PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah
Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangkamasa 48 jam yang
melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Dato’
Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri
bermula 31 Ogos yang lalu.
Tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum
bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram
dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan
sambutan hangat oleh rakyat tempatan.
AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan
batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal
pasti, tetapi jelas perlakuan biadap ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut
ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang
Pumpong, Alor Star , Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah
menjadi barah.
Rujuk http://youtu.be/3Bx-Y8XAuVw
Semoga Kehancuran Menunggu PERKASA
Rakyat selama ini mendengar insiden menyerang individu atau mana-mana
pihak di rumah ibadat hanyalah kedengaran berlaku di negara yang
bertelagah seperti di Palestin dan wilayah bergolak Selatan Thai dan
dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai nilai dan akhlak sebagai
seorang manusia.
Namun apa yang membingungkan, perbuatan biadab ini berlaku di sebuah
negara majoriti Islam dan dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu yang
mengaku memperjuangkan agama dan bangsa. AIC ingin mempersoalkan tentang
munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di
dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi
penyebab kepada kejahilan tersebut.
AIC mendesak Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA untuk berani, meminta
maaf secara terbuka berhubung insiden malam tadi, atau berundur sahaja
jika tidak mampu untuk menguruskan perkara seperti ini dengan baik.
Terbukti, ahli-ahli PERKASA sudah tidak menghormati Ibrahim, dan
membelakangkannya dengan melakukan perkara-perkara yang mengaibkan
maruah agama.
Apakah Ibrahim Ali sudah hilang cengkaman terhadap PERKASA, dan adakah
sebenarnya manusia-manusia rendah akhlak ini sudah tidak menghormati
peranan Ibrahim Ali sebagai ketua gerombolan ini?
Kebodohan yang dimulakan secara kecil-kecilan oleh si jahil politik,
kini telah menjadi barah yang menular dalam masyarakat. Inilah yang
ingin dibina dan dipersembahkan oleh mereka ini, sedang konon negara
menuju satu perubahan pemikiran yang lebih membina.
Maka tanggapan ramai pihak bahawa hujung sisa perjuangan Umno BN sudah
sampai ke penghujungnya adalah satu manifestasi nyata yang tidak banyak
perlu diwacanakan. AIC melihat ini sebagai babak terakhir dalam menilai
tahap pemikiran dan mentaliti rendah kumpulan ultra perkauman ini.
Keganasan seperti ini bukan baharu, tetapi dijenamakan semula dalam
bentuk yang lebih memualkan. Disaat politik Pakatan Rakyat kini bergerak
dalam semangat menyatukan rakyat, sang PERKASA masih lagi berdondang
untuk menyemarakkan kebencian dan kali ini orang Islam Melayu yang
menjadi mangsa , malah lebih dahsyat mereka ini menjadikan masjid
sebagai medan tempur untuk menghancurkan sesama sendiri.
Nabi Muhammad SAW pernah menyebut ketika Fathul Makkah, “Sesiapa yang
berlindung di dalam kawasan Kaabah, maka dia selamat. Dan barangsiapa
yang berlindung di rumah Abu Suffian, maka dia selamat” menjadi bukti
betapa Rasulullah sendiri menyatakan betapa rumah ibadah menjadi tempat
perlindungan penting bagi mereka yang memerlukan, hatta sewaktu perang.
Tetapi PERKASA ini lebih menakutkan, dan ternyata mereka golongan fasik
yang tidak takut dosa dan semoga kehancuran lah yang menunggu mereka
yang jahil dan biadap ini.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
Saifuddin Shafi Muhammad
PRESIDEN
AIC MALAYSIA
No comments:
Post a Comment