Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, April 15, 2010

Hulu Selangor: Ustaz Farid Ravi Tolak Wakili Barisan Nasional

Percakaran tanpa henti antara Umno dan sekutunya dari MIC tiada noktahnya apabila sehingga kini kedua-dua parti perkauman dan perasuah itu enggan mengalah berhubung calon yang akan bertanding bagi mewakili parti mereka.

Sehingga semalam, MIC kekal dengan keputusannnya mahukan G. Palanivel, calon yang tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) manakala Umno pula mahukan Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan menjadi proksi mereka.

Dalam pada itu, seorang lagi calon yang disebut-sebut bagi meredakan perbalahan Umno dan MIC iaitu Ustaz Farid Ravi Abdullah yang juga seorang penceramah agama yang terkenal.

Farid sebelum ini pernah muncul bersama Datuk Dr. Fadzilah Kamsah di Hulu Selangor sewaktu Program Umno Juara Rakyat yang dirasmikan oleh Pengerusi BN, Najib Razak.

Pihak Umno mendakwa, Farid ialah ahli MIC dan calon paling sesuai untuk meredakan serangan Pakatan Rakyat terhadap Umno-MIC di Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Namun, difahamkan Farid telah menolak cadangan dari pihak BN itu sejak seminggu lalu dan tujuan pengumuman nama beliau itu sekadar gimik BN menjelang pengumuman calonnya petang ini.

"Bukan sahaja MIC, malah PKR sendiri pernah menwarakan beliau untuk bertanding dan ini bukanlah kali pertama berlaku.

"Sebelum ini, dalam PRK Dun Bukit Selambau, Farid juga pernah ditawarkan untuk bertanding tetapi beliau juga menolak.

Kita berharap beliau diberi kekuatan untuk tegas dan menolak pelawaan itu kerana masyarakat lebih menyukai cara beliau ketika ini untuk berdakwah tanpa terikat dengan mana-mana parti politik," kata seorang pensyarah yang juga sahabat karib beliau.

Difahamkan, selepas PRU lalu, seorang pemimpin kanan BN dan bertaraf menteri pernah menawarkan Farid sebagai setiausaha politiknya namun ditolak oleh penceramah itu.
Faird 39, ialah saudara baru pertama yang dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah Al-Qur'an peringkat Kebangsaan kali ke-51 yang lalu.

Sentiman Umno di Hulu Selangor ketika ini mahukan calon muda untuk mewakili BN dalam PRK yang pengundiannya pada 25 April ini.

Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calonnya kira-kira pukul 4 petang ini.

No comments:

Post a Comment