Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, September 15, 2010

Kompromi Politik, Samsul ke Naib Presiden, Chegubard Bertanding Ketua AMK

Setelah dua penggal menerajui Pemuda PKR (AMK), ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkemungkinan besar tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu kali ini.

Beliau sebaliknya akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti itu - dilihat sebagai satu kompromi bagi memberikan laluan kepada pencabar utamanya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin.

azlanPengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat dalam satu sidang media di Kelab Sultan Selangor, Kampung Baru pada jam 3.00 petang esok.

Sumber-sumber memberitahuMalaysiakini, Shamsul, 36, mengambil keputusan itu setelah menimbangkang permintaan anggota sayap kanan parti itu yang mahukan 'orang muda' diberikan peranan lebih besar di peringkat pusat.

"Keputusan ini juga dibuat dengan mempertimbangkang kekosongan yang bakal ditingglkan dua naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden," kata sumber-sumber itu.

Sebelum ini, difahamkan terdapat usaha memujuk Shamsul dan Badrul yang dilihat mempunyai kekuatan seimbang bagi berkompromi membentuk satu pasukan - tindakan yang dilihat menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Ini kerana, jika berlaku pertembungan empat penjuru - dengan anggota MPP Rafizi Ramli dan pemimpin cabang Hasmi Hashim - kemungkinan besar akan berlaku perpecahan undi menyebabkan kelebihan memihak kepada calon lain.

azlanDengan kompromi ini, jika benar, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard dijangka mendapat laluan mudah menentang Rafizi dan Hasmi yang dilihat sebagai 'orang baru' dalam AMK selepas pilihan raya umum 2008.

Manakala Shamsul pula dijangka selesa apabila mendapat dokongan sayap Pemuda - antara undi penentu bagi perebutan jawatan kanan PKR.

Dalam masa yang sama, Shamsul dan Badrul sama-sama dilihat orang lama dalam AMK sejak gerakan reformasi 1998.

Ditanya lanjut tentang rundingan Shamsul dengan Badrul, sumber-sumber bagaimanapun berkata pengerusi PKR Melaka itu sebenarnya juga cuba 'didampingi' bakal calon lain.

"Bagaimanapun, esok macam-macam boleh terjadi. Kata Winston Churcill, dalam politik, satu hari pun dikira lama," kata mereka sambil ketawa.

Shamsul bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hanya berkata: "Minta tunggu esok".

Mengapa Saya Ajak Perkasa Berdebat? - Nurul Izzah

Semenjak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan telah dikeluarkan terhadap saya.

Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang mencadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka sebanyak 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula mengalami nasib yang sama seperti saya.

Saya sudah jelaskan bahawa bukanlah niat saya untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar untuk mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Yang saya hujahkan dalam tulisan saya sebelum ini adalah bukan kedudukan istemewa orang Melayu dipersoalkan tetapi PELAKSANAAN dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincangkan hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.

Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik tahun 2009, 78.2 peratus daripada kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Namun, kerajaan juga sedang berusaha untuk merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan persekutuan?

Saya juga percaya Perkasa sudah tentu akan bersetuju dengan saya kalau saya cadangkan sebahagian pendapatan Petronas, 30 peratus keuntungan tahunan misalnya, disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk membiayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada melaung-laungkan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Yang saya perjuangkan adalah banyakkan biasiswa menjadi 100 tempat, contohnya, sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.

Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Jadi adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan?

Tidakkah ini memberi kesan kepada “hak Melayu”?

Oleh kerana kedudukan Bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan Perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.

Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga telah mengisytiharkan bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Dan perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan pada kadar minimum 30 peratus.

Inilah dasar yang begitu kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya Umno.

Dasar ini pada saya cukup kabur sekali, kerana tidak jelas apa yang dipertahankan sebenarnya. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan keseluruhan orang Melayu? Adakah ia akan menaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya adalah orang Melayu?

Dan data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya pada 2002 mengatakan pegangan orang Melayu sebenarnya sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 juga mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.

Perbezaan-perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun yang pasti, walau apa angkanya, orang Melayu terbanyak tidak mendapat faedah daripada dasar ini.

Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayan Ekuiti Bumiputera' sediada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham 'par-value' yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25 peratus saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Dan baki 70 peratus pegangan asal masih didalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.

Untuk menguji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mulakan dengan syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak membina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.

Apa yang saya cuba bangkitkan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Kerana itu saya terkejut apabila bermacam-macam tohmahan ditujukan kepada saya.

Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail sendiri pernah mengatakan bahawa kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang-orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham adalah juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.

Maka Tun Dr Ismail mengatakan kedudukan orang Melayu ini akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau meramalkan dengan semakin ramai Melayu yang berpendidikan dan mendapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa ini.

Walaupun bukanlah tujuan saya di sini untuk menghapuskan peruntukan perlembagaan itu, kerana yang saya persoalkan adalah dasar dan pelaksanaan.

Tapi apa yang hendak saya katakan adalah proses perubahan seperti yang diramalkan bekas timbalan presiden Umno itu hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.

* Penulis adalah ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com

Gelaran Tuanku Dan Tengku Ditarik

Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.

Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.

Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut tidak menjejaskan segala kemudahan yang diterima oleh Sultan Ismail Petra sepanjang memerintah Kelantan selama ini.

“Penggunaan gelaran ini termaktub dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, namun apa-apa keputusan bagi menetapkan gelaran untuk ayahanda dan bonda baginda selepas ini adalah terserah kepada Sultan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pemilihan PKR: Elakkan Perpecahan


Walaupun mood raya di sepanjang minggu lepas meningkat dengan masing-masing bersedia untuk pulang berhari raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut memulakan kempen melobi untuk bertanding jawatan yang diidamkan. Bukan itu sahaja, mulai membentuk regu atau kumpulan kepada pemimpin-pemimpin yang disokong mereka. Meskipun, di dalam PKR, pengundian akan dilakukan secara terus ke akar umbi apabila hampir 400,000 ahlinya berpeluang mengundi memilih pemimpin mereka untuk Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan datang, tradisi berpuak-puak mula mencorak konsep pemilihan PKR ini.

Jika sebelum ini, ramai yang akur bahawa tradisi berpuak-puak di dalam sesuatu partilah yang bakal meruntuhkan kekuatan parti seperti yang baru-baru ini yang berlaku di dalam MCA kerana PKR juga membawa pendekatan yang sama. Semuanya bermula apabila Rafizi Ramli, ahli jawatankuasa MPP PKR Pusat yang mengumumkan akan bertanding bagi merebut kerusi Ketua AMK PKR daripada penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan mengenengahkan ahli DUN Pemuda dan pemimpin Pemuda PKR. Manakala selang beberapa hari selepas itu, sekumpulan ahli Parlimen PKR dan Ahli DUN PKR Selangor pula menyatakan sokongan kepada Naib Presidennya, Azmin Ali untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden PKR.

Budaya menentukan regu sedemikian yang juga wujud di dalam Umno telah memberikan kesan negatif kepada perpaduan parti itu sepanjang sejarahnya. Antara kesannya ialah yang menang akan memberi laluan dan habuan kepada penyokongnya, yang kalah akan disisihkan walaupun berpotensi untuk berkhidmat kepada parti dan negara dan semangat regu ini tetap akan berterusan walaupun selepas pemilihan parti yang disusuli dengan dengki dan dendam. Kesan yang buruk ini akan menyebabkan ramai pemimpin akan sentiasa tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain di sebalik sikap hipokrit yang mana ini bakal mengundang bencana perpecahan di peringkat dalaman akhirnya.

Sebagai contohnya di dalam Umno, mengambil episod kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir kepada Khairy Jamaluddin di dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno. Di dalam kekalahan itu, regu Mukhriz, Dato’ Razali Ibrahim pula memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Sehingga hari ini, maklumat dalaman yang diperolehi dalam Pemuda Umno memberitahu kedudukan Khairy dan Razali penuh dengan hipokrit dan Razali kini dilihat lebih menumpukan tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan daripada memberi kerjasama kepada Khairy yang lebih nampak aktif di dalam memperkasakan Pemuda. Inilah bahananya jika dibuat regu dan harapan untuk regu kita dipilih bersama tidak menjadi. Perpecahan hubungan antara Pemuda kem Khairy dan Mukhriz masih boleh dilihat semasa program bersama Perdana Menteri anjuran Makmal Pemuda BN apabila kurang bergaul sesama mereka.

Jika kita lihat lebih jauh lagi dalam sejarah Umno, perpecahan terbesar adalah ketika kewujudan dua regu besar di dalamnya dari peringkat atas hingga ke bawah yang menyebabkan Umno diharamkan pada tahun 1988. Ketika itu, terdapat dua kem yang dikenali sebagai Team A dan Team B. Team A yang diketuai oleh Presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad manakala Team B diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Perpecahan lebih teruk berlaku selepas Mahathir memenangi jawatan Presiden Umno dengan undi tipis sebanyak 43 undi. Babak pengharaman ini bermula apabila sepasukan 11 pemimpin Umno yang dikenali sebagai Umno 11 yang menfailkan permohonan mahkamah tinggi bagi membatalkan keputusan pemilihan tersebut yang didakwa tidak sah. Akhirnya, hakim yang mendengarnya iaitu Allahyarham Tan Sri Harun Hashim pada 4 Februari 1988 telah mengharamkan parti tersebut. Selepas itu, Mahathir dan Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah dengan segera mendraf penubuhan parti Umno Baru dan hampir masa yang sama, Team B tadi yang diketuai oleh Ku Li menubuhkan parti Semangat 46 yang disokong oleh mantan-mantan Perdana Menteri ketika itu iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn.

Di dalam pemilihan MCA juga berlakunya unsur regu-regu ini yang akhirnya melemahkan kepimpinan parti berkenaan. Jika anda masih ingat lagi, apabila mantan Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat membentuk regu kepimpinannya sendiri manakala bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng (sekarang menyertai PKR) yang berganding bahu dengan presiden hari ini, Dato’ Dr. Chua Soi Lek yang akhirnya melemahkan kepimpinan parti berkenaan apabila Ong sahaja yang memenangi jawatan Presiden tetapi regunya Datuk Ong Ka Chuan kalah kepada Chua Soi Lek. Ketidakstabilan ini telah menjuruskan parti berkenaan sehingga terpaksa mengadakan pemilihan sekali lagi.

Hasil daripada pemilihan baru ini pula, keadaan yang sama yang berlaku apabila Chua Soi Lek pula memenangi jawatan Presiden dalam pertandingan tiga penjuru tetapi bagi jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi oleh calon yang bukan pilihannya iaitu Datuk Liow Tiong Lai. Pada hari ini, MCA yang dibarisi oleh kawan dan lawan cuba mengawal kemusnahan apabila mereka bertoleransi buat masa sekarang di bawah pimpinan Chua Soi Lek. Namun begitu, MCA pada hari ini boleh disifatkan sebagai retak menanti belah. Semuanya bergantung kepada telatah dan kerjasama antara Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai dalam isu-isu akan datang.

Kembali kita kepada pemilihan PKR nanti, natijah daripada sejarah regu dan kumpulan di dalam Umno dan MCA pernah membawa parti-parti itu ke arah kehancuran. Bagi PKR yang masih muda, mengamalkan semangat pasukan politik seharusnya dihindarkan. Bagi mereka yang hendak bertanding, bertandinglah atas kredibiliti diri sendiri dan usaha sendiri bagi mendapat perhatian 400,000 ahli mereka yang akan mengundi. Budaya berkumpulan ini juga bahaya kerana mampu menggalakkan rasuah dalam parti. Ini kerana kemampuan memberi rasuah lebih besar apabila wang-wang berkempen dapat dihimpunkan bagi tujuan tersebut. Semangat ingin menang juga akan memburukkan lagi amalan rasuah dalam parti.

Bahana selepas pemilihan amat berat apabila golongan yang kalah akan disisihkan. Kita belum sampai tahap yang terbuka dan menerima keputusan apa-apa pemilihan dengan ikhlas dan terbuka. Yang menang perlu lupakan persengketaan dan merapatkan saf serta yang kalah kena terima kekalahan dan kembali bekerjasama. Perbuatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama wajar dicontohi kerana walaupun menang menewaskan lawannya, Hillary Clinton semasa pemilihan parti Demokrat, Obama masih lagi menawarkan tempat dalam kabinet AS kepada Hillary dengan jawatan terpenting sebagai Setiausaha Negara. Inilah yang dikatakan kepentingan negara adalah lebih tinggi daripada kepentingan diri dan politik sendiri.Adakah kita sudah sampai ke tahap tersebut?

Rakyat yang menyokong PKR ingin melihat PKR membentuk satu ideal yang jauh berbeza daripada ideal yang diamalkan oleh Umno. Jika PKR menyerupai Umno, nampaknya harapan mereka melihat perjuangan PKR yang bebas dari amalan berpolitik berpasukan dan rasuah wang tidak akan terlaksana. Rakyat ingin melihat PKR membawa satu pembaharuan sederhana di dalam politik dan tidak mahu mereka di dalam PKR melihat politik sebagai satu usaha mendapatkan kuasa. Oleh itu, pihak pimpinan PKR perlulah memandang berat kepada usaha pihak tertentu yang berlebih-lebih di dalam politik yang cuba membentuk pasukannya sendiri sedangkan perjuangan merakyatkan rakyat ini masih belum tercapai dengan sepenuhnya.

Janganlah golongan berpuak-puak PKR ini lupa bahawa prestasi mereka masih lagi dinilai oleh rakyat. Jika rakyat melihat mereka yang berpolitik semata-mata mendapat tempat dalam parti untuk menjadi menteri di dalam kabinet semasa PRU akan datang kononnya, PKR pasti akan ditolak pada PRU ke 13 nanti. Sekali lagi PKR seperti Semangat 46 akan menjadi punca kekecewaan kepada PAS dan DAP yang sudah lama tegar akan politik nasional untuk menawan Putrajaya.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com.

Pemiilihan PKR: Amaran Syed Shahir Wajar Diambil Serius


Pagi semalam dalam acara di Klang bersama Menteri Besar, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor Sdr Syed Shahir Mohamud memberi amaran bahawa pemilihan parti yang akan berlangsung bermula minggu ini akan memberi ruang kepada musuh jika tidak diurus dengan baik.
Syed Shahir juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Ketua Cabang KEADILAN Kelana Jaya di samping Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Saya fikir amaran Syed Shahir ini sesuai untuk kita teliti. Sesiapa yang mengenali Syed Shahir akan memahami maksud ucapannya. Jangan kita melatah atau melompat.
Dari awal ucapannya Syed Shahir mengalu-alukan sebarang anggota yang ingin menawarkan diri mereka untuk bertanding dalam pemilihan 2010.
Cuma dalam keghairahan KEADILAN mengalu-alukan anggota baru, wujud kerisauan bahawa pihak musuh cuba mengambil kesempatan. Beliau turut mengulas serangan yang berlaku di Facebook dan blog terhadap calon-calon yang bertanding.
Saya fikir amarannya ini tepat. Saya juga tidak setuju dengan beberapa pihak yang melihat pemilihan 2010 dan penyertaan anggota baru sebagai satu ancaman. Cuma sebagai parti yang telah melalui pelbagai onak dan duri dalam usia singkatnya, amaran itu berasas.
Dahulu KEADILAN dicemuh apabila wujud beberapa pemimpin parti dan wakil rakyat yang melompat dan menyerang parti.
Sanak-saudara dan rakan-taulan saya mengemukakan pelbagai soalan. Umumnya memahami mengapa KEADILAN menempuh pengalaman itu, tetapi saya juga tidak memandang rendah pandangan masyarakat. Sekiranya parti asyik melalui pengalaman tersebut, sedikit-sebanyak masyarakat tentu bertanya mengapa parti tidak cuba mengatasi masalah ini?
Kerisauan di kalangan anggota yang berhempas-pulas membina parti ini juga adalah kerisauan dari hati sanubari mereka. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, berapa kerat yang sanggup di barisan hadapan bersama KEADILAN?
Saya masih ingat ketika saya mula-mula mengenal Syed Shahir secara peribadi, apabila saya menjadi anggota KEADILAN Cabang Kelana Jaya pada 2005 sebaik sahaja tamat pengajian. Kelana Jaya boleh dikatakan Cabang yang agak baik, namun itupun kami tidak punya pejabat selepas Sdr Ezam Mohd Noor menjual rumahnya di SS 7 Kelana Jaya. Mesyuarat pertama saya di Syed Bistro SS19 Subang Jaya. Mesyuarat kemudian banyak di Syed Bistro SS6 Kelana Jaya (berhampiran Giant) ataupun di rumah AJK parti.
Anggota yang sangat aktif juga terlalu sedikit. Apabila buat program, orang yang sama keluar duit; kemudian tulis, reka dan cetak risalah; malah orang yang sama turun untuk edar risalah. Saya sendiri berkenalan dengan salah seorang AJK AMK Kelana Jaya apabila saya sedang memasukkan handbill ceramah di Pangsapuri PKNS SS8 kira-kira jam 2 pagi. Individu tersebut sedang membaiki motornya dan menegur kami. Dari pengenalan itu beliau kini menjadi orang kuat KEADILAN Kelana Jaya! Hendak mendapat anggota datang ke Mesyuarat Agung Tahunan kena pelbagai pujuk dan rayu (rakan-rakan saya boleh menceritakan bagaimana saya cuba mendapatkan mereka hadir!)
Saya bernasib baik. Ramai lagi yang membina KEADILAN sejak Reformasi berhadapan sepak terajang anggota keselamatan, malah ditahan di dalam lokap. Ramai yang kehilangan kerja, perniagaan mahupun rosak rumah tangga mereka.
Tokoh-tokoh seperti Syed Shahir (seperti juga Dr. Syed Husin Ali yang hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden) melalui pengalaman ini lebih lama lagi menerusi Parti Rakyat Malaysia yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan lagi.
Sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 anggota-anggota inilah yang menjadi tulang belakang kempen di sebalik segala kekurangannya.
Saya menyedari untuk bergerak ke hadapan, KEADILAN perlu berkembang dan menerima penyertaan anggota baru. Tetapi jangan kita memperkecilkan tulang belakang yang istiqamah selama ini. Sementara kita mahukan mereka berlapang dada menerima penyertaan baru, mereka juga mengharapkan anggota baru yang masuk ketika zaman KEADILAN dan Pakatan Rakyat memegang Kerajaan Negeri, sudah ada pejabat selesa dan tidak lagi dipandang enteng untuk menunjukkan komitmen dapat bersama parti dalam apa jua keadaan. Apatah lagi kita dikhianati oleh beberapa tokoh murahan lama dan baru selepas kemenangan.
Insya Allah, dalam usaha kita menyuburkan demokrasi dalam parti, peringatan ini terus segar di ingatan kita agar perjuangan yang kita bina selama ini akan terus berkembang kukuh menuju ke Putrajaya.
Seperti
kata-kata Dr Syed Husin:
“Saya berharap dan berdoa agar KEADILAN Pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan Parti seperti termaktub dalam Perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi Parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi.”

Pembunuhan Sosilawati: Pembunuhan Dilakukan Jam 10.30 Malam

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH

Air Suam RM1, Restoran Dokenakan Tindakan

Sebuah restoran makanan laut di Tanjong Tokong di Geogetown yang menjual air suam pada harga RM1 segelas akan dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan.

Ketua pegawai penguatkuasa KPDNKK negeri M Guna Selan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai tindakan restoran itu mengenakan bayaran bagi air suam, walaupun harganya tidak terdapat dalam menu.

Selain itu, beliau berkata pelanggan tetap dikenakan bayaran bagi air suam walaupun mereka memesan makanan dan minuman lain.

"Semalam, sepasukan pegawai penguatkuasa kita menyiasat dakwaan itu dan mengunjungi restoran berkenaan serta meminta segelas air suam, pegawai berkenaan juga telah dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi segelas air suam itu," katanya hari ini.

Guna Selan berkata semua restoran diwajibkan mempamerkan tanda harga bagi semua makanan dan minuman, walaupun ia bukan barang kawalan.

Beliau berkata peniaga juga perlu meletakkan harga yang munasabah agar pengguna tidak berasa mereka diperdaya.

Katanya, KPDNKK akan mengambil tindakan terhadap pemilik restoran itu mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Harga (Penandaan Harga Peruncit) 1993, Akta Kawalan Harga 1946 kerana gagal meletak atau mempamerkan tanda harga.

"Jika disabitkan kesalahan, peniaga secara individu, boleh didenda tidak lebih RM15,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000," katanya.

- Bernama

Mengapa Anwar Perlu Memimpin PKR Secara Terus

Ketika para jeneralnya kalut melobi dan berkempen untuk menduduki kerusi nombor dua parti, Datuk Seri Anwar masih berdiam diri dan tidak memberikan indikasi jelas samada dia mahu atau tidak memegang jawatan presiden PKR.

Ahli-ahli parti barangkali masih lagi menunggu pengumuman rasmi beliau, sama ada untuk tampil memimpin PKR secara langsung sebagai presiden atau mahu terus dengan kedudukannya sebagai Ketua Umum parti; suatu kedudukan yang dicipta khas untuk dirinya ketika mana dia tidak diperbolehkan memegang apa-apa jawatan dalam parti ekoran hukuman yang dipaksakan ke atasnya.

Alasan Anwar dan alasan yang dikongsi bersama oleh barisan pimpinan tertinggi PKR adalah; jika Anwar ditakdirkan dipenjara lagi nanti, maka siapa pula yang akan memangku jawatan tersebut.

Makanya pada pendapat kolektif mereka, adalah lebih selamat jika Datuk Seri Dr Wan Azizah terus menjadi presiden. Namun yang selamat hanyalah “kuasa” Anwar ke atas PKR kerana dia masih boleh memberi arahan kepada isterinya yang tidak mungkin akan engkar. Jika orang lain yang memangku jawatan tersebut barangkali Anwar akan sakit kepala di dalam penjara.

Orang penting

Namun formula seperti itu tidak juga dapat menyelesaikan polimik kepemimpinan PKR secara keseluruhannya kerana ada satu lagi jawatan penting yang menjadi sasaran mereka yang berminat menjadi orang penting parti.

Hal ini menjadi nyata apabila timbalan presiden sekarang, iaitu Syed Hussin Ali sudah memberikan tanda-tanda untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut. Hakikat ini membuka ruang kepada perebutan jawatan tersebut di kalangan beberapa pemimpin lama dan baru dalam PKR, yang terngiur dengan prospek kedudukan berimbuhan besar dalam kerajaan baru yang mahu dibentuk selepas PRU ke 13 nanti, baik di negeri mahupun di persekutuan.

Maka berterbanganlah calon-calon timbalan presiden ke seluruh pelusuk negara menemui ahli parti dan memohon sokongan bagi menjawat jawatan tersebut. Malah adalah yang mendakwa mereka direstui oleh Anwar untuk bertanding merebut jawatan kedua penting itu.

Nyaris-nyaris pula para calon tersebut “berlanggaran” antara satu dengan lain di medan kempen dek kerana “lajunya” jentera kempen yang terpaksa mengatur “agenda bersalam” dengan sebanyak mungkin bakal pengundi dalam pemilihan pemimpin PKR yang dianggarkan berjumlah hampir setengah juta itu.

Kini, agenda parti untuk menang pilihanraya umum yang akan datang nampaknya sudah jatuh ke urutan nombor dua. Agenda calon-calon berkenaan adalah memastikan jawatan nombor dua dapat dipegang menjelang bulan November nanti.

Begitulah juga, penyokong masing-masing pun menjadi sibuk dengan pelbagai program yang bermatlamat mendapatkan sebanyak mungkin ahli turun mengundi calon pilihan mereka. Bajet pengangkutan, makan minum dan duit saguhati atas pelbagai nama sudah mula disiapkan dalam blueprint kempen masing-masing.

“Envelop-envelop” pun sudah ditempah. Malahan wang pendahuluan bagi belanja berkaitan sudahpun keluar masuk akaun-akaun rahsia yang ramai ahli parti tidak tahu mengenainya.

Makan-makan

Kalau tidak dengan turunnya bajet seperti itu masakan mungkin jentera parti peringkat cabang dan ranting yang diketahui miskin itu mampu menganjur siri-siri pertemuan dan makan-makan yang ditopengkan dengan majlis berbuka, jamuan hari raya, meraikan anak yatim dan pelbagai acara kreatif yang tidak berupaya dianjurkan selama ini.

Inilah “wajah-wajah politik lama” yang diperbaharui dan dimodifikasi serta dipaksakan ke dalam budaya politik PKR, oleh mereka yang dulunya pernah dijangkiti oleh sindrom yang memualkan itu.

Semua amalan yang tidak relevan itu dihidangkan kembali demi untuk merebut jawatan dalam parti termasuklah jawatan nombor dua PKR, yang pada pendangan mereka akan menjanjikan jawatan terpenting dalam kerajaan yang mahu mereka rampas nanti.

Ini belum lagi di kira betapa “gah”nya kempen pemilihan di peringkat cabang yang sudah menampakkan amalan huduh bakal-bakal pemimpin yang akan di amanahkan memimpin negara dan negeri . Apatah lagi dengan kempen jawatan ketua AMK yang mirip stail berkempen jawatan dalam pemuda Umno, dan tidak kurang hebat jawatan ketua wanita.

Budaya mempromosi pencaicai oleh “Ketua Kem” yang bertanding membayangkan seolah-olah PKR sedang asyik menostalgiakan fenomena puak Ghee Hin dan Hai San yang berebut kuasa untuk memerintah lombong bijih di Perak dan Selangor suatu ketika dulu.

Apakah PKR mahu menghidupkan kembali budaya berkempen seperti ini yang telah membusukkan dan mereputkan kepemimpinan Umno ? Tidakkah ada kaedah lain yang dapat difikirkan bagi mengurang dan meniadakan budaya berkempen dan memilih pemimpin dengan cara begitu ?

Jika benar ajaran Islam menjadi salah satu teras penting perjuangan PKR, maka budaya seperti ini tidak wajar dibenarkan berputik dan mengakar dalam parti.

Ahli-ahli parti akhirnya akan menjadi bosan dengan karenah pemimpin yang hanya sibuk dengan agenda menjamin kedudukan mereka di dalam parti daripada berusaha menjamin kedudukan dan nasib rakyat terbanyak.

Justeru itu Anwar harus segera melakukan sesuatu tindakan yang “di luar kebiasaan” dalam konteks mendidik pemimpin dan pendokong parti mengamal pendemokrasian pemilihan barisan kepemimpinan parti.

Autokrasi perlu digunakan

Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua amalan demokrasi dapat menatijahkan kebaikan kepada organisasi. Ada kalanya elemen autokrasi perlu digunakan sesekali dan dalam banyak hal elemen perundingan dan permuafakatan perlu diutama serta diperbanyakkan.

Kenapa tidak dibudayakan amalan permuafakatan dan perundingan sesama pemimpin pelbagai peringkat dalam menentukan barisan pemimpin PKR. Kenapa juga tidak dibudayakan amalan berkongsi dan bergiliran memimpin dalam parti jika benar para pemimpin PKR mendukung semangat perjuangan yang mengutamakan rakyat daripada kedudukan mereka sendiri.

Banyak sekali ajaran dan pengalaman dari sejarah kepemimpinan Islam yang barangkali disifatkan tidak demokratik oleh sesetengah pihak namun terbukti berjaya “mengamankan organisasi” .

Hujah untuk menyuburkan demokrasi dalam parti melalui amalan bertanding dan berkempen memang ada kebenarannya, tetapi mempraktikkan elemen-elemen demokrasi yang berpotensi memusnahkan keharmonian dan keintiman silaturrahim anggota parti tentunya tidak akan mendatang apa-apa kebaikan kepada parti. Lebih malang lagi apabila ianya menjurus kepada sengketa dan permusuhan sesama pendokong dan juga penyokong yang akhirnya melemah dan mencederakan parti.

Anwar harus segera bertindak membunuh “ulser kecil” yang bakal membengkak menjadi “kanser” dalam PKR ini. Dia harus segera menamatkan persaingan tidak sihat bagi jawatan-jawatan dalam parti terutamanya jawatan penting seperti timbalan presiden yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Sebagai “Mudir Am” parti sekarang ini, Anwar seharusnya sudah mencium bau-bau busuk yang “dikencingkan” oleh beberapa pemimpin parti yang beriya-iya mahu bertanding. Bau busuk ini tidak harus dibenarkan menghancing parti. Anwar tidak boleh membenarkan gejala buruk ini dihidupkan dalam PKR yang menjadi harapan rakyat untuk merubah senario politik negara.

Kaunseling politik

Masa yang lebih banyak harus diberikan untuk merumuskan formula damai dalam parti di segenap peringkat. Jika kesemua ratusan pemimpin yang mahu bertanding itu perlu dipanggil dan diberi nasihat dan kaunseling politik, maka ia harus dilakukan. Malahan jika terpaksa di panggil mereka yang terlibat itu untuk diberi amaran, maka Anwar harus melakukannya sekarang dan bukannya menunggu sehingga ada aduan rasmi dari pihak yang kalah nanti.

Inilah yang dinamakan proses mendidik ahli parti. Mendidik dari awal dan mendidik melalui bimbingan dan tegahan. Jangan hanya selepas berlakunya tragedi buruk dalam kempen barulah mahu diambil tindakan ke atas yang terlibat dengan alasan untuk mendidik ahli supaya lebih berdisiplin. Pendidikan awal melalui penasihatan dan amaran adalah lebih penting dari menghukum setelah terbabas.

Apakah susahnya bagi Anwar untuk memanggil nama-nama yang disebut untuk bertanding dan diberikan nasihat serta dimuafakatkan sesama mereka. Apakah tindakan sebegitu akan dikatakan tidak demokratik kerana menyekat hak untuk bertanding dan memimpin.

Membawa malang

Meskipun perlembagaan parti telah mengggariskan hak-hak mengamalkan demokrasi dalam parti, namun apakah berunding dan bermuafakat untuk mengelak pertandingan yang kurang sihat itu tidak demokratik sifatnya. Jika demokrasi di dalam organisasi itu bermakna kita harus membenarkan amalan-amalan yang boleh membawa kemudharatan kepada parti, maka organisasi yang sedemikian itu akan membawa malang kepada rakyat terbanyak.

Jika pendekatan begitu juga disifatkan tidak demokratik, masakan Rasulullah SAW melarang Abu Dzar Al Ghiffari dari menawarkan diri untuk memegang sesuatu jawatan tertentu kerana terdapat padanya sifat-sifat yang kurang sesuai dengan tugas yang dipinta itu. Tentunya kerana Nabi Muhammad SAW amat tahu sejauh mana kemampuan Abu Dzar dan akibat buruk jika Abu Dzar diberi jawatan yang dimahukannya itu.

Kisah Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meminta-minta diberikan jawatan bukannya hanya satu dan terpencil malah lebih dari satu. Antara hadis yang terkenal adalah hadis daripada Abdul Rahman bin Samurah yang merawikan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya: “Wahai 'Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah) – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Jika falsafah kepemimpinan Islam mahu dijadikan rujukan serta model dalam kepemimpinan PKR, maka pesan Nabi ini sudah cukup untuk meyakinkan diri Anwar dan para pimpinan utama PKR bahawa inilah sebenarnya semangat politik baru yang harus diterapkan di dalam parti.

Jika semangat kepemimpinan Umar Abd Aziz boleh dijunjung dan mahu dicontohi oleh pemimpin utama DAP, kenapa semangat murni seperti ini, yang juga diajarkan oleh Nabi kepada Umar Abd Aziz tidak mahu diterap dan disuburkan di dalam PKR yang sering mengungkap kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai model mereka?

Anwar tidak harus terus membenarkan “politiking” dalam PKR disuburkan dan dibiarkan berterusan. Langkah drastik harus diambil mengawal potensi barah yang bakal merayap dalam tubuh PKR dan “politiking” yang paling berbahaya sekarang ini adalah perebutan jawatan nombor dua parti.

Campurtangan

Anwar harus segera memberhentikannya. Caranya tidaklah payah. Paling tidak untuk sementara waktu atau buat sesi kali ini, sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Paling tidak juga sebagai usaha awal mendidik ahli parti supaya memulakan semangat perundingan, musyawwarah dan muafakat .

Masalah perebutan jawatan timbalan presiden tidak akan menjadi panas jika Anwar campur tangan dan memberi indikasi bahawa dia tidak mahu berlaku perebutan bagi merebut jawatan tersebut. Mungkin ada yang akan engkar, tetapi ahli terbanyak akan tahu menimbang samada untuk memilih formula damai atau terus menerus menghabiskan masa berebutan jawatan.

Formulanya tidaklah sangat payah. Sarankan agar “status quo” barisan kepemimpinan utama parti yang sedia ada dikekalkan, paling tidak untuk sementara waktu. Jika timbalan presiden sekarang ini tidak mahu terus memegang jawatan tersebut atas alasan “uzur syarie”, maka formula kedua dan yang paling praktis adalah menawarkan jawatan timbalanpPresiden kepada Azizah yang perlu mengosongkan kerusi presiden untuk Anwar.

Menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Azizah bukan bermakna mahu mengamalkan kronisma dan nepotisme dalam parti, tetapi strategi serampang dua mata untuk menyelamatkan parti dari berlakunya pertandingan timbalan presiden dan sebagai persediaan jika Anwar dihumban ke penjara sekali lagi.

Jika Azizah bertanding timbalan presiden apakah akan ada calon lain yang berani mencabarnya? Mungkin akan ada, tapi orang berkenaan pastinya seseorang yang tidak pernah menghayati “falsafah perjuangan sebenar” PKR. Dia mungkin orang baru yang agak asing dengan “cara hidup” perjuangan PKR selama ini atau dia seorang lama yang tidak pernah kenyang dengan jawatan yang dia sendiri tidak berjaya membuktikan keberkesanan dan kehebatan sumbangannya kepada parti dan rakyat.

Inilah antara pilihan yang ada jika Anwar mahu melihat kedamaian dalam pemilihan parti buat masa ini. Paling tidak bagi jawatan timbalan presiden kerana ia merupakan satu jawatan yang amat kritikal, sangat penting dan diperhatikan oleh rakyat selain dari jawatan presiden. Jawatan naib presiden PKR yang boleh diduduki oleh lebih dari seorang tentunya tidak akan mengundang “politiking” hebat di kalangan calon-calon yang mahu menawarkan diri.

Semangat ahli

Dengan tampilnya Anwar untuk memimpin parti sebagai presiden secara langsung, tentunya impak terhadap semangat ahli akan bertambah. Begitu juga terhadap moral parti komponen Pakatan Rakyat.

Kali ini Anwar harus tampil memimpin langsung PKR sebagai presiden yang mempunyai kuasa sepenuh mengatur strategi dan gerak kerja parti. Mencipta jawatan ketua umum yang menjadi “tangan ajaib” dalam mengatur kepemimpinan PKR sudah tidak relevan lagi kerana Anwar kini sudah boleh bertanding dan memegang jawatan dalam parti dan tidak lagi seperti sebelumnya. Ahli parti harus segera bangkit menobatkan Anwar sebagai ketua rasmi mereka dan bersama-sama membentengkan dada berdepan dengan serangan politik Umno/BN yang mahu memenjarakan Anwar sekali lagi.

Semangat para ahli PKR untuk mempertahankan presiden mereka tentunya lebih “membara” kerana gelaran presiden adalah maruah tertinggi parti yang mesti dijaga agar tidak dinyahkan dari parti oleh mana-mana pihak. Presiden parti adalah imej terpenting parti yang harus dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.

Anwar harus segera menyatakan pendirian untuk langsung memimpin parti kerana dengannya semangat perjuangan ahli PKR untuk bangkit melawan BN akan kembali menyala-nyala. Anwar harus sedar betapa ahli amat memerlukan kehadirannya menjadi presiden PKR pada masa ini. Ia bukan sekadar untuk menyelamatkan “politiking” di dalam parti sahaja, tetapi ahli terbanyak mahukan Anwar mengambil tanggungjawab memegang “steering” dan memandu parti secara langsung dan bukannya memberi arahan dari kejauhan.

Kenapa Anwar perlu takut untuk tampil memimpin parti, kalau hanya kerana bimbangkan parti akan kehilangan presiden yang mungkin akan dipenjara. Jika ditakdirkan dia terpenjara lagi bukankah akan ada pemangku presiden yang telah terbukti mempunyai kemampuan menjadi presiden PKR selama lebih satu dekad.

Jadi tidak ada sebab Anwar menolak kehendak ahli parti yang mahukan dia menjadi presiden secara langsung pada kali ini. Jangan sampai ada ahli yang akan kecewa dan akan menempelak Anwar sebagai seorang yang sememangnya tidak layak menjadi presiden tetapi hanya layak menjadi ketua umum sahaja, yakni untuk mengetuai kerja-kerja mengumumkan berita yang boleh menggemparkan rakyat jelata.

Tiada Mahkamah Boleh Cabar Permahsyuran Sultan Kelantan

Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu.

Beliau berkata, pelantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar.

“Ini merupakan suatu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No 1, 2010 dan Petisyen 2, 2010 ekoran ketidak upayaan Sultan Ismail (berikutan kegeringannya)," katanya.

Keterangan perubatan

Beliau mendakwa, tetuan Rashid telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan perubatan untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan firma tersebut bertindak bagi pihak baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang.

“Tetuan Rashid juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan yang menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan afidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen no.1 2010 dan petisyen no.2 2010 terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja.

Mohd Shukri mendakwa, kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan adalah sah atau tidak.

Shad Saleem Faruqi: Boleh dicabar

Di Kuala Lumpur , pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 63, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, sebarang kekeliruan tentang pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan boleh diperjelaskan di bawah Mahkamah Persekutuan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata Perkara 63 menyebut Sultan Kelantan boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan jika sebarang keraguan ditimbulkan akibat salah tafsir berkenaan Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

"Peruntukan Perkara 23(A) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
(Bahagian Yang Kedua) jelas menyatakan jika siasatan mendapati raja mempunyai kecacatan besar sehingga menjejaskan keupayaan memerintah, Majlis Perajaan Negeri (MPN) berhak mencari pengganti sultan.

"Walau bagaimanapun, saya pasti perkara ini akan dipersoalkan oleh pihak tertentu iaitu sama ada pindaan Perkara 23(A) pada 22 Julai lalu dilakukan di bawah keadaan sah atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kelantan yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Langgar perlembagaan negeri

Bagaimanapun, pemasyhuran tersebut dipertikai kekanda Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang mendakwa pelantikan anak saudaranya itu tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan negeri.

Situasi tersebut sekaligus menyebabkan krisis keluarga diraja Kelantan semakin meruncing dan beberapa anggota kerabat yang menyokong Sultan Ismail Petra bertegas mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Khas Raja-Raja di Putrajaya.

Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (bawah, kiri) menegaskan setiap negeri di Malaysia mempunyai perlembagaan tersendiri dan setiap kes harus ditangani mengikut perlembagaan dan undang-undang yang telah termaktub.

"Saya rasa yang paling penting, sejak 31 ogos 1957, setiap raja di negara ini telah menjadi Raja Perlembagaan dan perlembagaan tersebut haruslah dipatuhi.

"Walau bagaimanapun, sekiranya pihak yang menimbulkan keraguan berjaya membuktikan pelantikan tersebut tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan, maka ia tidak sah dan mahkamah berhak menentukan tindakan seterusnya," katanya.

PAKATAN sambut baik

Sementara itu, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) melahirkan rasa syukur atas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan baru semalam.

Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak berkata keprihatinan tinggi Tuanku terhadap rakyat jelata di samping mementingkan keadilan dan kebajikan hamba rakyat menyebabkan persatuan tersebut melahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan baru tersebut.

"Sebagai rakyat Kelantan yang berada di perantauan, kami berasa amat berbangga dan bertuah sekali berpayung di bawah naungan Tuanku.

"Sikap penyayang Tuanku terhadap rakyat terbukti dengan penganjuran program-program kebajikan seperti pengurniaan zakat kepada orang-orang miskin yang terdapat di seluruh jajahan di negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Noordin turut berkata PAKATAN akan sentiasa bersedia untuk membantu apa yang terdaya dalam mengangkat kembali taraf Kesultanan Kelantan yang sentiasa dijunjung dan disayangi.

"Sesungguhnya kami sebagai rakyat jelata, amat yakin Tuanku akan dapat memajukan dan memakmurkan lagi negeri Kelantan dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, pegawai-pegawai dan juga rakyat sekalian," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhammad Faris Petra atas pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan.

"Warkah ikhlas yang tidak sepertinya ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik diutus dengan hasrat mengucapkan sembah tahniah di atas pemasyhuran yang memegang tahta Al-Sultan Kelantan yang ke–29 pada hari semalam," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu dalam satu kenyataan.

- Bernama

Khalid Sokong Gandingan Anwar - Azizah Terajui PKR

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya kepada sekumpulan pemimpin akar umbi PKR Selangor yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan presiden parti itu manakala presiden sekarang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijadikan timbalannya.

Khalid memaklumkan pendiriannya itu pada satu majlis yang beliau hadiri di Klang yang dianjurkan oleh Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor.

Kumpulan itu yang muncul minggu lalu dengan kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua di cabang PKR mahu gandingan Anwar dan Azizah menerajui PKR.

Jika ini tidak dapat dilaksanakan, kumpulan itu mahu Azizah dan timbalannya Syed Husin Ali dikekalkan jawatan mereka.

Dalam ucapannya kepada kira-kira 120 pemimpin akar umbi, Khalid berkata adalah penting bagi PKR mengamalkan demokrasi, tetapi adalah lebih penting bagi memastikan pemimpin yang berupaya dipilih.

Beliau mengibaratkan usaha kumpulan itu sebagai satu bentuk musyawarah yang diadakan selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW oleh pengikutnya untuk memilih seorang pemimpin baru dengan tujuan mengelakan saingan yang tidak menyihatkan.

Monday, September 6, 2010

Khalid Ibrahim Berdepan 3 Calon Dalam Perebutan Jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

Pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor pada 3 Oktober ini menyaksikan persaingan sengit apabila penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan ditentang oleh tiga calon, terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor akan berdepan dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mazli Saring, 42, dan ahli biasa PKR, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44. Turut bertanding ialah bekas Ketua Wanita Cabang itu, Fauziah Sulaiman, 52, yang meletak jawatan Januari lalu kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid selaku ketua