Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

"Nama Saya Anwar Dan Saya Bukan Pengganas"

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

pkr forum 010211 anwar 04"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.

Banjir: Mangsa Di Melaka Dan Pahang Meningkat

Bencana banjir yang melanda Johor masih tidak banyak berubah dengan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah
seramai 43,283 orang daripada 10,281 keluarga.

Laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my menyebut sehingga pukul 8 pagi ini daerah Segamat mencatatkan mangsa teramai dengan 21,128 orang melibatkan 5,194 keluarga.

Ini diikuti Ledang dengan 5,822 orang (1,308 keluarga), Batu Pahat dengan 5,090 mangsa (1,109 keluarga), Muar (4,759 orang daripada 1,074 keluarga) dan Kluang dengan 4,135 mangsa melibatkan 1,029 keluarga.


Portal itu juga melaporkan di Kota Tinggi seramai 1,523 orang daripada 353 keluarga dipindahkan, Pontian (740 orang membabitkan 180 keluarga), Mersing (47 orang daripada 31 keluarga) dan Johor Baharu (39 orang daripada sembilan

keluarga).

Kesemua mangsa di Kulaijaya sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Portal itu berkata sehingga kini sebanyak 232 pusat pemindahan dibuka iaitu 84 di Segamat, Batu Pahat (34), Ledang (30), Kluang (29), Muar (23), Kota Tinggi (18), Pontian (12), Mersing dan Johor Baharu masing-masing satu.

Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian banjir di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.


Di Melaka, jumlah mangsa banjir di 19 pusat pemindahan membabitkan tiga daerah di Melaka kini meningkat kepada 4,555 orang berbanding 4,110 orang malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata daerah Melaka Tengah mencatatkan mangsa teramai dengan 2,264 orang, iaitu meningkat berbanding 2,114 orang pada pukul 7 malam tadi.


Di Alor Gajah, jumlah mangsa yang dipindahkan juga meningkat kepada 1,748 orang berbanding 1,568 orang, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Dalam pada itu katanya, keadaan banjir di Jasin kini bertambah baik dan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah seramai 543 orang.

Beliau berkata keadaan paras air di sungai-sungai utama juga dilapor semakin menyusut berikutan cuaca baik tanpa hujan di seluruh negeri.

Sementara itu, di Kuantan, jumlah mereka yang terlibat dengan bencana banjir di dua daerah di Pahang kini meningkat kepada 1,941 orang berbanding 1,777 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Rompin merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,778 orang daripada 222 keluarga membabitkan lima buah kampung.


Kampung-kampung terbabit ialah di Bukit Serok (1,499 orang), Kampung Rekoh (162), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (85), Kampung Mekang Ibam (26) dan Kampung Lubuk Batu (6 orang), katanya ketika dihubungi pagi ini.


Jurucakap itu berkata di Temerloh, mangsa yang dipindahkan adalah seramai 163 orang daripada 44 keluarga di empat buah kampung, iaitu Kampung Insaf (83 orang), Kampung Batu Kapor (70), Kampung Sempadan (7) dan Kampung Rantau Panjang Lanchang (3).


Katanya beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan jalan Kampung Inoi, jalan Kampung Baru Bukit Ibam, jambatan Sungai Gayong Kedaik dan jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.


Sementara itu, jalan di Km 5 Felda Selancar, Rompin, ditutup kepada kenderaan berat selepas berlaku runtuhan tebing manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, katanya.


Selain itu katanya, Km 22 Jalan Kemayan-Risda di Bera hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas dinaiki air sedalam 1.5 meter.


- Bernama

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia: Juara Piala AFF Suzuki 2010


Tewas 2-1 di Stadium Bung Karno tidak menghalang Malaysia untuk menjadi Juara Piala AFF dengan agregat 4-1.

Rajagopal berjaya mengangkat kembali Malaysia menjadi pasukan yang digeruni di Asia terdahulu menbawa pingat emas di Sukan Asia.

Malaysia berbangga dengan keupayaan pemain-pemain muda untuk menjulang Piala AFF. Tahniah Rajagopal kerana berjaya menggilap pemain ini menjadi harimau yang digeruni.

Wednesday, December 15, 2010

Lee Kuan Yew Disaran Jaga Negara Sendiri! Lee Kuan Yew Jangan Kurang Ajar!

Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience 02Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

najib and altantuya murder french liberation newspaper article 110309Berikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 02"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.

Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
http://www.malaysiakini.com/news/150696

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

azlanSebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.

"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 03Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Sebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.

Monday, October 11, 2010

Persaingan Negara Tidak Seburuk Gambaran Anwar - Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dengan mendakwa ketua pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.

Mustapa berkata, walaupun kerajaan mengakui bahawa persaingan global menurun, gambaran sebenarnya tidak seburuk yang digambarkan oleh Anwar.

Antaranya, menurut beliau, Anwar bersifat selektif mengutip pandangan daripada laporan tertentu, antaranya tidak menyebut tentang Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2009 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) tentang keberkesanan kerajaan dan persaingan perniagaan.

Menurut buku itu, Malaysia melompat 10 anak tangga ke tempat kesembilan daripada 58 negara yang dikaji.

Mustapa (kanan) menggambarkan Anwar menggunakan data yang ketinggalan apabila menimbulkan laporan Bank of America Merrill Lynch bukan lepas yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik.

Menteri itu berkata dalam susulan bank itu, Malaysia sebaliknya menunjukkan peningkatan.

Mustapa juga pengerusi Umno Kelantan berkata, tidak menafikan kerajaan perlu peningkatan, kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP).

Thursday, August 26, 2010

Seperti Dijangka, Kerajaan Persekutuan Hulurkan Ang Pow Raya!

Hah, dengar berita Kerajaan Persekutuan pun ikut jejak langkah Pulau Pinang dalam hal Ang Pow Raya. Wah, dah memang Problem Dunia agak pun. Najib takkan jatuhkan air muka dia dengan kerajaan kecil Pulau Pinang. Perak pun ikut jejak langkah sama. Good move begini. Kan bagus bersaing menguntungkan rakyat.
Tahniah Lim Guan Eng!

Lim Guan Eng punya fasal, maka Najib terpaksa mengumumkan sumbangan duit raya sebanyak RM 500.00 kepada kaki tangan awam.
Macam tu lah, lawan cara baik. Rakyat juga yang untong!!!

Kahkahkah sorang nek kapal terbang PERSENDIRIAN... SORANG NAIK KAPAL TERBANG AWAM? APA KES!

Friday, August 20, 2010

Isu Scorpene: Kenyataan Balas Nurul Izzah Kepada Zahid Hamidi

Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalamsoal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia,apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?


Zahid: Jangan politikkan isu pertahanan negara

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap semua anggota Parlimen dan pemimpin politik tidakmempolitikkan isu pertahanan negara dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah daripada hakikat sebenar.

“Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata wakil semua parti politik seharusnya tidak mempolitikkan isu pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada Selasa terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan wartawan akhbar Malay Mail, Marhalim Abas berhubung dakwaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Bercakap kepada pemberita selepas berbuka puasa di Masjid Jamek Sungai Keli di sini malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata mereka yang membuat dakwaan itu kini terdedah kepada tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan palsu.

Katanya, kenyataan yang dibuat oleh anggota parlimen PKR itu adalah perbuatan tidak beretika dan bermaruah malah boleh dianggap sebagai perderhaka kepada negara kerana membuat dakwaan palsu mengenai aset pertahanan negara di mata dunia.

Kenyataan Nurul Izzah yang memburukkan imej pertahanan negara itu dilaporkan akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lepas.

“Sepatutnya sebagai seorang wakil rakyat harus mempunyai tataetika mengenai sesuatu yang benar mengenai negara tetapi cara beliau memburukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan perbuatan yang amat jijik,” kata Ahmad Zahid.

Malay Mail pula dalam artikel pada 7 Julai lepas melaporkan kedudukan KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan dan tidak boleh menyelam.

“Saya telah beberapa kali memberi penjelasan di Parlimen kedudukan sebenar kapal selam itu boleh menyelam, kalau tidak bagaimana boleh menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah,” tambah Menteri Pertahanan. — Bernama

Thursday, August 19, 2010

UMNO Barisan Nasional Tiup Sentimen Perkauman

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Men
urut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

Cara ugut

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,” kata Anwar lagi.

Utusan disaman RM50 juta

Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.

Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.

Mufti harus buat laporan polis

Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya.

Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” katanya.

Tuesday, August 17, 2010

Najib Gila Publisiti 1Malaysia!

Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dgn tanda 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual pada murid2?

Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twiiter.

Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1 Malaysia di tengah-tengahnya.

Pak Ngah Leh Bicara Tentang Anwar Ibrahim

Oleh: Annuar Kamaruddin

Tahun lapan puluhan dulu, Anwar Ibrahim sangat popular dan sinonim dengan ABIM. Sampai ada yang kata ABIM itu singkatan Anwar bin Ibrahim. Ketika sangat rapat dengan Almarhum Fadzil Noor, orang kata Anwar Ibrahim anak emas PAS. UMNO pun sangat suka dengan imej Anwar.

Lalu dipancingnya. Kata Anwar dalam majlis sembang-sembang dengan kawan-kawan, “Kalau setakat Dato’ saya tak pandang lah. Kalau Tan Sri, tengok-tengok dulu.” Kawan-kawan seangkatan sambut dengan gelak tawa saja.

Tahu-tahu sah Anwar masuk UMNO. Dan terus jadi Menteri. Bermulalah episod hendak memperbetulkan kesilapan kerajaan. Masa Menteri Belia dan Sukan, masa rasmi sukan MSSM, jalan bukan main laju. Tak terkejar oleh pengiring-pengiring.

Masa Menteri Pertanian, pening kepala Pegawai Pertanian sebab Menteri nak cari sebab pasai apa jentera-jentera pertanian sengaja jadi buruk . Bila jadi Menteri Pelajaran, tukar pulak dah jadi Kementerian Pendidikan.

Bahasanya pula baku . Habis orang kementerian jadi telor melayu Indonesia . Bila jadi Menteri Kewangan, orang kata itulah idamannya. Bila jadi Timbalan Perdana Menteri, orang-orang lama dalam UMNO kata, tak lama lagi kita jahanam.

Orang-orang lama UMNO sangat marah, tapi dalam diam. Apa tidaknya, depa naik tangga, satu-satu, Anwar langkau tiga empat. Tapi takutkan Mahathir, sebab dia ni dah jadi anak Mahathir, maka diam ajelah.

Dalam kerajaan dulu Anwar Ibrahim banyak bagi idea dan sumbangan. Pelan Induk Belia Nasional. Lepas tu Falsafah Pendidikan Negara, KBSM. Universiti Islam Antarabangsa, Asian Development Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Islam, PPRT, YAPIEM, ada lagi yang tak payah dan payah nak sebut. Masa jadi Pemangku Perdana Menteri, sibuk banteras rasuah.

Kalau macam ni, bahaya UMNO. Mau tidak mau, cari jalan nak singkir Anwar. Nak singkir tanpa sebab nanti marah pulak orang UMNO. Dia ni Timbalan Presiden. Bukan calang orang. Alim lagi.

Nak kata kaki pompuan tak leh. Masa dalam kursus pemberita sambilan, peserta diberitahu, kalau cerita kucing makan ikan, bukan berita. Ikan makan kucing, baru berita. UMNO pun buat cerita. Kaki pompuan, biasalah orang jantan. Tapi kalau kaki jantan, baru orang kampong dan ahli UMNO kata Haahh!!! Kaki Jantan ????

Bermulalah kes Liwat I. Kelmarin saya ke surau dan bersembang-sembang dengan Pak Ngah Leh. Pak Ngah Leh bukan calang-calang orang.

Selain imam, dia tok guru tajwid yang disegani. Banyak membaca dan tahu isu-isu semasa. According to Pak Ngah Leh, kes Anwar Ibrahim yang sedang bicara ni kita kena ambil tahu. Sebab dia bakal PM kita. Kita dah janji sepakat Anwar akan jadi PM.

According to Pak Ngah Leh, masa kes liwat dulu, pendakwa pinda pertuduhan dua kali. Sebabnya Anwar ada alibi dan bukti yang boleh menidakkan tuduhan.

Lepas pinda yang kedua, sangkut kes. Bila peguam Anwar beri pembelaan, semua tak relevan. Bila Anwar bawa pakar-pakar termasuk pakar DNA asing, semua bukti ditolak.

Last-last hakim kata pengakuan pengadu dah cukup sebagai bukti. Anwar kena Sembilan tahun. Bila rayuan Anwar dipertimbangkan dan dibebaskan, UMNO gelisah dan mula panas ponggong. Buat pula kes liwat II. Orang-orang UMNO kat kampong kata, Laa… tak serik lagi kah.

According to Pak Ngah Leh, kes dulu dah bagi banyak pengalaman. Dulu tak relevan, tak relevan, tak relevan akhir sekali semua bukti ditolak. Kali ni, pendakwa dah tau tektik Anwar, semua bukti tak boleh tengok.

Bantahan pertuduhan ditolak. Senarai saksi tak boleh tengok. Awal-awal lagi dah tolak. Rayuan demi rayuan ditolak.

PAS - Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Bekas Pengerusi MAS Akibat Kerugian Sebanyak RM8 Bilion?

Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian didakwa sebanyak RM8 bilion yang dialami syarikat GLC itu, dakwa PAS.

Naib presidennya Salahuddin Ayub (kanan) berkata terdapat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) pada 2009 terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Tajuddin, yang mendakwa terdapat salahlaku rasuah atau penyalahgunaan kuasa sehingga kes terhadap Tajuddin tidak diambil tindakan sewajarnya.

Salahuddin juga berkata terdapat dokumen lain yang merupakan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pada waktu itu Datuk Ramli Yusuff yang menyarankan kepada perdana menteri, bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

Surat bertarikh 26 Mac 2007 itu diserahkan kepada Tun AbdullahAhmad Badawi, perdana menteri pada ketika itu dan turut dihantar kepada semua anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah (JKMR).

Beliau yang merupakan salah seorang anggota jawatankuasa tersebut berkata, dokumen tersebut dihantar oleh seorang peguam yang mewakili MAS.

Katanya, MAS sebelum ini telah membuat dua laporan polis, bertarikh 4 Januari 2002 dan 4 Mei 2005, ke atas Tajudin dan beberapa orang pegawai kanan dalam syarikat penerbangan negara itu.

'Anak guam cemas'


Laporan tersebut melibatkan operasi MAS di sebuah lapangan terbang di Jerman dan turut membabitkan pemberian kontrak kepada salah sebuah anak syarikat MAS.

Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan ke atas Tajudin, hasil daripada laporan tersebut, kata Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Ini menyebabkan MAS bertindak membuat satu lagi laporan kepada SPRM ke atas bekas pengerusinya itu, dan juga terhadap JSJK serta Jabatan Peguam Negara, tambahnya.

Aduan itu dibuat, antaranya dengan dakwaan bahawa maklumat mengenai aduan sebelumnya telah diketahui oleh JSJK, kata Salahuddin.

"Sepatutnya SPRM siasat perkara itu tapi SPRM dedahkan kepada JSJK menyebabkan anak guam kami (MAS) rasa cemas sebab aduan didedahkan kepada pihak berkepentingan," kata Salahuddin ketika membacakan satu surat daripada peguam MAS bertarikh 2 Ogos lalu.

Surat yang dialamatkan kepada pemangku ketua penolong kanan pesuruhjaya SPRM juga menyebut, tindakan SPRM mendedahkan maklumat siasatan kepada JSJK itu bercanggah dengan peruntukan bawah seksyen 29(4) dan seksyen 65(2) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"SPRM kena jawab kenapa dia dedahkan laporan tersebut," kata Salahuddin lagi dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.

"Sama hebat" dengan PKFZ

Tajuddin juga tidak mungkin bertindak seorang diri dalam kes ini, dakwanya ketika ditanya sama ada Tajuddin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau sehingga kini tidak dikenakan sebarang tindakan.

Kesemua salinan dokumen tersebut diedarkan kepada wartawan yang hadir di sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.

Salahuddin berkata, beliau akan menghubungi pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kes tersebut.

Katanya, beliau juga menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada SPRM ataupun kepada JSJK.

Beliau juga menuntut perdana menteri supaya mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya "sama hebat" dengan isu PKFZ.

Katanya lagi, ini memandangkan kedua-dua SPRM dan Pejabat Peguam Negara berada di bawah tadbir Jabatan Perdana Menteri.

Malaysia Airlines (MAS) Catat Kerugian Pracukai RM532.591 Juta

Harga bahan api yang turun naik mendorong Malaysia Airlines (MAS) untuk mencatatkan kerugian pracukai RM532.591 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM896.146 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimana pun perolehannya meningkat 26 peratus kepada RM3.2 bilion berbanding dengan RM2.5 bilion manakala keuntungan operasi meningkat 33 peratus.

Bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Jun 2010, syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian pracukai RM212.340 juta berbanding dengan keuntungan pracukai RM189.904 juta.

Perolehan itu meningkat kepada RM6.5 bilion daripada RM5.3 bilion sebelum itu.

"Kami telah melaksanakan perkara yang betul dan ini dicerminkan di dalam prestasi operasi yang bertambah baik bagi suku kedua yang secara tradisinya suku kami paling lemah. Kami telah mengambil langkah tambahan untuk menutup kenaikan harga bahan api itu," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Datuk Azmil Zahruddin semasa mengumumkan keputusan kewangan suku kedua itu hari ini.

Katanya turun naik harga bahan api terus kekal menjadi cabaran industri itu.

Kenaikan mendadak 44 peratus perbelanjaan bahan api berikutan harga bahan api dan penggunaan yang tinggi berikutan kapasiti tambahan meningkatkan bil itu kepada RM1.1 bilion, yang meningkat RM338 juta berbanding dengan suku kedua 2009.

Berikutan turun naik bahan api, syarikat penerbangan itu mengalami kerugian nilai aset dan liabiliti yang diletakkan kepada harga pasaran semasa (MTM) RM217 juta pada suku kedua tahun ini, yang menjadikan kerugian bersih MAS RM535 juta.

Tengku Azmil berkata berlaku trend kenaikan berterusan harga bahan api seperti pada suku kedua, di mana purata harga bahan api jet ialah US$89.7 setong berbanding dengan US$66.7 setong pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Kerugian bahan api MTM adalah kerugian atas kertas dan kuantum yang dizahirkan akan bergantung kepada harga sebenar apabila setiap satu kontrak matang.

"Oleh kerana turun naik harga bahan api, keuntungan atau kerugian MTM pada suku akan datang akan bergantung kepada harga bahan api sebenar pada hari akaun ditutup," katanya.

Sehingga 30 Jun, 2010, MAS telah melindung nilai 60 peratus daripada keperluan bahan apinya pada harga US$100 setong West Texas Intermediate (WTI), sejenis bahan api berkualiti tinggi bagi baki 2010 dan 40 peratus pada harga US$100/bbl bagi 2011.

Di segi operasi, Tengku Azmil berkata tempahan awal bagi separuh kedua adalah kukuh.

"Langkah itu mencerminkan pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia Pasifik. Bagi suku kedua bilangan penumpang kami meningkat 14.7 peratus.

"Kami mencatatkan faktor tempat duduk yang lebih tinggi daripada krisis praekonomi. Sedang trend menaik itu berterusan sehingga akhir tahun, kami akan terus memberi fokus pada peningkatan hasil serta mendapatkan pelanggan premium.

"Kami telah merancang program jualan agresif untuk meningkatkan jualan korporat," katanya.

Terdapat banyak peluang untuk meningkatkan hasil apabila MAS mulai menerima pesawat baharu. Syarikat penerbangan itu telah menempah sehingga 55 B737-800 dan 25 A330-300. Sejumlah tiga B737-800 akan diterima pada 2010, iaitu masing-masing satu pada Oktober, November dan Disember.

Tengku Azmil berkata: "Kami juga telah menyelesaikan perbincangan dengan Airbus dan akan akan menerima enam A380. Yang pertama akan diserahkan pada April 2012."

Anak syarikat kargo MAS, MASkargo, terus menunjukkan prestasi kukuh dengan tiga sukuan berturut-turut yang meguntungkan.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), fret berkembang 29.8 peratus pada Jun dan trend menaik itu dijangka berterusan, katanya.

Katanya pembiayaan pesawat syarikat penerbangan itu juga berada di atas landasan.

Berikutan penilaian lebih 50 cadangan pembiayaan daripada pembagai penyedia pinjaman, MAS telah menerima empat penyedia pinjaman bagi pembiayaan 14 pesawat B737-800nya yang akan diserahkan antara 2010 dan 2012.

Syarikat itu juga kini sedang dalam perbincangan akhir dengan beberapa pemberi pinjaman berpotensi bagi pembiayaan pesawat A330 yang akan diserahkan dari 2011 hingga 2012.

Bagi tahun tahun kewangan sepenuhnya berakhir 31 Disember, 2010, kumpulan itu menyasarkan keuntungan operasi antara RM100 juta dan RM325 juta, katanya.

- Bernama

COO Pempena Didakwa Di Mahkamah Disyaki Pecah Amanah

Ketua pegawai operasi (COO) anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - Mohammad Rosly Md Selamat didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan melebihi 20 tahun. Dia juga boleh disebat.

Hakim Rozana Ali Yusof menetapkan ikatjamin sebanyak RM20,000 seorang.

Mohammad Rosly juga diarahkan menyerahkan pasport selepas pulang daripada pertemuan keluarga di Melbourne pada 6 September. Manakala Lim menyerahkannya pasportnya hari ini.

Lim telah meletakkan jawatan pada Disember tahun lalu selepas sembilan tahun berkhidmat.

Sebutan kes tersebut ditetapkan pada 6 September.

Rosly dan Lim masing-masing diwakili oleh peguam Rejinder Singh Dhaliwal dan Chau Wei. Manakala timbalan pendakwa raya ialah Muhamad Anas Mahadzir.

Menurut borang aduan Badan Pencegah Rasuah pada 2009, ia mempunyai maklumat bahawa pegawai Pempena telah menerima rasuah dari Ummi Hafilda bagi penajaan sebuah konsert bernilai RM300,000.

Konsert tersebut adalah untuk penyanyi dari Timur Tengah, Amir Diab, di Kuala Lumpur City Centre dan Stadium Negara.

Ummi Hafilda - yang pernah mendapat jolokan nama "Monica Lewinsky Malaysia" - pernah memberi keterangan dalam kes rasuah dan kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri AnwarIbrahim pada 1999.

Sementara itu, ketua pengarah Kementerian Pelancongan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, dijangka didakwa petang ini atas tuduhan berkaitan, petang ini.

Tahun lalu, Mirza dibebaskan daripada tuduhan menerima imbuhan dalam bentuk penjagaan gigi bernilai RM13,860.

Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008. Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.

Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.

Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan. Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.

Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.

PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

Wednesday, July 28, 2010

Muhyiddin Cube Bodohkan Rakyat!

Oleh Syed Imran

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa n
egeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.

Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.

SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.

SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.

Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.


Tuesday, July 27, 2010

Guru dan Pegawai Kerajaan Dibenar Sertai Politik

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di
bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama

Thursday, July 22, 2010

Ushawan Malaysia Disiasat Berhubung Komisyen RM11 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negara.

Menurut akhbar,The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.

"Orang tengah (Malaysia) dibayar wang bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.

Mengikut undang-undang Australia, adalah satu kesalahan bagi syarikat ataupun individu membayar pegawai asing bagi mendaptkan kelebihan dalam perniagaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh dikenakan denda yang berat.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut
The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Tuesday, July 20, 2010

Jutawan Malaysia Berjoli Dengan Paris Hilton



Semua orang mula mahu mengenali seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana. Namanya ialah Taek Jho Low, seorang lelaki awal 20an berkelulusan The Wharton School, University of Pennsylvania.

Tidak banyak yang diketahui tentang lelaki berwajah baby face ini, tetapi cerita-ceritanya banyak berkisar kerana sering membelanjakan berpuluh ribu dolar di pusat hiburan sekitar bandar raya. Ini antara apa yang diketahui:


Nama: Take Jho Low

Umur: 28

Pekerjaan: Secara rasminya dia seorang penasihat untuk beberapa syarikat antarabangsa, tetapi tiada siapa mengetahui adakah ia benar ataupun kelihatan seperti benar. Kata orang dia terlibat dalam perniagaan minyak, gas, dan pembinaan. Dia juga telah dilantik sebagai ahli lembaga bank Malaysia UBG Berhad tahun lepas. Ada juga khabar angin yang mengatakan dia terlibat dalam perniagaan senjata.

Kediaman: Menyewa di beberapa pangsapuri di Park Imperial, West 57th St di kawasan tengah bandar dimana dia tinggal bersama-sama kakitangannya—termasuk beberapa orang pengawal peribadi. Penduduk kawasan itu yang terkenal termasuklah Daniel Craig dan Sean Combs.

Perarakan: Menjelajah bandar bersama pengiringnya dalam satu armada Escalades.

Perbelanjaan Kelab Malam:
* Membelanjakan $160,000 dalam satu malam di Avenue pada September semasa Minggu Fesyen.
* Kebiasaannya membelanjakan antara $50,000 dan $60,000 di Pink Elephant.
* Membelikan Lindsay Lohan 23 botol-botol arak Cristal di 1OAK apabila beliau meraikan hari jadi yang ke-23.

Majlis Harijadi:
* Baru sahaja meraikan ulang tahunnya yang ke-28 selama empat hari di Ceasar Palace di Las Vegas.
* Megan Fox telah diterbangkan ke Vegas untuk melepak dengannya, yang secara rutin di kelilingi dengan model-model.
* Kolam renang hotel yang dikelilingi oleh singa-singa dan harimau-harimau yang terkurung dalam sangkar dan dipenuhi dengan gadis-gadis bikini. Kemudian, di kelab malam, Low membeli 120 botol arak jenama Cristal untuk berhibur.
* Jamie Foxx memberinya sebuah kereta lumba merah sebagai hadiah.
* Paris Hilton dan Usher turut menghadiri parti itu.

Penderma kepada: Hamad Alwazzan Kuwait

Champagne Pilihan: Cristal, dia akan membelikan kepada sesiapa yang meminta.



Paris Hilton mengambil bahagian dalam satu sesi foto mini di sebuah bot di Paris, Perancis hari ini (15 Julai).

Waris perempuan 29 tahun ini memakai baju merah jambu terang dengan sebutir berlian besar , berpakaian ketat dan tumit tinggi sambil memberikan gaya istimewa kepada jurugambar di atas air dengan menara Eiffel sebagai latar belakang.

Paris telah menghabiskan harinya di bot itu bersama kakaknya Nicky Hilton dan jutawan Malaysia Taek Jho Low.

Lemah Dan Terdesaknya UMNO Sekarang - Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 20 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau 'pathetic' dan telah hilang maruah sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa merayu bantuan PAS untuk memperkukuhkan kedudukannya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut dan walaupun telah dipecat, dimaki hamun setiap masa, saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno' yang sudah hilang kepercayaan rakyat sambil bergelumang dengan masalah dalaman hari ini.

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti itu yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan Umno yang tersegah besar itu yang dibiayai oleh Maybank). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevannya parti itu pada zaman sekarang ini.

"Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka," kata Zaid yang dipetik blog beliau.

Zaid juga menjelaskan betapa silapnya teori politik Umno dan ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk parti itu dihidupkan kembali dan menyelamatkannya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

"Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, Zaid yakin semua cadangan beliau itu tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini. Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," tegas Zaid lagi.

Ke Mana Pergi Subsidi Kami - Dr Maza

Rosmah Tunjukkan Dia Perdana Menteri Malaysia

Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.

Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU…
Anak Sungai Derhaka