Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, April 19, 2010

Minta Jer Bas, Barisan Nasional Kaya!

“Saya menyokong Barisan Nasional (BN) dan kalau menang nanti, saya harap kerajaan menyediakan sebuah lagi van sekolah supaya memudahkan murid di kampung ini ke sekolah dan tidak lagi perlu berhimpit macam sardin,” kata Hasnor Anak Hitam, 34, semalam.

Menurutnya, jumlah anak Orang Asli di Kampung Hulu Tamu itu bersekolah makin ramai dan tiba masanya pihak berkenaan membuat dua perjalanan mengangkut murid, bukannya dengan satu perjalanan seperti sekarang hingga memaksa murid berhimpit di dalam van itu.


“Tiga daripada empat anak saya bersekolah termasuk anak kembar, Hasnelly dan Hasnetty di Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, manakala seorang lagi di Sekolah Menengah Bandar Batang Kali.


“Menerusi kerja kampung, pendapatan saya sekitar RM400 sebulan tetapi nasib baik ada bantuan kerajaan terutama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) terutama dari segi peralatan anak ke sekolah.


“Saya sedar pembangunan di kawasan kampung ini dibuat kerajaan yang memerintah sekarang dan saya percaya penduduk kampung ini terus menyokong kerajaan,” katanya.


Hasnor berkata demikian selepas menerima sumbangan makanan daripada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi dan rombongan yang mengunjungi kampung berkenaan, petang semalam.


Selain perkampungan Orang Asli itu, Dr Mohd Puad turut mengunjungi beberapa pelajar miskin di sekitar Hulu Selangor untuk memberikan sumbangan dan perangsang kepada mereka supaya meneruskan persekolahan, walaupun dibelenggu pelbagai masalah.

No comments:

Post a Comment