Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Tan Tee Beng. Show all posts
Showing posts with label Tan Tee Beng. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

Undian SMS Edisi7 Katak-Katak Politik Perlu Kosongkan Kerusi


Undian SMS Edisi 7 menyatakan 93% berpendapat mereka yang kelaur parti perlu juga mengosongkan kerusi mereka. Itulah suara rakyat.

Sementara itu, semalam, Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar empat anggota Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

Empat anggota Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Karpal Singh berkata oleh kerana DAP merupakan anggota dalam pakatan pembangkang, beliau menyifatkan mereka sebagai satu keluarga dan berhak mencampuri urusan PKR.

"Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana mendakwa "pengkhianat" dalam PKR sudah tiada.

"Saya yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun saya lihat ia satu proses pembersihan parti," katanya.

Wednesday, March 3, 2010

Cabang Nibong Tebal Mengalukan Tindakan Tee Beng Keluar Parti

Fazallah Pit

NIBONG TEBAL 3 MAC: Selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jelutong mendedahkan tembelang Tan Tee Beng semalam, sebuah lagi cabang parti itu mendedahkan keributan yang cuba ditimbulkan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

Cabang itu ialah PKR Nibong Tebal yang menjadi tempat Tee Beng, seorang pemimpin bermasalah dalam parti untuk cuba memecahbelahkan perpaduan ahli cabang berkenaan dengan membawa amalan berpuak-puak.

Mendedahkan hal itu, Timbalan Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar berkata, Tee Beng sejak bergelar Ahli Parlimen banyak memporakperandakan keharmonian PKR cabang berkenaan.

Katanya, Tee Beng juga kerap mengecam ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja, selain menyerang Ketua PKR cabang berkenaan secara politik.

"Pelbagai fitnah turut dilemparkan melalui akhbar berbahasa Cina. Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga membuat serangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kelicikan Tee Beng untuk memecah-belahkan dengan membentuk puak tertentu dalam cabang parti berkenaan dapat dibendung Jawatankuasa PKR cabang itu.

"Tindak tanduk pemimpin bermasalah itu juga dilihat sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Lantaran itu, Mohd Kamil berkata, PKR cabang berkenaan mengalu-alukan tindakan Tee Beng keluar parti kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada perjuangan rakyat.

"Sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi," katanya lagi.

Mohd Kamil juga mencabar Tee Beng untuk meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana rakyat pada pilihan raya umum lalu memilih PKR, bukan Tee Beng secara peribadi.

"Sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal serta merta bagi membolehkan pilihan raya kecil dibuat. PKR Nibong Tebal bersedia menguburkan karier politik Tee Beng," tegas Mohd Kamil.