Ekoran itu, cabang-cabang itu - masing-masing lima di Kedah dan lima di Kelantan - juga bakal menjadi yang pertama menjalankan pemilihan langsung dalam sejarah PKR dan dan parti-parti politik di Malaysia.
Manakala di Kelantan pula ialah di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Menurut beberapa orang pengawas pemilihan PKR, proses pencalonan esok akan berlangsung di tempat yang ditetapkan bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.
Dalam tempoh tersebut, tambahnya, anggota cabang yang berminat bertanding merebut 18 jawatan dalam cabang serta sepuluh kerusi dalam sayap Pemuda (AMK) dan Wanitanya, boleh mengisi borang pencalonan, bersama seorang penyokong dan pencadang.
"Ia lebih kurang macam proses penamaan calon dalam pilihan raya," kata mereka kepada Malaysiakini hari ini.
Menurutnya lagi, selepas tujuh hari, nama yang dicalonkan akan dipamerkan untuk bantahan selama tiga hari.
"Jika terdapat bantahan, selepas empat hari lagi apabila jawatankuasa pemilihan pusat membuat keputusan, senarai akhir yang layak bertanding akan diumumkan," jelasnya.
Proses pencalonan setiap cabang akan dikendalikan oleh beberapa petugas yang dilantik jawatankuasa pemilihan pusat PKR.
Lebih 400,000 anggota PKR daripada 205 cabang akan terlibat memilih dalam pemilihan PKR tahun ini sebelum pertandingan jawatan tertinggi parti itu akan dibuat November ini dalam kongres tahunnya.
Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.
Semua cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai esok hingga 12 September.
PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.
Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.
Para ahli juga akan mengundi bagi 10 jawatan dalam sayap Wanita dan 20 jawatan bagi sayap Pemuda PKR.