Sungguh tekesan melihat luahan pelajar KUIS. Seakan keperitan mereka tidak bekesudahan. Adakah pentadbir KUIS buta dan tulis sehingga mengabai kebajikan dan mengendah kepayahan pelajar.
Pakatan Rakyat, Tolonglah! Laksanakan dasar yang sering dilaungkan, Kebajikan Untuk Rakyat. Terjemahkan disini. Pendidikan bukan untuk diniagakan. Pendidikan adalah hak setiap jiwa insan.
Nur Sakinah Hanani
Setiap kali membaca luahan rakan-rakan di media berhubung Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), saya sangat berharap akan
ada perubahan.
Selepas saya sendiri hampir berputus asa apabila sejak 3 tahun belajar di sini, sering menghadapi masalah yang sama, ‘jawapan' yang sama.
Bahkan mungkin saya boleh istilahkan sebagai ‘jawapan' yang lebih berbentuk ‘auta'.
Selepas saya sendiri hampir berputus asa apabila sejak 3 tahun belajar di sini, sering menghadapi masalah yang sama, ‘jawapan' yang sama.
Bahkan mungkin saya boleh istilahkan sebagai ‘jawapan' yang lebih berbentuk ‘auta'.
Seluruh pelajar KUIS diwajibkan tinggal di asrama, saya pernah bertanyakan kepada seorang pegawai pentadbir, sebab apa arahan itu dikuatkuasakan?
Jawapan yang diberikan sangat menyejukkan hati saya sebagai seorang pelajar yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, iaitu supaya mudah ditarbiyah dan dibentuk sahsiahnya.
Namun entah bagaimana, sebelum peperiksaan pada semester yang lepas, saya tergerak hati untuk bertanya kepada pegawai pentadbir yang lain, untuk kali yang kedua, benarkah sebabnya untuk untuk maslahat tarbiyah?
Pegawai ini kelihatannya mengerutkan dahi dan lantas berkata secara sinis, sebab untuk mentarbiyah itu hanya ‘sebab sekunder' sahaja.
Sebab utama, katanya, apabila seluruh pelajar duduk di asrama, kolej dapat menggunakan yurannya untuk membayar balik ‘yuran tetap' kepada konsultan yang bertanggungjawab membina hostel tersebut di peringkat awalnya, sebagaimana termaktub dalam perjanjian antara pihak KUIS dengan pemaju.
Ternyata jawapan kedua yang disertakan dengan fakta ini sungguh meruntun hati saya. Saya rasa lemah dan‘bendul' sehingga mudah diperbodohkan dengan jawapan yang tidak jujur.
Saya tidak menyangka sebab untuk mentarbiyah hanyalah alasan untuk menutup keadaan terdesak pentadbir untuk menyedut duit pelajar.
Andai benar cakap-cakap di kalangan warga KUIS bahawa kroni bekas pemimpin negeri terlibat dalam perjanjian pembinaan asrama yang menyusahkan dan tidak adil, mengapa harus disusahkan pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan? Mengapa digunakan istilah ‘tarbiyah' untuk menutup masalah sebenar?
Lebih menyedihkan apabila pihak yang bertanggungjawab berkomunikasi dengan pelajar menggunakan layanan ‘minda kelas ke-3'.
Dengan bahasa sindiran, ayat-ayat sinis, dialog kasar, kerap tiada apabila pelajar ingin berjumpa dan menabur janji yang tidak bernoktah seolah-olah menganggap kami ini penyibuk dan pengganggu.
Saya tidak tahu berapa lama akan bertahan dengan keadaan ini.
No comments:
Post a Comment