Gambar diatas adalah Logo rasmi sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan
ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka
Ilusenidesign.com
Cerita berkaitan
Pakatan Rakyat menolak dakwaan bahawa tema berbeza yang akan digunakan
oleh negeri Pakatan Rakyat untuk sambutan Hari Kebangsaan menunjukkan
ketidakepakatan di kalangan mereka.Ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negeri berkenaan tetap menggunakan tema kebangsaan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" walau menggunakan tema berlainan di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
"Sebenarnya Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dah buat keputusan awal, umum tema awal," katanya.
Jelasnya, pemimpin negeri tersebut bagaimanapun setuju menggunakan tema kebangsaan Pakatan selepas perkara itu dirujuk kepada majlis pimpinan Pakatan.
"Ini menunjukkan kemajuan yang baik, capai muafakat walau diputus tema yang lain," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment