Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, January 31, 2012

Dr Mahathir Lupa Hubungan Akrab Dengan Amerika


Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.

Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.

Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.

Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

Hasan Ali Tubuhkan JATI Teruskan Perjuangan Akidah

Hasan Ali tubuh JATI teruskan perjuanganSHAH ALAM- Bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di sini.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai UMNO.

Mengulas JATI, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari depan.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan JATI bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.
Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya.

- BERNAMA

Bebelan Tukar Tiub Isu The Asia Wall Street Journal

The Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.

Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia. Saya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangan tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.

Penjelasan Anwar Ibrahim Isu Israel-Palestin

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:


“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

NFC Paksa Rasuah Polis - Datuk Shamsubahrin

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."
Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya.

Akhirnya Mahathir Berkata Yang Benar!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merancakkan’ lagi perdebatan mengenai kewujudan Hang Tuah dengan mendakwa adalah salah untuk mengagumi pemimpin dalam sejarah Melayu itu.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, semalam, beliau berkata Hang Tuah "terlalu setia" dan digambarkan melakukan perkara yang tidak terpuji sama sekali.

NONE"Beliau digambarkan sebagai seorang yang sebegitu baik, amat taat, begitu setia dan sanggup membunuh kawannya walaupun mengetahui bahawa (Hang Jebat) dihukum mati kerana sesuatu yang tidak dilakukannya.

"Untuk membunuh rakan-rakan ‘Hang’ bukan sesuatu yang terpuji langsung," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin.

Mengenai persoalan kewujudan pahlawan Melayu silam itu, Mahathir berkata "mungkin ada sedikit kebenaran dalam cerita itu" walaupun bukan semuanya boleh dipercayai.

Beliau berkata Hikayat Hang Tuah, yang meriwayatkan Hang Tuah mengalahkan semua negara  di dunia, termasuk Turki, tanpa menceritakan bagaimana beliau berada di negara itu tidak dapat diterima akal.

"Kebanyakan ini adalah fiksyen," katanya.

14 Tahun Konflik Mahathir-Anwar, Bila Kemuncaknya?

Sedar tak sedar sudah hampir 14 tahun pertembungan politik di antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar with us troopsSemenjak Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, pertarungan di antara dua gergasi politik ini masih belum lagi reda.

Cuma ada turun naiknya. Pertembungan reda seketika sewaktu Tun Abdullah Badawi memimpin negara.

Kedua-dua tokoh hebat. Seluruh negara diheret dalam pertembungan politik mereka.

Dr Mahathir masih mampu menyeret seluruh jentera kerajaan untuk bersamanya melawan Anwar – walaupun beliau melepaskan jawatan pada tahun 2003 lalu.

Anwar yang dulu anak didik kesayangan Dr Mahathir tidak kurang hebatnya, daripada seorang pemimpin nombor dua Umno, beliau mampu menyatukan parti politik pembangkang seperti PAS dan DAP serta menubuhkan PKR untuk bersamanya melawan Dr Mahathir.

Tidak Kisah Gelaran Profesor Ditarik, Ilmu Masih Bersama - Dr Aziz Bari

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.

NONE"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.

"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.

Dr Aziz (kiri) hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.

Menjawab pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Dr Abdul Aziz Bari Digugur Gelaran Profesor

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur.

Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Monday, January 30, 2012

Qazaf: Peguam Anwar Keluar Mahkamah Protes Hakim

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

NONEPeguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman (kiri) berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

T-Shirt AIC Rekaan Terbaru 2012 - Generasi Penggerak Zaman

Tempahan pembelian t-shirt AIC versi 2012 kini dibuka!

Harga: RM 20.00 sehelai (Termasuk Pos)
Tempahan: Setakat ini, hanya Melalui Email







Apa yang menarik di T-Shirt ini?
Tulisan tangan asli dari Dato' Seri Anwar Ibrahim di belakang T-Shirt =)


Apa yang anda perlu buat?

KLIK AICMalaysia

Tempah segera sebelum stok kehabisan ataupun diplagiat! :-)

Anwar Ibrahim Club: Kenyataan Media Berkenaan Isu Qazaf Melawan Fitnah Dan Politik Lucah

Kenyataan Media
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

30 Januari 2012


Sokong Pelaksanaan Qazaf Sebagai Mekanisme Syariah Untuk Halang Fitnah dan Politik Lucah

Hari ini, 30 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui barisan peguamnya akan mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur. Ini bertujuan agar Mahkamah meneliti semula keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan untuk mahkamah memerintahkan supaya Ketua Pendakwa Syarie mendakwa Saiful Bukhari berhubung dengan kes qazaf.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat pelaksanaan qazaf ini seharus dipermudahkan oleh Mahkamah, khususnya di dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar ini. Mahkamah Syariah mempunyai kapasiti yang jelas untuk membenarkan Saiful Bukhari dibicarakan melalui prosiding Mahkamah Syariah dan didakwa di atas tuduhan palsu yang beliau kemukakan pada tahun 2008.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 jelas membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas, malah berniat jahat.


Pelaksanaan qazaf ini, secara jelas berpotensi menutup ruang fitnah daripada dilakukan secara berleluasa, malah ia juga dapat mengekang budaya menggunakan pertuduhan palsu melibatkan jenayah seksual sebagai satu alat politik untuk memusnahkan kredibiliti mana-mana pihak.

AIC melihat pembunuhan karakter ke atas Datuk Seri Anwar sudah menjadi semakin parah. Sekiranya pelaksanaan qazaf ini diperlekeh dan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ianya bukan sekadar satu ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar, malah secara tidak langsung menafikan prospek perundangan syariah yang jelas menjulang pembelaan hak-hak dan maruah mana-mana individu daripada difitnah sewenang-wenangnya.


Adalah sangat mendukacitakan, di saat Malaysia disebut-sebut sebagai Negara Islam Contoh oleh pemimpin negara, budaya fitnah dan penggunaan politik lucah semakin berleluasa di Malaysia sehingga ke satu tahap yang membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila ianya dijadikan satu senjata politik dan seolah tidak terhalang dan kebal daripada undang-undang.


Justeru harapan besar rakyat Malaysia amnya dan umat Islam yang prihatin khususnya, agar pelaksanaan qazaf ini dapat direalisasikan. Ayuh bersama tolak budaya fitnah dan politik lucah demi kemaslahatan rakyat dan negara, demi menjulang politik baru yang lebih matang dan segar.


Saifuddin Shafi Muhamad
Setiausaha
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Video Seks Anwar Yang Kedua Pun Kantoi Tipu! HaHaHa


VIDEO seks yang dilakonkan oleh Anwar bersama dua orang maknyah Thailand, kononnya akan didedahkan oleh Dato T untuk dijadikan alat meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional sempena Pilihanraya ke 13.

Video seks itu kononnya dirakam ketika lawatan Anwar ke Thailand pada 12 dan 13 Jan 2011 yang lalu.

Dalam Utusan Malaysia, salah seorang Dato T, iaitu bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim mencabar Anwar mendedahkan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Jan tahun lepas.

Kononnya pada tarikh itu Anwar berada di Thailand melakukan hubungan seks dengan dua orang Mak Nyah Thailand. Maka tujuan mereka bertanya soalan itu kerana mahu membuktikan pada waktu itu Anwar tiada di Malaysia [maknyah Thailand].




Sunday, January 29, 2012

1Malaysia, Lembu dan Rakyat

Tersebut la suatu kisah seorang Perdana Menteri bersama seorang menterinya yg sedang dalam perjalanan dalam kempennya jelajah menawan hati rakyat menaiki sebuah jet peribadi...

Perdana Menteri : Kalau saya campakkan 100 ribu baucer BR1M ke bawah sekarang ini pasti berpuluh2 ribu rakyat akan gembira.. he he he..

Menteri : Tak perlu Dato Seri... kita campakkan sahaja 100 ribu baucer diskaun NFC untuk potongan harga bagi makanan di restoran mewah milik keluarga saya... sudah pasti lagi ramai rakyat gembira.. makan di restoran mewah tuuu.. ha ha ha..

Pemandu Jet : ( hmmm.. kalau aku campak dua-dua dari jet ni.. bukan kata 100ribu sahaja rakyat yang gembira tapi satu negara gembira...!! )
Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 27, 2012

Najib Pening? Rosmah Mansor Kacau Persiapan PRU-13?


Analisis

Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.

Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

Satu artikel dalam akhbar Australia  Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Kolumnis itu dalam satu kenyataanya  mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.

Syed Husin Fail Saman RM10 Juta Terhadap utusan melayu dan Zul Kulim

Oleh: Norutul Ilham 

KUALA LUMPUR : Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk ‘Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin’.

Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis beliau.

Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan 
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

Wednesday, January 25, 2012

Kolumnis Yakin Dakwaan Rosmah Mansor Belanja Beli Belah Benar

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Monday, January 23, 2012

Nik Aziz Sedia Isytihar Harta. Najib Bagaimana?

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

NONE"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan penghulu dan majlis penghulu mukim di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.

"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.

- Bernama

Gong Xi Fa Cai Dari Problem Dunia



 

Semoga kedatangan Tahun Naga kali ini akan membawa 
lebih keamanan, keadilan dan kebebasan 
kepada semua rakyat Malaysia!