Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Showing posts with label PERKASA. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Istana Kelantan Lucut Gelaran Datuk Kepada Ibrahim Ali

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.
Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.
menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Wednesday, September 15, 2010

Mengapa Saya Ajak Perkasa Berdebat? - Nurul Izzah

Semenjak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan telah dikeluarkan terhadap saya.

Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang mencadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka sebanyak 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula mengalami nasib yang sama seperti saya.

Saya sudah jelaskan bahawa bukanlah niat saya untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar untuk mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Yang saya hujahkan dalam tulisan saya sebelum ini adalah bukan kedudukan istemewa orang Melayu dipersoalkan tetapi PELAKSANAAN dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincangkan hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.

Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik tahun 2009, 78.2 peratus daripada kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Namun, kerajaan juga sedang berusaha untuk merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan persekutuan?

Saya juga percaya Perkasa sudah tentu akan bersetuju dengan saya kalau saya cadangkan sebahagian pendapatan Petronas, 30 peratus keuntungan tahunan misalnya, disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk membiayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada melaung-laungkan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Yang saya perjuangkan adalah banyakkan biasiswa menjadi 100 tempat, contohnya, sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.

Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Jadi adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan?

Tidakkah ini memberi kesan kepada “hak Melayu”?

Oleh kerana kedudukan Bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan Perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.

Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga telah mengisytiharkan bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Dan perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan pada kadar minimum 30 peratus.

Inilah dasar yang begitu kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya Umno.

Dasar ini pada saya cukup kabur sekali, kerana tidak jelas apa yang dipertahankan sebenarnya. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan keseluruhan orang Melayu? Adakah ia akan menaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya adalah orang Melayu?

Dan data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya pada 2002 mengatakan pegangan orang Melayu sebenarnya sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 juga mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.

Perbezaan-perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun yang pasti, walau apa angkanya, orang Melayu terbanyak tidak mendapat faedah daripada dasar ini.

Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayan Ekuiti Bumiputera' sediada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham 'par-value' yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25 peratus saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Dan baki 70 peratus pegangan asal masih didalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.

Untuk menguji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mulakan dengan syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak membina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.

Apa yang saya cuba bangkitkan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Kerana itu saya terkejut apabila bermacam-macam tohmahan ditujukan kepada saya.

Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail sendiri pernah mengatakan bahawa kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang-orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham adalah juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.

Maka Tun Dr Ismail mengatakan kedudukan orang Melayu ini akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau meramalkan dengan semakin ramai Melayu yang berpendidikan dan mendapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa ini.

Walaupun bukanlah tujuan saya di sini untuk menghapuskan peruntukan perlembagaan itu, kerana yang saya persoalkan adalah dasar dan pelaksanaan.

Tapi apa yang hendak saya katakan adalah proses perubahan seperti yang diramalkan bekas timbalan presiden Umno itu hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.

* Penulis adalah ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com

Thursday, April 29, 2010

PERKASA, Tolong Perjuangkan Budak Melayu Ini

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

(Gambar longkang tempat kereta yg dipandu arwah Amin terperosok)


Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

(Pokok dihadapan rumah jiran dipangkal jalan masuk kerumah keluarga Amin yg pecah di belah kereta yg dipandu Amin semasa dikejar polis.)



(Jiran2 yg sangat terkilan dan sedih dgn kematian Amin, menceritakan bagaimana mereka mula2 sampai ketempat kejadian dan melihat sekujur tubuh tertiarap atas seat kereta da kaki terjulur keluar tanpa menyedari itu adalah jenazah anak remaja jiran mereka.)


Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
















Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan
tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan
beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dari belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI

MCA Mengutuk Keras Tindakan Ibrahim Ali Perkasa

Presiden MCA Chua Soi Lek mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali yang meminta agar kerajaan mengetepikan janji-janjinya terhadap masyarakat Cina buat sementara.

Chua Soi Lek (gambar kiri) menegaskan bahawa, adalah wajar kalau dana kerajaan digunakan untuk pembangunan tempatan, kerana ia dimiliki rakyat. Ia tidak boleh digunakan untuk menghukum pengundi.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri Najib Razak berhubung isu ini. PM telah menjamin bahawa BN tidak akan mengingkari janji yang dibuat terhadap pengundi Hulu Selangor semasa pilihan raya kecil," katanya.

Malah, kewujudan pertubuhan seperti PERKASA inilah yang telah mengakibatkan MCA menghadapi kesukaran ketika meraih sokongan masyarakat Cina, tambah Chua Soi Lek.

"Kami juga mahu mengingatkan semua orang politik, jangan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab, terutama dalam isu yang menyentuh budaya, agama, kaum dan sebagainya, yang cukup untuk menyinggung kaum lain. Kenyataan sedemikian bercanggahan dengan konsep 1Malaysia yang diutarakan PM," katanya.

Chua Soi Lek berkata, "Selagi negara kita masih mempunyai orang seperti Ibrahim Ali (gambar kanan, bersongkok dan berbaju merah), yang mahu menjadi wira kaumnya tanpa mempedulikan perasaan kaum lain, maka Malaysia tidak akan maju ke depan."

*Kenyataan media oleh Chua Soi Lek selaku Presiden MCA pada 27 April 2010. Diterjemah dari versi bahasa Cina.

Monday, January 4, 2010

Demonstrasi: Kerahkan FRU dan Polis Berjaga-Jaga!

Mungkinkah akan ada tangkapan Jumaat ini sedangkan penyebaran risalah-risalah diluar masjid juga tidak dibenarkan inikan pula ingin berdemonstrasi. Jangan haraplah polis nak bagi bang oii.. Siap sedia lah pasang lawyer.

Pertubuhan Pribumi Perkasa merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara Jumaat ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP hari ini bahawa pertubuhannya itu mahu mengadakan protes tersebut di luar masjid-masjid utama.

"Kami mahu kerajaan membatalkan keputusan mahkamah itu. Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Tiada sebarang keraguannya mengenainya,” katanya.