Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"
untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan
Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.
"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan juga akan membincangkan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".
"Kita akan bincang (dengan) negeri terlibat dan harap kerajaan (persekutuan) akan guna slogan ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.
No comments:
Post a Comment