Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, December 2, 2011

Ditaktor Mesir Hosni Mubarak Minta Isteri Sediakan Kuburan

Permintaan Terakhir Mubarak: ''Istriku, Siapkan Kuburanku''
 
HHRS 2.0 - Keadaan Hosni Mubarak, diktator diguling rakyat Mesir, semakin kritikal setelah menyaksikan kejayaan pelaksanaan pilihan raya perundangan di Mesir. Mubarak akhirnya meminta kepada isterinya agar mempersiapkan kuburan keluarga mereka di kawasan Misr al-Jadidah.

Laporan Mehr Khamis (01/12) dilaporkan oleh laman surat khabar Mesir 'Elfagr' menulis pasca kejayaan penyelenggaraan pilihan raya perundangan Mesir, Hosni Mubarak dalam sebuah keputusan yang menunjukkan keputusannya meminta kepada Suzanne Mubarak, isterinya, untuk mempersiapkan kuburan keluarga mereka di kawasan Misr al-Jadidah. Hosni Mubarak juga meminta tolong kepada seorang usahawan dan arkitek untuk membantu isterinya mengubahsuai kubur keluarganya.

Kubur keluarga Hosni Mubarak terletak di kawasan Misr al-Jadidah berdiri di atas kawasan seluas 120 meter persegi dan dibuat dari batu marmar. Lokasi perkuburan keluarga Mubarak ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat rehat, sistem audio dan sebuah bilik khas.

Sebelumnya, sebuah televisyen satelit Mesir menayangkan terperinci kubur keluarga Mobarak yang dibina dengan kos 15 juta pound. Lokasi perkuburan ini juga dilengkapi dengan sambungan telefon antarabangsa. Diterjemah dari fiqhislam/republika

No comments:

Post a Comment