Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

KD Tunku Abdul Rahman Bukti Keupayaan Lancar Peluru Berpandu Exocet SM-39

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi Blok 2 ke permukaan air di kawasan Laut China Selatan, semalam.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer.

Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi semalam sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika, katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telah membuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan.

Beliau, yang turut hadir menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika.

Katanya, misil Exocet SM39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancis pada 2008, merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter.

KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion.

Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009 manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu.

Friday, July 23, 2010

Najib - Road To Paris


Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan ‘Satu Malaysia’ sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan ‘1Malaysia’ seperti ‘Klinik 1Malaysia’ dan sebagainya.

Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya.

Cerita-cerita tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu sudah tentu masih muncul dalam mimpi-mimpinya. Manakan tidak? Sekiranya kita tidak bersubahat pun, igauan-igauan yang timbul apabila terkenangkan sesuatu pembunuhan itu juga sudah cukup membawa kegerunan kepada kita semua – sudah tentu kepada aku sendiri.

Ada segelintir pihak yang cuba menyangkal penyelidikan prestasi Najib melalui satu tinjauan Merdeka Center yang memberangsangkan tidak lama dahulu.

Cerita demi cerita, pembongkaran demi pembongkaran. Malah, kisah ini juga cuba dilukiskan secara sinis dalam majalah-majalah kartun yang kemudiannya diharamkan oleh pihak kerajaan (sebut Kementerian Dalam Negeri).

Friday, May 7, 2010

Najib Lantik Bekas Panglima Angkatan Tentera Sebagai Duta Malaysia Ke Perancis Jalankan Misi Tersembunyi

Berita menarik media arus perdana hari ini, ialah perihal perlantikan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal(foto) menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib Razaksuatu ketika dulu.

Lebih menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya.

Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu
Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian, melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya.

Inilah yang menyebabkan Najib bagai
"cacing kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara dan sangat sesuai memainkan peranan itu.

[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa.

Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Apapun, tahiah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu