Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Muhyiddin Yassin Tertekan Rakyat Terima Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Tohmahan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak hanyalah sebagai pengacau (hantu jembalang) adalah tidak adil dan amat mengelirukan.
Kenyataan itu mempamerkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia.
“Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Sesungguhnya, kata beliau dari tindakan Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini.
“Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak,” ujarnya.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia membenarkan pembentukan pelbagai parti politik untuk memperjuangkan hak-hak dan kesejahteraan rakyat.
Malah, ujarnya BN sendiri adalah gabungan antara beberapa banyak parti-parti politik kaum.
Perlembagaan juga menjamin hak-hak tersebut, tiada sesiapapun yang boleh menafikannya.
Oleh itu, tambahnya tidak timbul sebarang masalah terhadap kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak.
Sebenarnya, tambah beliau dari sudut Perlembagaan ahli-ahli dan penyokong PR di Sarawak berhak terlibat terus dalam kancah politik negeri itu.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Sarawak untuk berusaha mencapai taraf hidup yang lebih baik serta membuat perubahan demi mencapai matlamat tersebut.
“Juga menjadi agenda utama PR untuk mengajak seluruh rakyat Sarawak bersama-sama berjuang membuat perubahan untuk mencapai matlamat yang lebih gemilang,” ujarnya.
Katanya lagi, PR yakin bahawa rakyat Sarawak mampu berubah.

Wednesday, November 24, 2010

Gaji Perdana Menteri RM22,826.65, Timbalan Perdana Menteri RM18,168.15 - Nazri Aziz



KUALA LUMPUR 23 NOV: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1
Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

-Bernama.

Thursday, October 7, 2010

Muhyiddin Tampak Intai Kerusi No 1 - Mustaffa Kamil Ayub

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan “mengapi-apikan sentimen Melayu” disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.

Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 - berkata perkara itu juga disebabkan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.

“Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.

“Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara.”

Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini “berganjak” kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi “terancam”.

Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai “orang kanan Anwar”, antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.

Alat Dr Mahathir


“Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.

“Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu,” kata aktivis belia dan NGO Islam itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri “yang sukar senyum tetapi berhati baik” itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku,” katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.

Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.

“Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?

Tiga persamaan dengan Muhyididin


“Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Atau apakah pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelewengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?” soal Mustaffa bertubi-tubi.

“Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu.”

Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.

“Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standard dalam politik yang mereka lakukan,” kata Mustaffa.

Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi “dokongan baik” kepada Anwar.

Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.

Thursday, August 12, 2010

Wujud Keretakan Hubungan Ketara Antara Muhyiddin - Najib

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah “benar dan memang wujud”, dan bukan satu rahsia besar. Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin.
Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13.
“Memang wuju keretakan. Sesiapa sahaj boleh melihat,” kata beliau kepada
The Malaysian Insider.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib.
Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.
“Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap “Najib-Muhyiddin” dan itu sudah disahkan.
“Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini,” katanya ketika majlis pelancaran buku “Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia”.
Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan “pihak sebelah sana”.
Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan.
“Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno,” katanya.
“Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib,” katanya.
Bekas menteri kerajaan persekutuan yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu
The Malaysian Insiderbahawa tindakan-tindakan Muhyiddin yang bercanggah dengan dasar 1 Malaysia adalah manifestasi ketidaktentuan Umno ke aras polisi-polisi Najib.
“Muhyiddin adalah manifestasi ketidaktentuan lama Umno... memang tipikal bagi Umno bertindak macam ini.
“Najib mempunyai banyak pendedahan Barat dan liberal dalam dasar-dasarnya dalam sesetengah perkara. Muhyiddin adalah produk timbalan perdana menteri kelahiran tempatan,” katanya.
Oleh itu kata beliau, sudah pasti akan wujud perselisihan di kalangan kedua-dua pemimpin itu.
Jelas Zaid, wujud pandangan berbelah bahagi dan tidan menentu bahawa pembaharuan dibawa oleh Najib adalah perlu untuk Umno mendapatkan semula hala tuju masa lalu dan sokongan rakyat.
Zaid juga membidas Muhyiddin yang mendakwa Pakatan Rakyat adalah punca kepada tanggapan bahawa wujudnya keretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.
“Saya merasakan ia satu alasan yang begitu cetek,” katanya.
“Pak Lah hendak membawa pembaharuan tetapi beliau ditolak oleh musuh dari Umno sendiri,” katanya.
“Apa bezanya sekarang? Saya tidak fikir orang Umno bersedia untuk perubahan.
“Idea mereka ialah memperkukuhkan kedudukan mereka menerusi kawalan, menerusi dominasi orang Melayu,” kata Zaid.
Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menyoal mengapa Muhyiddin mahu menuding jari ke arah Pakatan Rakyat.
“Mengapa salahkan kami. Jika anda mahu meletakkan kesalahan pada orang lain, salahkan diri anda dulu dan juga Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,” katanya.
Pua berkata, Koh yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawba untuk merangka program transformasi kerajaan (GTP), yang turut menghasilkan konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan elemen “Malaysia pertama, soal kaum kedua.”
“Mengapa timbalan perdana menteri kelihatan berbeza dalam memahami konsep 1 Malaysia? Ini kerana bagi beliau konsep 1 Malaysia sudah gagal,” katanya.
Pua menambah, Muhyiddin cuba menafikan dakwaan keretakan antara beliau dan Najib kemungkinan kerana perdana menteri sudah tidak gembira dengan timbalannya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke berkata, tindakan Muhyiddin menunjukkan yang timbalan perdana menteri sudah bimbang dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat mengenai dirinya.
“Beliau mula bimbang dengan tanggapan tentang diri beliau, tentang tindakan-tindakannya.
“Jika tiada masalah mengapa hendak membuat penjelasan,” katanya.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tindakan Muhyiddin tidak mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritik menunjukkan sikap ‘membelakangi’ kepimpinan negara.
“Muhyiddin seharusnya telah mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritiknya berbanding bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri.
“Orang boleh melihat bahawa dengan menyokong Dr Mahathir dan bukannya mempertahankan Najib, konsep 1 Malaysia sebenarnya telah gagal,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Wednesday, July 28, 2010

Muhyiddin Cube Bodohkan Rakyat!

Oleh Syed Imran

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa n
egeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.

Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.

SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.

SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.

Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.


Tuesday, July 20, 2010

Lemah Dan Terdesaknya UMNO Sekarang - Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 20 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau 'pathetic' dan telah hilang maruah sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa merayu bantuan PAS untuk memperkukuhkan kedudukannya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut dan walaupun telah dipecat, dimaki hamun setiap masa, saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno' yang sudah hilang kepercayaan rakyat sambil bergelumang dengan masalah dalaman hari ini.

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti itu yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan Umno yang tersegah besar itu yang dibiayai oleh Maybank). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevannya parti itu pada zaman sekarang ini.

"Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka," kata Zaid yang dipetik blog beliau.

Zaid juga menjelaskan betapa silapnya teori politik Umno dan ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk parti itu dihidupkan kembali dan menyelamatkannya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

"Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, Zaid yakin semua cadangan beliau itu tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini. Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," tegas Zaid lagi.

MB Selangor: Air Di Lembah Klang Cukup Sehingga 2019

Bekalan air yang sedia ada sekarang ini di Selangor mampu menampung keperluan penduduk di Lembah Klang sehingga 2019, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan persekutuan dianggap terlalu terburu-buru untuk melaksanakan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.

“Ini jelas apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui baru-baru ini, menuduh Selangor sengaja melengahkan pelaksanaan (PPAMPS) dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalid, nasihat dari pakar industri air dan juga kajian berdasarkan pertumbuhan penduduk mendapati jumlah penggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019.

“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.

“Kerajaan negeri sedar projek ini ada kebaikannya, namun ia tidak perlu disegerakan tanpa mengambil kira pemahaman menyeluruh industri air termasuk proses penstrukturan semula industri air Selangor,” katanya.

Khalid berkata masa yang sesuai untuk projek PPAMPS dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan.

“Sehubungan itu, Selangor menyarankan kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat,” katanya.

Khalid juga menyarankan kerajaan BN mengurangkan pembaziran air dengan mempromosikan kitar semula air, mengumpul dan memproses air hujan yang boleh dilakukan secara bersama kerajaan persekutuan dan Selangor.

“Sumber alternatif air yang boleh diteroka seperti air sungai, tasik dan memperkenalkan teknologi air bawah tanah. Ketiga, dengan mengurangkan kadar air tanpa hasil daripada 35 peratus kepada kurang 20 peratus seperti yang berjaya dicapai oleh syarikat air Pulau Pinang.”

Selain itu, Khalid berkata penghantaran air yang cekap adalah penyelesaian terbaik bagi menampung permintaan pengguna. Oleh itu, perlu dipastikan air di utara Selangor dihantar dengan cekap ke wilayah selatan.

Katanya lagi, kerajaan wajib melakukan kajian menyeluruh, analisis, statistik secara terperinci mengenai pengeluaran air, penggunaan dan permintaan berdasarkan fakta dan angka berbanding membuat keputusan tergesa-gesa yang melibatkan wang pembayar cukai.

Friday, April 16, 2010

Hulu Selangor: Minta Muhyiddin Yassin Sahut Cabaran Zaid Ibrahim


SAYA yakin Muhyiddin Yassin tidak akan berani untuk menyahut cabaran Zaid Ibrahim agar mereka sama-sama tampil mendedahkan kekayaan masing-masing. Sejauh mana keberanian Muhyiddin sudah terbukti beberapa kali! Bahawa Muhyiddin bukan seorang yang berani dan berpegang kepada kata-katanya sendiri. Muhyiddin hanya berani berdepan dengan Abdullah Badawi sahaja, teapi bukan dengan orang lain.

Keberaniannya mendesak Abdullah meletak jawatan dulu pun kerana didalang oleh Dr Mahathir Mohamad di belakangnya. Kalau bukan kerana Mahathir, tidak mungkin Muhyiddin berani membuka mulut menghalau Abdullah dari Putrajaya. Kisah perbincangan Muhyiddin dengan beberapa orang tertentu di atas halikeptor masih belum terungkap.

Hati budi Muhyiddin sangat dikenal oleh Abdullah Badawi. Apakah Abdullah telah memaafinya atau tidak walauahlam. Namun yang jelasnya Abdullah memang terasa hati dengan Muhyiddin.

Begitu juga dengan kata-kata Muhyiddin sejauh mana ianya boleh dipegang. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, Kelantan dulu Muhyiddin beriya memberi tahu kepada pengundi dan rakyat Kelantan bahawa Petronas akan membuat penjelasan berhubung royalti minyak yang dituntu oleh kerajaan Kelantan. Menurut Muhyiddin Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak.

Kenyataan Muhyiddin itu ditunggu ramai. Hinggalah ke hari mengundi Petronas tidak membuat apa-apa penjelasan seperti mana diminta Muhyiddin. Ertinya kata-kata Muhyiddin itu kosong dan tidak dipedulikan oleh Petronas. Kepalsuan itu berulang lagi di Hulu Selangor ini. Beberapa hari sebelum calon diumumkan beliau berjanji akan menurunkan anak tempatan dari MIC. Tetapai apa yang berlaku hari ini, orang luar Hulu Selangor yang diumumkan sebagai calon.

Apa yang berlaku hari ini menunjukkan wibawa Muhyiddin sebenarnya. Walaupun beliau timbalan Prediden Umno dan TPM, namun beliau tidak dapat untuk mengawal keberanian Samy Vellu dan membaca kelincahan politik presiden MIC itu. Akhirnya Muhyddin terperangkap dalam jerat Samu Vellu.

Cabaran Zaid terhadap Muhyiddin itu ekoran kenyataan Muhyiddin mengatakan Zaid bukan calon selayaknya diturunkan PKR. Kenapa Zaid dipilih kerana Zaid seorang yang kaya. Zaid mentafsirkan kenyataan Muhyiddin itu cuba mengaitkan dia sebagai seorang yang perasuah dan tidak mengenang budi Umno kerana bertanding atas PKR.

Tepat sekali kalau Zaid membuat cadangan itu. Muhyiddin tidak boleh bercakap saja tanpa bukti-bukti menunjukkan kekayaan Zaid. Mungkin buktinya tiada, kerana itu adalah ilusi Muhyiddin sahaja. Kalau setakat melihat kediaman Zaid, di Tropicana, PJ ia tidak mencukupi.

Adalah dangalnya asas digunakan Muhyiddin itu. Kalau kerana kedimanan Zaid di Tropicana sebagai bukitinya, menunjukkan Muhyiddin mencari-cari keburukan Zaid untuk ditaburkan kepada pengundi. Apakah Muhyiddin lupa selain Zain beberapa pemimpin Umno lain juga mendiami di Tropicana? Apakah mereka yang tinggal di situ boleh disifatkan kaya dan membuat kekayaan itu dengan rasuah?

Timbalan Menteri Kewangan 2, Awang Adek Hussein juga tinggal di Triopinca. Rumahnya juga sama besar dan sama hebat dengan rumah Zaid. Malahan rumah mereka berdua ini sama hebat dan sama besar juga dengan rumah Muhyiddin di Bukit Damansara. Wartawan dan kolongmerat media massa, Kadir Jasin juga tinggal di Tropicana. Apakah mereka ini juga termasuk dalam bilangan orang kaya seperti mana yang Muhyiddin ilusikan itu?

Biarlah, mungkin asas itu kukuh. Bahawa orang Melayu yang tinggal di Tropinca itu semuanya kaya raya belaka. Mereka yang tinggal di situ diikhtirafkan sebagai kaya. Justeru mungkin orang bersetuju kalau Zaid mengistyharkan hartanya. Tetapi seperti mana kata Zaid, biarlah Muhyiddin, Najib Razak dan menteri-menteri lain termasuk Muhammad Mohd Taib, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin dan lan-lain juga ikut sama mengistyharkan harta masing-masing.

Menurut Zaid antara orang yang tidak setuju supaya menteri mengistyharkan harta masing-masing semasa Abdullah jadi PM dulu ialah Muhyiddin Yassin? Kenapa?

Masa masih ada. Muhyiddin boleh mengambil note atas cabaran Zaid ini. Satu majlis boleh diadakan di Hulu Selangor untuk tujuannya itu. Biarlah semua rakyat tahu harta siapa yang lebih banyak. Muhyddin tidak perlu takut. Sebaliknya kalau cabaran ini tidak disahut Muhyiddin, ini bermakna dakwaan beliau itu hanya ilusi saja. Dan 'kekembirian' beliau dalam hal ini menyebabkan orang ramai akan menuduh, bahawa Muhyiddin juga mempunyai kekayaan berlaut!

Samy Vellu, Umno Tipu-Tipu Tu Biasalah!


Pembohong!...kan dah kena. Tak pasal-pasal masuk perangkap sendiri. MIC Hulu Selangor mempertikaikan tindakan Muhyiddin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN. Sebelum ini, Muhyiddin beriya-iya menyatakan, BN akan pilih anak tempatan sebagai calonnya dalam PRK Hulu Selangor. Namun hari ini, Muhyiddin telah pun mengumumkan Kamalanathan yang bukan anak tempatan tetapi dari Bahagian Selayang.


"Kami ada ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran... mengapa hendak membawa calon luar, dari Bahagian Selayang... calon yang pernah kalah dalam saingan Ketua Pemuda MIC bahagian (di Selayang)", kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor kepada malaysian insider.

Tindakan itu dilihat, Muhyiddin telah berbohong dengan pengundi kawasan Hulu Selangor dan mempermainkan MIC Hulu Selangor dan pusat. Tidak kira lawan dan kawan, Umno ni suka berbohong jika terdesak. Padahal sebelum ini, Muhyiddin telah menjaja ke hulu ke hilir, BN akan mencalonkan anak tempatan sebagai calonnya. Bahkan dalam masa yang sama, mereka juga telah 'menempelak' PR yang meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calonnya di kawasan itu. Kononnya, Zaid bukan anak tempatan. Tetapi hari ini, mereka ini telah menelan balik ludah mereka sebelum ini.

Nak buat macam mana lagi, dah lidah bercabang macam biawak. WarkahDaily menganggap, berkemungkinan BN terdesak untuk menentukan siapakah calonnya. Dalam keadaan BN yang 'kegawatan' senarai calon walaupun menganggap ramai senarai calon hingga 'shortlist'. Akibat terdesak kerana ditelan mati emak, diluah mati bapak, BN yang dipengaruhi Umno telah pun menolak cadangan Samy Vellu mencadangkan Palanivel.

Pada mula, Mugilan mendapat perhatian sebagai calon hasil usaha 'lobi' pihak Umno demi menyingkirkan Palanivel. Samy begitu marah hingga memanggil mesyuarat tergempar. Samy terus mendesak Muhyiddin untuk menerima Palanivel tetapi ditolaknya juga. Last minit, mungkin Samy sudah mendapat signal, Kamalanathan akan dipilih, maka secara 'paksaan' mungkin, Samy terpaksa mengumumkan, mesyuarat memutuskan Ketua Penerangan MIC dicadangkan sebagai calon (padahal ianya diputuskan pucuk pimpinan BN yang dipengaruhi Umno).

Keputusan itu dibuat bagi mengelak daripada pertelingkahan terus menjadi-jadi. Dalam masa yang sama menjaga hati Samy Vellu konon cadangannya (Palanivel) ditolak. MIC juga diberi imbuhan atas kejadian itu dengan dilantik Palanivel sebagai senator dan Timb. Menteri.

Thursday, April 15, 2010

Hah! Hah! Hah! Muhyiddin Kecut Telur dah!

Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.
Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

“Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

“Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.

Tuesday, April 6, 2010

Monday, January 4, 2010

Isu MCA bagaiman? Dulu pun yakin seminggu setel

Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya bertenang dan yakin dengan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai supaya tidak membuat keputusan terburu-buru dalam soal ini."Perdana Menteri dah umum yang kita (kerajaan) akan membuat rayuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meneliti keputusan mahkamah yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari dekat Petaling Jaya hari ini, lapor Bernama.

"Saya fikir kita perlu memberi kepercayaan kepada pimpinanan kerajaan untuk menangani masalah ini. Kita tak mahu sebab (kesan) keputusan mahkamah ini boleh membangkitkan suasana marah dan tegang antara pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan terus mengadakan dialog dan perbincangan dengan badan-badan keagamaan bagi menyelesaikan masalah ini."Kita sentiasa mengadakan dialog yang jelas bertujuan mewujudkan hubungan lebih baik antara beberapa kumpulan agama yang mewakili beberapa pertubuhan.

"Saya yakin kita boleh selesai (perkara ini) dan kita adakan perbincangan dengan badan-badan agama agar mereka boleh faham di samping kita merujuk kepada apa yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan Perlembagaan. Kita harus faham daripada segi sejarah, agama Islam dan sebagainya," katanya.

Tuesday, December 15, 2009

Tokoh Ulama Dunia Pulau Persidangan Perpaduan Ummah Anjuran Malaysia

Dua ulama terkemuka memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini kerana enggan terperangkap dalam komplot mencanang Presiden Umno Najib Abdul Razak sebagai pemimpin Dunia Islam.

Shaykh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu menolak perlawaan ke persidangan anjuran Yayasan Ramadan itu.

Keputusan diambil setelah melihat senarai jemputan ke persidangan itu mengambil-kira faktor kepartian.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dijemput meskipun mereka disenaraikan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh abad ini.

“Apabila persidangan itu berlangsung di Malaysia tanpa mengundang Anwar dan Nik aziz jelas melambangkan persidangan itu tidak lengkap dalam membicarakan tajuk yang ingin dibincangkan,"katanya Mustafa.

Ketiadaan Habib dan Shaykh Dr Tawfik menjejaskan kredibiliti persidangan ini.Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat Mustafa Kamil Ayub berkata sikap kerajaan ini menunjukkan pemerintah tidak bersedia membincangkan isu perpaduan ummah.

“Dalam konteks dunia Islam lain sama ada dalam persoalan umat di palastin hamas atau di Afghanista serta beberapa negara islam lain komitmen serta peranan beliau amat dirasakan dalam pebagai prosok negara Islam lain,”katanya.
Persidangan tersebut disokong kerajaan Malaysia dan dilihat sebagai usaha terdesak membina kredibiliti Najib yang terpalit dengan isu pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu dan rasuah kontrak ketenteraan.
Turut berucap pada persidangan itu ialah Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Wednesday, November 25, 2009

umNO Diutamakan, Rakyat Diketepikan

Amalan umNO, parti lebih penting dari rakyat, negeri atau negara. Kesetiaan kepada parti perlu diutamakan dan biar mati rakyat jangan parti dilangkah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.
BERNAMA

Tuesday, November 24, 2009

Nazri Aziz : Menteri Hal Ehwal Merapu Undang-Undang

Nazri Aziz, Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Pejabat Perdana Menteri. Skop kerjanya mengelirukan rakyat berkaitan pemahaman berkaitan undang-undang negara dan membodek ketua.

Kali ini Nazri Aziz bodek Muhyiddin pula. Kalau dilihat pada surat pekeliling itu memang tersangat layak Muhyiddin ini menaiki Nuri tapi untuk perkara kenegaraan sahajalah. Ini lah masalahnya bila umNO dan tak tahu nak bezakan pari dan kerajaan. umNO ini membentuk kerajaan, kerajaan tidak membentuk umNO. Perlu ada pemisahan antara keduanya.

Menaiki pesawat Nuri untuk perasmian mesyuarat umNO, kenapa yang ini Nazri Aziz tak nampak. Sudah dibutakan matanya demi keselesaan politik dan menjaga periuk nasi menterinya?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan penggunaan pesawat itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Katanya garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawatpesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Antara asas pertimbangan kelulusan permohonan adalah bagi perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat," kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAPIpoh Timur) di Parlimen hari ini.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan garis panduan penggunaan pesawatpesawat udara oleh menterimenteri untuk kegunaan peribadi ataupun parti politik. Beliau mendakwa berlaku penyelewengan kuasa oleh Muhyiddin kerana menggunakan helikopter Nuri untuk menghadiri program Umno ketika peristiwa pendaratan kecemasan di Tuaran, Sabah akibat cuaca buruk Ogos lepas. BERNAMA