Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, January 4, 2010

Isu MCA bagaiman? Dulu pun yakin seminggu setel

Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya bertenang dan yakin dengan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai supaya tidak membuat keputusan terburu-buru dalam soal ini."Perdana Menteri dah umum yang kita (kerajaan) akan membuat rayuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meneliti keputusan mahkamah yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari dekat Petaling Jaya hari ini, lapor Bernama.

"Saya fikir kita perlu memberi kepercayaan kepada pimpinanan kerajaan untuk menangani masalah ini. Kita tak mahu sebab (kesan) keputusan mahkamah ini boleh membangkitkan suasana marah dan tegang antara pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan terus mengadakan dialog dan perbincangan dengan badan-badan keagamaan bagi menyelesaikan masalah ini."Kita sentiasa mengadakan dialog yang jelas bertujuan mewujudkan hubungan lebih baik antara beberapa kumpulan agama yang mewakili beberapa pertubuhan.

"Saya yakin kita boleh selesai (perkara ini) dan kita adakan perbincangan dengan badan-badan agama agar mereka boleh faham di samping kita merujuk kepada apa yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan Perlembagaan. Kita harus faham daripada segi sejarah, agama Islam dan sebagainya," katanya.

No comments:

Post a Comment