Mustapa menyampaikan habuan berjumlah RM2 juta kepada Abdullah. |
Best Ever, Tolong Klik Sini!
Wednesday, August 15, 2012
Monday, August 13, 2012
Anwar Ibrahim Layak Jadi PM - Haji Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada
hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya
merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News.
Hadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Thursday, August 9, 2012
Pakatan Rakyat Lancar Logo, Tema Kemerdekaan Ke 55
Gambar diatas adalah Logo rasmi sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan
ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka
Ilusenidesign.com
Cerita berkaitan
Wednesday, August 8, 2012
Terbaru: Seorang Lagi Pemimpin Sabah Umum Sokong Pakatan Rakyat
Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.
Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.
Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.
Google Hangout: Anwar Ibrahim Pemimpin Pertama Menjadi Tuan Rumah. #BorakAnwar Live di Youtube dan Facebook
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli
politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout,
meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada
golongan belia “celik teknologi” yang membentuk satu perempat daripada
pengundi di Malaysia.
Program “Borak Bersama Anwar” chat secara langsung di YouTube
ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum
Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa
sebulan.
Tuesday, August 7, 2012
Sebutir Perak Buat Malaysia
05 Ogos 2012
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Lee Chong Wei yang mengutip sebutir pingat perak buat seluruh rakyat Malaysia.
Walaupun rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi, namun pingat perak adalah satu sumbangan berharga daripada Lee Chong Wei yang sudah begitu la menyumbang bakti kepada negara.
Begitupun kami, rakyat Malaysia menanti kepulangan wira kami Lee Chong Wei dengan rasa bangga dan marilah kita meraikan bersama-sama kejayaan ini dengan semangat Sebangsa, Senegara , Sejiwa .
GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Wednesday, August 1, 2012
Merdeka 2012: "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"
Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"
untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan
Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.
"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.

Subscribe to:
Posts (Atom)