Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, March 19, 2013

Khalid Ibrahim Terbukti Tidak Curi Lembu, Tolak Ganti Rugi Untuk Selamat Duit Rakyat

 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima permohonan maaf kekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 2009.

Ekoran permohonan maaf secara terbuka di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Lau Bee Lan pagi ini, Abdul Khalid berkata beliau bersetuju untuk tidak menuntut ganti rugi dari Ahmad Said.


"Saya mengambil keputusan untuk tidak menuntut ganti rugi dalam bentuk wang ringgit walaupun kenyataan itu menyebabkan kerosakan reputasi yang besar kepada saya dan keluarga apatah lagi kedudukan saya sebagai Menteri Besar.

"Saya tidak mahu wang pembayar cukai digunakan bagi membayar ganti rugi  itu memandangkan saman terhadap Ahmad Said dibuat atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang juga defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Said sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung pembelian 46 ekor lembu korban dengan harga RM110,400 sempena Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Ekoran itu, Abdul Khalid telah mengemukakan saman terhadap Ahmad Said.

Selain Ahmad Said, Menteri Besar Selangor itu juga turut menamakan SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam samannya.

Semalam kedua-dua pihak mencapai persetujuan diluar mahkamah dengan Ahmad Said bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau bagaimanapun menuntut Ahmad Said untuk menyiarkan teks permohonan maaf tersebut di akhbar The Star dan New Straits Times kerana dua akhbar ini  telah menyiarkan kenyataan Ahmad Said yang menjadi asas kepada tuntutan saman saya.

"Atas alasan ini juga, saya memutuskan untuk mengenakan kos yang minima ke atas kes ini," katanya.

Sementara itu, peguam Sankara Nair pula dilaporkan berkata responden telah bersetuju untuk membayar kos RM10, 000.

No comments:

Post a Comment