Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Duta Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Duta Malaysia. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Deminstrasi Desak Duta Besar Malaysia Keluar Indonesia

Duta besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan didesak supaya meninggalkan negara itu oleh sekumpulan peserta demonstrasi di Indonesia hari ini.

Duta besar diberi tempoh selama tiga hari untuk meninggalkan negara itu oleh para peserta demonstrasi berkenaan, lapor laman web akhbarTempo.

Demonstrasi di depan pejabat kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta hari ini antara lainnya disertai Forum Kebangsaan Indonesia dan Gerakan Pemuda Forum Betawi Rempug.

Tiga persatuan mahasiswa - Perhimpunan Mahasiswa Katolik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia, dan Liga Mahasiswa Nasional turut menyertai perhimpunan itu, lapor laman itu lagi.

Laman tersebut memetik beberapa orang pemimpin NGO yang berucap dalam demonstrasi berkenaan mengenai "harga diri bangsa Indonesia yang telah direndahkan oleh Malaysia."

Peserta demonstrasi itu juga bertindak membakar satu bendera Malaysia "sebagai simbol perlawanan," dan turut membaling buluh ke arah anggota keselamatan.

Dalam pada itu, kumpulan berkenaan berjumlah "beratus-ratus orang" itu juga cuba memasuki pejabat kedutaan namun dihalang oleh "puluhan" anggota keselamatan dilengkapi meriam air, lapor laman berita internet Detikcom.

Demonstrasi hari ini merupakan tindakan kelima seumpamanya yang dilancarkan NGO negara tersebut sejak minggu ini, berikutan satu insiden melibatkan bahagian penguatkuasa marin Malaysia dan Indonesia.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula bertindak menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu.

Kesemua tahanan tersebut bagaimanapun dibebaskan oleh kedua-dua negara pada 17 Ogos lalu.

Berang dengan kejadian itu, sebuah NGO dikenali dengan nama Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) bertindak mengadakan satu demonstrasi pada Isnin lalu di depan kedutaan Malaysia dan mendakwa negara ini telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden tersebut.

BENDERA turut mengancam untuk mengancam untuk mengusir rakyat Malaysia dalam operasi dinamakam "Sweeping Rakyat Malaysia" - dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Tuesday, August 17, 2010

KP Tourism Malaysia Didakwa Pecah Amanah Wang Hampir RM 1Juta

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab, dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) Mohammad Rosly Md Selamat, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang dana syarikat itu berjumlah RM888,000.

Mereka didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoren Malaysia Dubai sedangkan syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd (PEMPENA) Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 41, Jalan Sultan Ismail pada 27 Februari 2007.

Mirza, pada masa itu ahli lembaga pengarah di anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - didakwa bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh didenda.

Mirza, 53, mengaku tidak bersalah. Hakim Azizah Mahmud menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dan mengarahkan dia menyerahkan paspot pada 1 September apabila pulang daripada mengerjakan umrah.

Manakala Mohammad Rosly pula dibenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah pada hari ini sehingga kes selesai.

Beliau kemudian menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

Mirza diwakili peguam Shashi Menon. Tarikh sebutan kes itu ditetapkan pada 6 September.

Tahun lalu, Mirza dibebaskan daripada tuduhan menerima imbuhan dalam bentuk penjagaan gigi bernilai RM13,860.

Pagi tadi, Mohammad Rosly turut didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006.

Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008. Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.

Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.

Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan.

Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.

Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.

PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

Friday, May 7, 2010

Najib Lantik Bekas Panglima Angkatan Tentera Sebagai Duta Malaysia Ke Perancis Jalankan Misi Tersembunyi

Berita menarik media arus perdana hari ini, ialah perihal perlantikan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal(foto) menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib Razaksuatu ketika dulu.

Lebih menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya.

Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu
Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian, melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya.

Inilah yang menyebabkan Najib bagai
"cacing kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara dan sangat sesuai memainkan peranan itu.

[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa.

Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Apapun, tahiah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu