Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Ulama. Show all posts
Showing posts with label Ulama. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Selangor Anjur Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor

Kira-kira 600 peserta terdiri daripada mufti, penceramah, cendiakawan Islam, pendakwah, NGO serta ulama di Selangor menghadiri Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor yang bertujuan membincangkan mengenai perkembangan Islam di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu dan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata multaqa itu juga bertujuan melihat permasalahan berhubung penyebaran dakwah dan kaedah terbaik mengatasinya.

"Kita mencari kaedah terbaik bagaimana untuk menyampaikan dakwah seperti mengambil idea dari pelbagai negara tetapi apabila ingin mengaplikasikannya di Malaysia apa sahaja yang diambil dari luar perlu disesuaikan dengan realiti di negara ini.

"Dalam kita memfokuskan kepada usaha dakwah di kalangan umat Islam di negara ini pada masa yang sama memandangkan kita mempunyai rakyat berbilang kaum pemahaman tentang Islam juga harus diberitahu kepada kaum lain supaya tidak timbul salah faham terhadap agama ini," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Hasan berkata demikian selepas Majlis perasmian Multaqa dan seminar selama sehari itu oleh Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah mewakili kekandanya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor itu juga bertujuan menyuntik nafas baru dalam penyampaian mesej Islam, menyatukan hala tuju dakwah serta memupuk kesatuan dan meredakan perbezaan dalam pemikiran di kalangan peserta.

Selain itu Hasan berkata tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah Islam bukan sahaja terletak di bahu para ulama, pendakwah dan penceramah malah pihak lain seperti ketua jabatan dan NGO juga perlu memegang tanggungjawab itu dalam memastikan mesej yang hendak disampaikan diterima oleh semua pihak.

"Sudah sampai masanya juga kita kumpulkan pihak yang mempunyai intelektual terlatih dalam bidang dakwah seperti mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah (Phd) dalam bidang dakwah bagi membolehkan kita memperolehi lebih banyak ilmu yang bermutu," katanya.

Monday, June 28, 2010

Ulama Masuk UMNO: UMNO Kantoi Menipu, 4 Ulama Muda Nafi Masuk UMNO!

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Fatwa Baru Dr Mashitah Ibrahim: Penerangan Semula?

Wanita boleh sanggul tinggi selagi menutup aurat
Dari Harian Metro

SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.

Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.

Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu.

Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.

NWM
Kulim, Kedah


Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

Harian Metro

Rasulullah s.a.w bersabda:

“
akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-