Menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata pelantikan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai ejen pemasaran masa siaran Radio Televisyen Malaysia bukanlah dibuat atas kepentingan perniagaan semata-mata.
Sebaliknya, ia dibuat berdasarkan "kepentingan kenegaraan" berhubung persuratkhabaran dan berita, katanya.
"Ia tidak seharusnya ditanggap mengikut wang ringgit sahaja," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis menandatangani kontrak baharu itu.
Tambahnya, beliau mengambil maklum saranan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara berhubung pelantikan syarikat berkenaan.
Namun, laporan berkenaan tidak menyatakan menyatakan kejayaan yang telah dicapai melalui pelantikan syarikat tersebut sebelum ini.
Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut bahawa pengauditan yang dijalankan antara Julai hingga Disember 2009 mendapati secara umumnya, pengurusan aktiviti penjualan masa siaran iklan melalui radio dan TV serta kawalan hasil adalah kurang memuaskan.
Menurutnya, terdapat beberapa kelemahan seperti prestasi jualan masa siaran iklan yang tidak mencapai sasaran; percanggahan terma antara perjanjian kontrak dengan surat tawaran kerajaan mengenai jadual bayaran komisen dan aktiviti penjualan masa siaran iklan yang tidak mengikut peraturan.
No comments:
Post a Comment