Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.
Best Ever, Tolong Klik Sini!
Friday, January 25, 2013
Ini Bukti Anwar Layak Menjadi PM - Kajian Umcedel
Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun
Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa
minggu lagi.
Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.
Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.
Tuesday, January 15, 2013
Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112
DEKLARASI HKR #KL112
12 JANUARI 2013
STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR
Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan
Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Himpunan
Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa
ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa,
rasuah dan politik perkauman.
Isu Air: Pakatan Rakyat Ikrar Dedah Kemewahan Rozali Ismail
DIKEMASKINI Pemimpin PKR menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
memberi lampu hijau kepada SYABAS syarikat air untuk "mensabotaj"
bekalan air di Selangor dalam usaha terakhir untuk merampas kembali
negeri ini oleh parti Umno.
Mereka memberi amaran bahawa jika Rozali Ismail, Selangor bekas bendahari Umno dan pengerusi eksekutif di SYABAS sekarang, terus menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan hati "tuan politiknya" dengan membiarkan rakyat menderita, mereka akan mendedahkan gaya hidup mewahnya dan memotongkan gaji lumayannya yang bernilai RM17.25 juta setahun supaya dipotong sebanyak RM10 juta dan jumlah ini diagihkan kepada rakyat yang terjejas oleh masalah air sebagai pampasan.

Di Atas Padang Sejarah, HKR KL112 - A Samad Said
Sajak yang
dideklamasikan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 di Stadium Merdeka
oleh Sasterawan Negara, A Samad Said.
Di Atas Padang Sejarah
Di dataran sejarah
suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu
demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.
Rumput di kaki,
awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.
Di atas padang
sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita amat padu
maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.
Kita, tenaga jati,
gah berjuang demi keadilan,
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.
-A.Samad Said
#MeetAnwar Selangor l 19 Januari 2013 l 2pm - 5pm l Oriental Crystal Hotel, Kajang l @aicmalaysia
Satu
Program Dialog Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) bersama Dato’
Seri Anwar Ibrahim akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 2 pm – 5 pm
Lokasi : Oriental Crystal Hotel (Kajang)
Lot 13, Jalan S10/3, Section 10, Off Jalan Bukit,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Listen, Listen, Listen, Forum SW1M UUM Menghina Mahasiswa
Forum yang bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan
di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 disember 2012
yang lalu dianjurkan oleh Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).
Barisan ahli panel Puan Sharifah Zohra Jabeen, Encik Peter Yap,Encik Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Encik Mazli Mutazam. Moderatornya Saudara Ku Amirul Aziz Ku Seman.
Jumlah peserta yang hadir mengikut apa yang telah didaftarkan mencecah angka 2300 Penyertaan.
Namun begitu meskipun forum tersebut bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?'.. apabila Mahasiswa yang hadir tidak sehaluan dengan penganjur inilah yang terjadi..

Subscribe to:
Posts (Atom)