Seorang Tokoh Umno Kelantan Siap Untuk Meninggalkan Parti
NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.
Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.
Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.
Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.
Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.
No comments:
Post a Comment