payah bersama Pemuda Tahan Lasak?


Oleh itu,penulis dapat sedikit maklumat mengenai karier politik Tengku Adnan :

Tengku Adnan menyertai politik pada awal 1980-an. Antara jawatan penting yang pernah disandangnya dalam parti ialah Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 1988. Beliau mula dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 1993, tetapi gagal mempertahankan jawatan itu pada 1996. Bagaimanapun, pada pemilihan parti pada September 2004, Tengku Adnan sekali lagi terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Adnan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Jun 2000. Pada 29 November 2001 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi BN Wilayah Persekutuan. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, selepas persempadanan semula sebelum menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Jun 2004. Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr. Leo Michael Toyad pada 14 Februari 2006. Pada tahun 2008, beliau tersingkir daripada Kabinet dan digantikan oleh Azalina Othman Said.wikipedia.

Melalui biografi ringkas di atas,telah terbukti betapa beliau tidak bermula daripada bawah juga.Karier beliau juga bermula sebagai Bendahari Pemuda UMNO.Selain itu,sekiranya beliau ini tidak berminat mengejar pangkat,mengapa perlu menukarkan namanya kepada "Tengku Adnan" dan sanggup bersumpah mengatakan beliau adalah dari keturunan Sultan Melaka?Sekiranya seseorang itu tidak sukakan pangkat,namanya cukuplah sekadar yang ada.Tidak perlu bertengku,berwan,bertun,berdatuk dan segala macam ber.


Malah,nama Tengku Adnan sendiri menjadi popular dalam Pita Lingam satu masa dahulu di mana beliau dikatakan orang yang bertanggungjawab mengatur kedudukan hakim-hakim yang sehaluan.Kalau perkara tersebut benar,sudah semestinya Tengku Adnan bukan melakukan perkara itu saja-saja tetapi berkepentingan.Seterusnya,seperti yang ditulis Harakah satu masa dahulu,Tengku Adnan ini seorang taukeh judi Sports Toto! (sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3251&Itemid=1)

Tuntasnya,penulis berpendapat betapa Tengku Adnan ini hanya pandai mengkritik sahaja demi membina nama yang baik untuk karier politiknya.Sedangkan,beliau sendiri pun apa kurangnya.Mungkin beliau rindukan kerusi Menteri Pelancongan yang pernah didudukinya dahulu.


Friday, March 5, 2010

AIC: Khairy Politikus Lucu dan Dangkal

Kuala Lumpur – Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kedudukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang adalah satu kenyataan yang lucu dan dangkal.

Khairy berhujah bahawa pengekalan Dato’ Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kalau Khairy dulunya membantah “campurtangan asing” MP Australia yang mendesak pertuduhan ke atas Dato’ Seri Anwar digugurkan, apa hak Khairy untuk membantah muafakat PR untuk Dato’ Seri Anwar terus kekal mengepalai PR di Dewan Rakyat?

Khairy menyatakan bahawa tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR kini. Khairy mungkin buta sejarah, kerana sejarah Dewan Rakyat pasca merdeka pernah menyaksikan Almarhum Dato’ Onn Jaafar, perwakilan tunggal Parti Negara di Parlimen pada tahun 1959 dilantik menjadi Ketua Pembangkang meskipun pada ketika itu blok pembangkang didominasi oleh Pas dan Socialist Front. Memimpin PR memerlukan karisma dan kualiti kepimpinan yang fleksibel, dan ini jelas terbukti ada pada Dato’ Seri Anwar pada masa kini dan dipersetujui oleh PAS dan DAP khususnya.

Tidak timbul isu,sebagaimana didakwa Khairy, bahawa PR hanya bergantung kepada Dato’ Seri Anwar tanpa sebarang pelan penggantian. Ini kerana PR tidak mengamalkan pelan penggantian individu yang hanya ditentukan oleh pihak-pihak tertentu sebagaimana Umno. Sebaliknya segala keputusan mengenai hala tuju kepimpinan PR akan bergantung kepada Konvensyen setiap parti komponen dan juga Konvensyen PR sendiri di masa akan datang.

Ini berbeza dengan Umno, pengganti Presiden Umno misalnya, diputuskan oleh penyandang
Presiden terdahulu tanpa sebarang proses demokrasi, dan perwakilan Umno dalam Pemilihan Umno hanya menjadi rubberstamp untuk mengesahkan ‘pilihan hati’ penyandang meskipun pilihan itu boleh dipertikaikan kredibilitinya.

AIC berpendapat, adalah wajar bagi Khairy untuk memperkemaskan gerak kerja dan kedudukan beliau di dalam Pergerakan Pemuda Umno, daripada terus mengekori jejak yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar dan PR umumnya.

Jika Khairy merasakan bahawa Dato’ Seri Anwar mendatangkan masalah, AIC sepenuhnya bersetuju bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar sememangnya mendatangkan masalah, bukan kepada PR, tetapi kepada sistem korup dan perlaksanaan zalim kerajaan Umno-BN sehingga menyebabkan setiap inci jejak dan langkah yang diambil Dato’ Seri Anwar bisa mendatangkan racau terhadap kepimpinan Umno-BN.

Muhammad Shukri Md. Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)