Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Penyamun. Show all posts
Showing posts with label Penyamun. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Tulang Besi: Musim Pembelian Ahli Pakatan Rakyat Berlansung

Rupa-rupanya di dalam kumpulan Ezam itu ada yang tidak menyukai tindakan Ezam dan memberi maklumat kepada pemimpin-pemimpin PKR.

RM50k bagi setiapKetua-Ketua Cabang (Bahagian atau Kawasan) dan Rm20k bagi Ketua-Ketua AMK. Itulah tawaran wang yang sedang dibuat oleh Ezam Soros kepada pemimpin-pemimpin PKR di peringkat akar umbi sekarang ini.

Saya dapat maklumat Ketua AMK Kelantan pun sudah pun dibeli oleh Ezam dan menunggu masa untuk melompat. Ada beberapa lagi ketua AMK yang sudah mula goyang dan mungkin akan dibeli.


Ezam sedang berusaha untuk membeli seramai mungkin pimpinan2 PKR sebelum Kongress PKR pada 28 May 2010.

Juga, Ezam Soros sedang diberi tugas untuk membeli seorang lagi Ahli Parlimen PKR serta 2 orang ADUN PKR. Kemungkinan besar 2 Adun itu adalah dari negeri Kedah Darul Aman.

Saya ingin mengingatkan para pembaca sekelian terhadap kempen doa laknat terhadap mereka yang terbabit dalam pembelian wakil2 rakyat dan pemimpin2 PKR ini. Doa yang saya cadangkan untuk dibaca dan diaminkan adalah:

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”
Inilah contoh politik yang sedang dijaja oleh UMNO. Patutlah agaknya industry judi dan arak disokong oleh puak2 ni. Bayangkan sehari sahaja nilai industri judi di Malaysia adalah RM850 juta (mengikut Mayban Securities). Saya yakin 100% duit judi inilah yang diberikan kepada Ezam Soros untuk menjalankan kempen pembelian beliau.

Raja Petra sendiri pernah mendedahkan dalam blog beliau bagaimana tokeh judi, Vincent Tan telah membeli Timbalan Speaker DUN Perak sehingga membawa kejatuhan kerajaan PR Perak dengan harga RM25 juta.

Mengikut Raja Petra:

Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.

Kita semua tahu maklumat Raja Petra biasanya betul dan setakat ini tiada siapa yang berani mencabar pendedahan Raja Petra ini.

KENAPA ORANG MELAYU NI MURAH SANGAT UNTUK DIBELI?

Ada ka RM50k boleh melompat. Maklumat saya dapat, Timbalan Speaker Perak Yee telah mencongak segala pendapatan beliau yang bakal beliau hilang sebagai lawyer dan ahli politik untuk 30 tahun ke hadapan bersama-sama kos inflasi. Hasilnya, beliau meminta jumlah RM25juta bagi membeli diri beliau.

Mulanya UMNO tidak setuju kerana terlampau tinggi, tapi apabila Najib tertekan sebab ADUN Bota melompat, pertolongan Vincent Tan telah diminta. Hanya tokeh2 judi dan arak sahaja yang mampu mengeluarkan wang “cash” RM25 juta dalam sekelip mata di Malaysia.

Nilai orang Melayu ni murah sangat. Ada ka dengan Rm20k dan RM50k boleh membiarkan diri dibeli dengan sebegitu mudah? Tak fikir ke maruah diri?

Saya dengar Ahli PArlimen Bagan Serai cuma mendapat RM100k sahaja. Juga, dua ekor ADUN PKR yang melompat di Perak sampai hari ni tak dapat duit mereka secara penuh lagi.

Sebagai orang Melayu yang Islam, soalan saya adalah :

DIMANAKAH MARUAH ORANG MELAYU? MENGAPA BEGITU MURAH HARGA KAMU?

CIA dan MI5 MEMANG SUKA BELI PEMIMPIN

Hari ini, Ezam Soros beli, besok kalau datang CIA, MI6 datang beli, adakah kamu juga akan terbeli? Saya sedang membaca buku bertajuk
”Confessions of an Economic Hitman”. Mereka telah menyedari selepas jatuhnya Muhammad Al Mossadeq sebagai Perdana Menteri Iran, mereka terpaksa mencari jalan lain. Ini kerana usaha menjatuhkan Mossadeq adalah hasil kerja tangan seorang agen CIA bernama Kermit Roosevelt (cucu Theodore Roosevelt).

Maka, selepas kejatuhan Mohammad Mossadeg, mereka telah berhenti menggunakan agen CIA tetapi mereka menggunakan pula syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan CIA.
Secara mudahnya, CIA dan kuncu2 nya telah membeli ahli politik semenjak awal 40an lagi. Mereka telah menjatuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan dengan membeli dan menjual ahli politik.

Kalau Melayu mudah dibeli sebegini, saya tak tau lah apa akan jadi pada masa depan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Hanya kepada Allah SWT saya bertawakkal. Mungkin ini petanda dekatnya kedatangan Dajjal.

Thursday, April 29, 2010

Kes Enjin Jet Hilang: Pegawai Kanan Saman ATM RM 5Juta

Seorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.
Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.
"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.
Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan

Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.
Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.
Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia
Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.

Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989.

Friday, December 11, 2009

Kenal Pasti Penyamun Pak Arab Ini

Polis kini memburu tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai warga Arab yang memukau mangsanya sebelum melarikan barang kemas bernilai RM1 juta di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Besar Kedai Payang di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II, Hamzah Mohd. Jamil berkata, ketiga-tiga wajah lelaki berusia di antara 25 dan 35 tahun itu telah dikenal pasti melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kedai tersebut.

Katanya, polis juga sedang mengenal pasti identiti seorang wanita berusia 30-an yang turut terbabit dalam kejadian itu.

"Sebaik sahaja dimaklumkan, pihak polis telah melancarkan 'Operasi Tutup' dengan mengadakan sekatan di jalan-jalan keluar di Kuala Terengganu. Bagaimanapun, kenderaan yang digunakan suspek gagal dikesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Hamzah, siasatan polis juga menunjukkan kereta Proton Persona yang digunakan suspek untuk melarikan diri dalam kejadian itu adalah nombor pendaftaran palsu.

Jelasnya, siasatan akan dilakukan daripada semua aspek kerana senario kes ini agak unik dan modus operandi kes ini juga seakan-akan sama dengan satu kes lain yang dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira- kira pukul 2 petang kelmarin, barangan kemas bernilai kira-kira RM900,000 dalam tiga buah beg yang ditinggalkan seorang pemborong dari Kuala Lumpur di kedai emas tersebut dilarikan suspek.