Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, May 31, 2013

Bekas MB Selangor Bakal Dipenjara


KUALA LUMPUR, 30 Mei — Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya hari ini.

The Star Online melaporkan dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusannya.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Thursday, May 30, 2013

10 Exco Selangor Selesai Angkat Sumpah

KLANG, 30 MEI: Sepuluh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Selangor mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai Speaker wanita dengan perlantikan Adun Subang Jaya Hannah Yeoh di dalam jawatan itu.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor berlangsung di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah Klang di sini.

Wednesday, May 29, 2013

Serangan Undur Najib Bermula. Bekas Menteri Templak Najib!

 

Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

Ini Senarai Exco Selangor Penggal 2013 - 2018


KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.


(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Tuesday, May 28, 2013

Janji Ditepati! Tahniah Pengundi, Kedah Sedia Laksana AES


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.
“Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan,” ujar Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Janji BN Dicapati: Harga Kereta Takkan Turun!

Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

PKR Kesal SPR Persenda Aduan, Dedah Laporan Polis

 

KUALA LUMPUR: PKR kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out).

“Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.