Sajak yang
dideklamasikan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 di Stadium Merdeka
oleh Sasterawan Negara, A Samad Said.
Di Atas Padang Sejarah
Di dataran sejarah
suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu
demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.
Rumput di kaki,
awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.
Di atas padang
sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita amat padu
maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.
Kita, tenaga jati,
gah berjuang demi keadilan,
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said Sasterawan Negara Malaysia
semalam didalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 begitu terharu
kerana pembaca PUISI sepertinya telah diangkat dan diberi peluang
berpuisi demi menuntut keadilan dinegara ini.
Pak
Samad juga tidak menyangka rupa-rupanya Puisi boleh diangkat dan
menjadi senjata dalam perjuangan dinegara ini dalam menghancurkan
kezaliman.
"Di
usia saya 78 tahun, ini-lah kali pertama saya membaca Puisi dihadapan
hadirin sebegini ramai"- Ujar Pak Samad diatas pentas HKR KL112.
No comments:
Post a Comment