Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Dun Sarawak: Manifesto Pakatan Rakyat Realistik

Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto ‘Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.’.

KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

Sunday, April 3, 2011

Dun Sarawak: SNAP, Parti Tajaan umNO!

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap.

Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.

anwar ibrahim in melugu, sri aman frontMeskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.

"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu?


"Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang,” kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan.

"DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN,” katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat.

Anwar at rumah ujan, melugu, sri amanTerdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa “parti yang hampir mati” itu ditaja oleh BN.

"Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa,” kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan.

Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan.

Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia.

street in Melugu, sri amanUndi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN.

Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Dun Sarawak: BN Monopoli Pengangkutan, Pakatan Rakyat Perlu Kerja Keras

Kekangan logistik dan sumber kewangan akan menjadi halangan terbesar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak.

Namun gagasan itu mampu menafikan BN majoriti dua pertiga pada pilihanraya negeri bulan ini, kata ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

tengku razaleigh speech 110310 02Dalam wawancaranya di TV Selangor, tokoh Umno itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, apa yang jelas adalah Sarawak tidak lagi boleh dianggap sebagai "simpanan tetap" BN bagi mengekalkan kuasanya di Putrajaya.

Pilihan raya Sarawak akan diadakan pada 16 April dengan hari penamaan calon pada 6 April. Adalah dijangkakan sebilangan besar daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri akan menyaksikan pertembungan satu dengan satu antara BN dan Pakatan Rakyat.

Razaleigh berkata aliran politik semasa menunjukkan BN akan mengekalkan kuasa di Sarawak, namun kemenangan selesa seperti pilihan raya negeri yang lalu tidak akan berulang.

"Kalaulah dalam keadaan biasa, kemungkinan BN akan mengekalkan kuasa tapi bukan dengan majoriti dua pertiga sepertimana sebelum dibubarkan Dewan Undangan Negeri.

NONE“Sekiranya keadaan kempen dan pergerakan dijalankan seperti biasa, kemungkinan BN akan mendapat majoriti mudah untuk terus berkuasa di Sarawak," kata bekas menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Hadapi rintangan

Namun tokoh politik veteran itu memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Razaleigh berkata berkata BN, seperti pada masa-masa lalu akan mencari kemenangan mutlak dengan "menggunakan banyak wang dan dengan logistik" untuk meraih sokongan pengundi yang bertaburan merentasi sebuah negeri yang saiznya hampir sama dengan Semenajung Malaysia.

NONEKatanya, BN juga dijangka membolot segala kemudahan pengangkutan yang ada di Sarawak untuk memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau nak ke mana-mana di Sarawak kena ada bot dan kapal terbang. Kalau semua orang dah sewa bot dan kapal terbang, macam mana nak berkempen. Dan kalau semua minyak sudah dipajak atau dibeli di stesen minyak, nak bergerak pun susah. Saya rasa kalau keadaan seperti ini berlaku, sukar bagi mereka menghadapi BN di Sarawak," kata Razaleigh.

Pakatan Rakyat mengharapkan sentimen pengundi bagi menolak kepemimpinan Taib yang diselubungi dengan dakwaan-dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, merampas tanah adat Orang Asal dan kemiskinan luar bandar sebagai pemangkin untuk membuat kejutan pada pilihanraya negeri kali ini.

Kesan kepada Sabah

najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311Razaleigh berkata jika Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN, ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu sendiri di peringkat kerusi Parlimen.

“Sudah tentu (ia mempunyai impak) kerana keadaan di bawah tentukan keadaan di atas. Oleh sebab itu, keadaan ini akan tentukan kedudukan Parlimen dan Kerajaan Pusat,” katanya.

BN kini menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pimpinan Taib memegang 35 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai 12 kerusi dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.

azlanPakatan Rakyat memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya negeri lalu dengan DAP merangkul enam kerusi dan PKR satu.

Razaleigh menjangka jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Sarawak, ia akan memberi kesan kepada sentimen pengundi di Sabah.

Negeri jiran Sarawak itu juga menghadapi masalah kemiskinan kronik, di samping pimpinan kerajaan negeri diselubungi dakwaan-dakwaan membolot kekayaan balak dan sumber asli negeri.

"Apa juga yang berlaku di Sarawak akan mempengaruhi keadaan di Sabah. Kalau keadaan BN tak baik di Sarawak ia juga akan pengaruhi keadaan tak baik di Sabah. Itu yang lazimnya,” katanya.

Wednesday, March 23, 2011

Mat Sabu Mendapat Pencalonan Pertama Jawatan Timb Presiden PAS

Perebutan kerusi timbalan presiden PAS semakin panas apabila bekas naib presiden Mohamad Sabu mendapat pencalonan pertamanya dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Mesyuarat kawasan itu Sabtu lalu sebulat suara mencalonkan Mohamad bertanding jawatan berkenaan.

Jawatan tersebut kini disandang oleh ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak jawatan tersebut dalam muktamar PAS Jun ini.

Bagi jawatan presiden, naib presiden dan jawatankuasa pusat, mesyuarat tersebut menyerahkan kepada jawatankuasa kawasan untuk memilih calonnya.

Tuesday, March 22, 2011

Dun Sawarak: PKR Muktamdkan Calon Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memuktamadkan senarai calon bagi pilihan raya Sarawak semasa mesyuarat tertinggi parti itu, Ahad ini, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh parti itu bergantung kepada rundingan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Khamis ini walaupun PKR sebelum ini menyatakan minat untuk bertanding 52 daripada 71 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
“Saya menemui mereka (pemimpin SNAP) semalam dan hari ini dan mereka telah melakarkan hala tuju dan kerusi yang mereka mahu bertanding. Saya menemui penasihat SNAP Datuk seri Daniel Tajem Ahad lalu dan setiausaha agungnya Stanley Jugol hari ini,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut mengenai dua mesyuarat dengan SNAP kecuali mengatakan tidak ada pertengkaran mengenai pengagihan kerusi di kalangan pakatan pembangkang di Sarawak iaitu bertentangan dengan beberapa laporan media sebelum ini.
SNAP merupakan sebahagian daripada pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sarawak.
Sementara itu, Jugol, ketika dihubungi, berkata SNAP telah menjelaskan kepada Azmin mengenai hasrat parti itu untuk bertanding 28 kerusi di kawasan majoriti Dayak di mana parti itu percaya mempunyai peluang baik untuk mencapai kemenangan.
“Azmin berjanji untuk membawa perkara ini kepada kepimpinan PKR sebelum Khamis ini,” katanya.
Jugol juga menegaskan bahawa SNAP masih menjadi sebahagian daripada pakatan itu.
DUN Sarawak dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Pada pilihan raya negeri lepas, pada 2006, PKR dan SNAP masing-masing menang satu kerusi dengan calon PKR, Dominic Ng di Padungan dan Johnicol Rayong (SNAP) di Engkilili.
Johnicol mengisytiharkan dirinya Bebas selepas memenangi kerusi tersebut dan kini menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yakin SNAP dan PKR akan dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi pada pilihan raya Sarawak akan datang “demi kepentingan lebih utama iaitu mengurangkan majoriti dua pertiga BN.”
Beliau berkata pembangkang perlu memperakui kelemahan dan kekuatan masing-masing.
“Saya pasti jika wujud komitmen sebenar dan ikhlas untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN, masalah ini boleh diselesaikan” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengumpul dana dan maskot DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak di sini semalam.
Dipetik Bernama, Lim berkata pengagihan kerusi di kalangan parti pembangkang di Sarawak masih lagi dibincangkan. — Bernama

Dun Sawarak: Mesej Dari Tuan Presiden PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/tghadi.JPGKita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui. Sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

Sehubungan dengan pembubaran ini maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak. Petugas parti juga perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.


Selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.


Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak. Selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat. Kesimpulannya ialah, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini. Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini.


Sekali lagi, PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Anwar Ibrahim: Watak Yang Disayangi Dan Dicemburui

Lepas satu, satu fitnah dibuat terhadapnya. Dr Mahathir terlibat dengan fitnah 1, Najib terlibat dengan fitnah 11.

Kini, Datuk Najib terlibat dengan fitnah 3.

Anwar adalah manusia istimewa. Jika sekiranya manusia lain, waima, Dr Mahathir atau Datuk Najib atau mana-mana pemimpin UMNO yang difitnah sehebat beliau, mereka sudah angkat tangan, dan mungkin sudah "membunuh diri".

Fitnah 1 berakhir dengan Anwar didapati tidak bersalah. Fitnah 11, dari bukti Pendakwa, sudah tidak ada asasnya lagi, dan kalau fitnah 11 bukan kes politik mahu "membunuh" Anwar, sudah lama kes ini dibuang, dan jika ini melibatkan orang lain, tidak akan dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan.

Maka Fitnah 3 ini diiharapkan boleh menghancurkan Anwar.

Fitnah 3 berbeza sama sekali dengan fitnah 1 dan 2; Anwar yang sentiasa ditonjolkan sebagai "kaki bontot" kali ini ditonjolkan pula sebagai "kaki betina", kes seumpama ini tidak diharapkan oleh perikanya untuk dibawa ke Mahkamah, kerana "lelaki-betina" tidak melakukan apa-apa kesalahan dibawah Kanun Kesiksaan melainkan kes rogol.

Maka sudah tentu tujuan fitnah 3 ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej Anwar sebagai seorang ahli politik yang mempunyai moral yang tinggi, untuk menggambarkan bahawa Anwar tidak layak menjadi ahli politik apatah lagi menjadi pemimpin Negara.

Fitnah 3 amat jahat dan jijik. Tujuannya amat jelas. Perika video palsu ini memberi amaran bahawa jika Anwar dan Wan Azizah tidak meletakkan jawatan masing-masing maka video ini akan didedahkan kepada umum.

Ini adalah "blackmail" - political blackmail (blackmail politik) yang sangat jelas bertujuan supaya Anwar dan Wan Azizah dikeluarkan dari kedudukan masing-masing dan justeru itu memberi jalan mudah kepada Najib dan pimpinan korupnya memerintah dan melakukan kerosakan kepada Negara ini.

Ini bertepatan juga dengan Pilihanraya di Negeri Sarawak dan video ini bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Tape ini juga akan digunakan untuk Pilihanraya Umum yang tidak lama lagi akan berlangsung.

Anwar adalah manusia istimewa.

Orang lelaki yang ditunjukkan didalam video itu memiliki perut yang boroi, tidak seperti Anwar; ini bererti bahawa "doctored video" yang dibuat oleh Datuk T itu walaupun dibuat secara profesional tetapi tidak mengambil kira struktur Anwar yang sebenar, maka yang palsu itu tetap palsu dan amat jelas bahawa Anwar sekali lagi difitnah semata-mata kerana beliau mengancam kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kenapa Najib terlalu takut kepada Anwar? Beliau adalah seorang pemimpin yang korup, beliau telah melakukan banyak kerosakan kepada Negara, beliau melindungi pemimpin-pemimpin yang korup, beliau melindungi Mubarak Sarawak, dan beliau tidak akan mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin yang korup kerana beliau sendiri terlibat dengan korupsi.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Negara ini dalam tempoh 100 harinya, segala kes-kes korupsi yang melibatkan semua pemimpin-pemimpin Negara dan Negeri akan dibawa ke Mahkamah. Inilah yang menakutkan Najib dan pemimpin-pemimpin BN.

Anwar adalah manusia istimewa. Allah akan membantu orang yang teraniaya. Anwar, Insya Allah, akan selamat dari fitnah ini dan beliau Insya Allah akan terus memimpin gerakan rakyat dan mengambil alih Putrajaya.

Muhyiddin Yassin Tertekan Rakyat Terima Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Tohmahan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak hanyalah sebagai pengacau (hantu jembalang) adalah tidak adil dan amat mengelirukan.
Kenyataan itu mempamerkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia.
“Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Sesungguhnya, kata beliau dari tindakan Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini.
“Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak,” ujarnya.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia membenarkan pembentukan pelbagai parti politik untuk memperjuangkan hak-hak dan kesejahteraan rakyat.
Malah, ujarnya BN sendiri adalah gabungan antara beberapa banyak parti-parti politik kaum.
Perlembagaan juga menjamin hak-hak tersebut, tiada sesiapapun yang boleh menafikannya.
Oleh itu, tambahnya tidak timbul sebarang masalah terhadap kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak.
Sebenarnya, tambah beliau dari sudut Perlembagaan ahli-ahli dan penyokong PR di Sarawak berhak terlibat terus dalam kancah politik negeri itu.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Sarawak untuk berusaha mencapai taraf hidup yang lebih baik serta membuat perubahan demi mencapai matlamat tersebut.
“Juga menjadi agenda utama PR untuk mengajak seluruh rakyat Sarawak bersama-sama berjuang membuat perubahan untuk mencapai matlamat yang lebih gemilang,” ujarnya.
Katanya lagi, PR yakin bahawa rakyat Sarawak mampu berubah.

Wednesday, February 2, 2011

PERUTUSAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian
Kuaile kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga
Tahun Baru Cina di raikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun
ini adalah tahun arnab, ianya melambangkan sifat-sifat yang
peka,bijaksana, diplomatik lagi berseni.

Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh
menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan
kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar
membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai.

Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup
sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan
pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal
kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petrolium nampaknya
terus melonjakkan kos sara hidup.

KEADILAN yang berpegang atas panji Pakatan Rakyat akan terus
memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat. Buku jingga yang kita
galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita
sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi
negara.

Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan
pilihanraya umum mungkin diadakan. Inilah masanya rakyat membuat
keputusan samada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan
berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang
maju ke hadapan. Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan
yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi
politik, ekonomi dan sosial.

Gong Xi Fa Chai, Xian Nien How

Dr Wan Azizah Wan Ismai

Rusuhan Mesir Perlu Dijadikan Iktibar - Nik Aziz


KOTA BHARU 2 FEB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi peringatan kepada pimpinan seluruh dunia supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir.

Ujarnya, pergolakan yang berlaku di Mesir harus dijadikan pengajaran supaya pemimpin tidak perlu bermegah dengan kemenangan kerana ia akan memberikan kesan buruk jika rakyat dizalimi.

Harakah.daily net semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, kezaliman rejim Hosni Mubarak terbukti dengan kemenangan besar beliau yang dicemari dengan penyelewengan setiap kali pilihanraya.

Katanya, kemenangan mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang telah menzalimi rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperkotak-katikkan.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya.

Pilihan raya Sarawak: PR yakin tawan 36 kerusi ‘panas’

SARAWAK: KEADILAN bersama Pakatan Rakyat Sarawak sudah mengenalpasti 36 kerusi sasaran di negeri itu yang mampu ditawan pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi.

Menurutnya, 36 kerusi ‘panas’ itu merupakan sasaran minima bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya akan datang.

“Kita berhasrat untuk menang sebanyak mungkin dan 36 kerusi negeri itu merupakan sasaran minima bagi memastikan kita berjaya membentuk kerajaan baru.

“Namun, keutamaan kami ketika ini ialah memperkemaskan jentera penerangan agar maklumat benar-benar sampai hingga ke akar umbi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Wan Zainal bagaimanapun enggan memperincikan nama kerusi-kerusi tersebut.

Tempoh kerajaan Sarawak ketika ini berakhir pada 24 Julai depan dan pembubarannya dijangka diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU).

KEADILAN dijangka bertanding di 42 dari 71 kerusi negeri manakala bakinya lagi ditandingi DAP, PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Dalam perkembangan lain, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan bersama masyarakat Sarawak dalam program jelajah beliau ke negeri itu Sabtu ini.

Selain menghadiri majlis sambutan Hari Raya Cina di perkarangan pejabat KEADILAN Cabang Stampin di Serian Kuching, Anwar juga bakal hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.

Beliau juga akan menyampaikan dua ceramah di Kampung Taie, Serian dan Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kucing pada hari yang sama.

Buku Jingga: Program 100 Hari Pakatan Rakyat

azlan

"Nama Saya Anwar Dan Saya Bukan Pengganas"

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

pkr forum 010211 anwar 04"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.

Wednesday, December 29, 2010

Sabotaj Kerajaan Negeri Selangor Agenda 1Malaysia

Problem Dunia: Usaha merampas kerajaan pakatan rakyat di negeri selangor tidak pernah dilupakan rejim umno. diakui sebagai lubuk emas memenuhkan kocek ketua-ketua umno, najib sentiasa mencari peluang, ruang dan masa untuk menjalan satu persatu strateginya.

Namun keadilan dan kebajikan yang diutamakan pemimpin pakatan rakyat diketuai Khalid Ibrahim dengan sendirinya berjaya mematahkan cubaan jahat najib razak dari berlaku.

Bermula isu kerajaan perpaduan umno-pas, isu pasir haram, adun lompat parti, kepala lembu dan berbagai lagi isu remeh temeh. Kini najib cuba mengeksploitasi hubungan rapat pimpinan pakatan rakyat dengan sultan selangor.

Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan baru Negeri Selangor digunakan sehabis baik untuk mengeruhkan hubungan kerajaan negeri dan Sultan Selangor. Pelantikan tanpa perundingan dengan Mmenteri Besar tetapi terus meminta perkenan Tuanku Sultan adalah sesuatu yang teramat pelik.

Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Oleh itu, jika mengikut logik akal, perundingan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya bersama-sama dengan panel dianggotai Menteri Besar atau sekurang-kurangnya orang yang dilantik oleh Menteri Besar.

Siapa yang dilantik oleh Sidek Hassan?

Khusrin Munawi, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, menempa nama dengan berbagai peristiwa memalukan. Khusrin banyak dilihat memihak umno dalam isu-isu melibatkan Agama Islam di Selangor.

Antaranya yang masih jelas boleh diingati, peristiwa beliau melobi keras untuk program umno di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Hanya kerana nazir disitu berkeras untuk patuh pada arahan Tuanku Sultan, program terbabit dipindahkan.

Khusrin dilihat membisu dalam isu lawatan Ahli Parlimen Hulu Selangor dari barisan nasional ketika pilihan raya kecil, P. Kamalanathan ke surau berbanding lawatan Ahli Parlimen Serdang Pakatan Rakyat Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Sebelum itu peristiwa penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri yang didakwa memberi ceramah tanpa tauliah. Peristiwa ini cukup memalukan Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Sementelah, beliau cuma berpangkat Jusa C dan akan melangkah Jusa B untuk memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bagaimana individu yang terpalit berbagai kontroversi buruk ini dan dilihat sangat berlawanan pendirian untuk membantu kerajaan Selangor ke arah kemajuan.

Peranan Menteri Besar dan Kebijaksanaan Sultan Diperlukan.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut Agama Islam,dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pentadbiran negeri.

Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malahan ianya boleh dilantik daripada "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.

Pengumuman yang dibuat ketua setiausaha negera bahawa pelantikan telah dibuat adalah jelas sebagai satu usaha mensabotaj dan mengulangi peristiwa rampasan kuasa kerajaan Negeri Perak.

Menteri Besar perlu segera mengingatkan Tuanku Sultan tanpa mengurangi darjatnya tentang peristiwa tersebut bagi mengelakkan keadaan serupa terjadi di negeri baginda.

Kami rakyat dibawah naungan Baginda Tuanku meletakkan sepenuh kepercayaan akan kebijaksanaan Tuanku dalam mentadbir negeri ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Tuesday, November 30, 2010

MB Selangor: Raja Melayu Diminta Berhati-Hati Dengan Si Kitol

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

sultan selangor and khalid ibrahim 250209Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 leavingJelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

conference of rulers majlis raja raja"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Berpakat Mengutamakan Kerjasama Erat

Pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Resolusi Persidangan Shah Alam itu dicapai setelah mengambil persetujuan semua ketua negeri yang dikuasai Pakatan -- Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.

khalid ibrahimSetiap ketua menteri dan menteri besar dari negeri berkenaan masing-masing membuat pembentangan kertas kerja meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran dalam persidangan berkenaan.

"Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman,” kata Khalid yang membacakan resolusi berkenaan.

Resolusi berkenaan menggariskan lima janji penting – antaranya untuk membentuk satu "pakatan ekonomi" di antara kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan dan mengurangkan amalan birokrasi dalam pentadbirannya.

Kerjasama exco negeri Pakatan

Dokumen itu antara lainnya turut menyentuh usaha memperkukuhkan permuafakatan antara pemimpin Pakatan serta mengkaji usahasama yang boleh dijalankan antara anggota exco kerajaannya.

Resolusi berkenaan juga menetapkan janji untuk memastikan persefahaman dan kelunakan hubungan antara pemimpin politiknya dengan pentadbiran negeri, kata Khalid lagi dalam persidangan di kompleks perumahan kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam, lewat malam semalam.

"Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat," katanya lagi dalam ucapan perasmiannya itu.

Persidangan berkenaan merupakan yang kedua seumpamanya yang diadakan melibatkan ketua-ketua kerajaan Pakatan. Persidangan pertama telah diadakan di Mentalun Kedah pada 18 Januari tahun lalu.

Wednesday, November 24, 2010

Syabas Diarah Berhenti Program Tabung Budi Atau Hilang Leses - Kerajaan Negeri Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diberi tempoh 14 hari untuk menghentikan kutipan bagi Program Tabung Budi ataupun menghadapi kemungkinan kehilangan lesennya bagi membekalkan air.

water bill 110608Notis bertarikh hari ini dikeluarkan oleh pengarah kawal selia air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997 kerana Syabas dikatakan telah melanggar syarat perjanjian konsesi air .

“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata kenyataan dari Sekretariat Akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.

Mengikut notis itu, lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syabas mengikut Sub-seksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

“Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

“Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi,” petik kenyataan itu.

NONESebelum ini, menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berkali-kali menasihatkan Syabas supaya menghentikan segera Tabung Budi kerana program itu bukan sahaja melanggar syarat konsesi tetapi juga menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

“Syabas mendakwa program ini untuk kebajikan tetapi hakikat sebenarnya Syabas menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat membayar Syabas setiap bulan menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Namun pada masa yang sama Syabas mengutip sumbangan daripada orang ramai.

“Jika Syabas benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab sosial korporat, mereka sepatutnya melupuskan caj air dan tunggakan yang ditanggung mereka yang tidak mampu,” katanya.

Monday, November 15, 2010

Timb Pengurus Besar Yayasan Selangor Diarah Bercuti, Juru Audit Bebas Siasat - Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 14 NOV : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor , Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan berhubung kos RM300,000 majlis anjuran Yayasan Selangor selesai dijalankan.

Dalam pada masa yang sama , Khalid berkata Kerajaan Negeri memutuskan membekukan sementara semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS sehingga laporan penuh audit siap yang dijangka akhir bulan ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri turut mengarahkan juru audit bebas untuk menyiasat semua dakwaan yang dibangkitkan berhubung dengan urustadbir PKNS.

"Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarahkan supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting.

"Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan.

"Jabatan Perhubungan Awam PKNS dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan," ujar beliau dalam kenyataan media, hari ini.

Ujarnya, langkah itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan dalam memastikan pentadbiran negeri, agensi kerajaan dan anak-anak syarikatnya diuruskan dengan baik dan setiap wang yang dibelanjakan digunakan untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.

Semalam, Sultan Selangor membatalkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor yang dijadualkan, esok.

Ini berikutan, kosnya melebihi RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang mana Baginda berpendapat amat tinggi dan membazir.

Friday, November 12, 2010

DAP Terus Konsisten Menenatang Judi. Mana Umno?

DAP sentiasa konsisten menentang penambahan lesen judi, namun beriya-iya mahu memberikan lesen judi dari dulu kini dan mungkin selamanya.

Hari ini sekali lagi DAP membuktikan mereka benci kepada judi. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini mempersoalkan rancangan badan pelaburan MCA - Huaren Holdings Sdn Bhd - untuk mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC - syarikat perjudian ketiga terbesar di Malaysia selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik,” soal Loke pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?” soalnya.

Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan,” katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus menjaja isu berkenaan.

Friday, October 22, 2010

Dun Galas: Dr Zulkefli Mohamad Taruhan Pakatan Rakyat

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.