Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, October 30, 2012

Public Mutual Digantung Dari Menguruskan Dana Pengeluaran KWSP


KUALA LUMPUR, 30 Okt —  Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.

"Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012," demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.

Monday, October 29, 2012

MB Khalid Tidak Jual Aset Rakyat, Noh Mungkin - Khalid Ibrahim


TANJONG KARANG, 28 OKT – Dengan semangat ‘Nasi Ambeng’ menyambut rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Parlimen Tanjong Karang sebentar tadi.

Hampir 400 orang penduduk sekitar DUN Permatang kelihatan gembira dan teruja apabila dapat melihat lebih dekat pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas hujah serangan yang dilemparkan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini.

Berita Terbaru @futsalPRakyat 4 Nov 2012, Ampang #futsalpialarakyat

Berita Terbaru!! Futsal Piala Rakyat anjuran bersama AMK dan AIC Malaysia terus menawarkan hadiah lumayan.


Saranan PD, cepat-cepat daftarkan team anda dan rebut peluang ini. Fair Play

Keluarga Speaker Dun Sabah Ishtihar Sokong PKR

Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah.
Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).

Khalid Ibrahim Akan Pertahan Kerusi Bandar Tun Razak


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang mengumumkan akan mencalonkan semula Khalid dalam ceramah di hadapan 300 hadirin di Sungai Besi pagi ini kerana "penduduk Bandar Tun Razak mesti tahu isu Talam".

Wednesday, October 24, 2012

Ulama Hanyut Selepas Sertai Umno - Dr Asri

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

PKR Bongkar Penyelewengan MB Negeri Sembilan Dan Konconya

PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.

Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.

Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.

Umum Sokong Umno, Restoran Cheng Ho Bungkus


Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam. 

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah.

Teruskan Perjuangan Islam Selepas Saya Tiada - Nik Aziz

KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.

“Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.


“Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian,” katanya di sini.


Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.

Tuesday, October 23, 2012

Minima 15 Kerusi Parlimen Sabah Dalam Tangan

MP Beaufort Datuk Lajim Ukin memohon maaf atas tindakannya memluluskan kontrak pembersihan kepada syarikat Alam Flora ketika menyandang jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Berucap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,000 orang pada malam tadi, Lajim menceritakan bahawa beliau meluluskan kontrak berkenaan atas arahan perdana menteri.

 "Saya kena ikut arahan dari big boss, " katanya yang turut mengaku bebas rasuah sewaktu beliau bersama BN.

Monday, October 22, 2012

Tiada Dalam Bajet 2013, Harga Rokok Naik RM0.20 Hari Ini

 
Harga Rokok Naik Mulai Isnin

[Bernama] KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

Gempar!! Nik Aziz Ajak Sokong Mahathir

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

Friday, October 19, 2012

Isu Hudud Islam: Cina Tegur Cina, Umno Melayu Menikus


Datuk Chua Jui Ming mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.

Sebelum ini,Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Jom Meriahkan Futsal Piala Rakyat 4 Nov 2012, Sport Planet Ampang


Futsal Piala Rakyat akan dianjurkan bersama AMK dan AIC Malaysia pada 4Nov 2012 bertempat di Sport Planet Ampang. Pertandingan menarik dan sengit untuk merebut hadiah berjumlah sehingga RM10,000.00

Wednesday, October 17, 2012

Persahabatan: Malaysia Tewaskan Hong Kong


KEMARAU Harimau Malaya memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sejak 2007, akhirnya ternoktah selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi.

Apa yang pasti, kemenangan itu pastinya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui percaturan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Pada perlawanan malam tadi, Harimau Malaya yang bermula garang begitupun kecewa apabila percubaan awal kapten, Mohd. Safee Sali terus ke dakapan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai pada minit ke-21.

MB Selangor: Masalah Zaman Umno Bn Telah Diperbetul


Masalah pentadbiran yang ditinggalkan oleh kerajaan BN dalam pengurusan syarikat negeri Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel) telah diperbetul, kata menteri besar Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, PIYSB berjaya melaksanakan banyak pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada tahun sebelumnya.

Katanya, antara kejayaan itu termasuklah pertambahan pengambilan pelajar yang terus meningkat kepada 11, 880 pelajar pada Oktober tahun ini berbanding 9,902 pada Oktober 2011.

Peguam Gesa Tubuh Tribunal Siasat Mata Lebam Anwar

Peguam N Surendren mengesa ditubuhkan sebuah tribunal pebagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam konspirasi Kes Liwat 1 empat belas tahun lalu.
 
Desakan itu dibuat peguam Surendran yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penarikan balik saman fitnah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap Anwar pagi tadi.

Tribunal perlu dibuat kerana beliau (Abdul Gani) dinyatakan sebagai berkonspirasi dengan Musa untuk menamatkan kareer politik Anwar.

“Penarikan balik saman menunjukkan bahawa segala fakta Anwar bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi terhadap beliau adalah benar dan ada asasnya.

ProblemDunia nampak pembatalan ini adalah akibat tekanan dalaman yang amat kuat untuk menutup beberapa isu yang lebih besar. Untuk pengetahuan semua, kes mata lebam ini adalah sangat berkait rapat dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir.

Thursday, October 11, 2012

Ahli Parlimen Umno Bn Dipenjara Kerana Menipu


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas. 


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, ProblemDunia dapati beliau dapat mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720) dengan majoriti sebanyak 1,335 undi. Beliau memperolehi 12,055 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 10,720 undi.

Fakta Sebaran Isu Air Selangor


SEJAK diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20 meter padu bernilai RM11.70 sebulan.