Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, April 15, 2010

Tahyul Pemain Bola Sepak

KETUA pasukan Chelsea, John Terry menegaskan dia memiliki kira-kira 50 kepercayaan karut atau tahyul mengenai bola sepak terutamanya kepercayaan sebelum sepak mula satu-satu perlawanan.

Terry mengakui dia duduk di bangku yang sama dalam bas pasukan, mendengar cakera padat (CD) yang sama dan meletakkan kereta di tempat yang sama di Stamford Bridge, gelanggang sendiri pasukan itu.

Penjaga gol Portsmouth, David James mempunyai lebih banyak kepercayaan karut berbanding gol yang dibolosi kelabnya.

Paul Ince pula hanya akan menyarungkan jersinya apabila pasukan mula keluar dari terowong.

Hari ini, kepercayaan karut atau tahyul itu menjadi amalan hampir setiap pemain bola sepak sebelum setiap sepak mula.

Namun pendedahan berikut menyaksikan bintang bola sepak tidak keberatan untuk pergi lebih jauh dengan cara yang pelik bagi memastikan pasukan mereka menang.

1. Sergio Goycochea

Penjaga gol Argentina biasa membuang air kecil di atas padang sekiranya dia terbabit dengan penentuan sepakan penalti.
Goycochea menjelaskan: "Jika anda berasa tidak tahan, anda boleh melepaskannya di atas padang. Ia tidak ketara dan tiada siapa pun yang merungut."

2. Malvin Kamara

Penyerang Huddersfield akan menonton filem 1971, 'Willy Wonka and the Chocolate Factory' sebelum perlawanan.
"Ia membuatkan saya berasa selesa dan lebih bersedia," kata Kamara.

3. Neil Warnock

Ketika meraih banyak kemenangan, Warnock akan berhenti di lampu trafik dalam perjalanan pulang - sekalipun jika lampu berwarna hijau.
Atau mungkin pengurus yang mudah berang itu hanya mahu cuba memukul beberapa pembuli jalan?

4. Jermain Defoe

Penyerang Tottenham sering memotong rambutnya sependek mungkin sebelum perlawanan bagi mengelakkan kecederaan.
Defoe mendedahkan: "Saya terpaksa, saya sering mengalami kecederaan apabila memiliki rambut yang panjang."

5. Bobby Moore

Amalan sebelum perlawanan klasik membabitkan Moore yang hanya akan memakai seluarnya selepas setiap orang sudah memakai seluar masing-masing.
Rakan sepasukan Martin Peters pernah mengujinya apabila menunggu hingga Moore memakai seluarnya sebelum menanggalkan seluarnya sendiri.
Peters ketawa apabila Moore kemudiannya menanggalkan semula seluarnya!

6. Gary Lineker

Bekas penyerang England tidak pernah menendang bola ke arah gol ketika sesi memanaskan badan.
Lineker bimbang semua sepakan terbaiknya akan digunakan jika dia berlatih bersungguh-sungguh sebelum perlawanan.
Cuba bayangkan berapa banyak gol dijaringkannya jika dia lebih serius dengan bola sepak?

7. Steve Phillips

Penjaga gol Bristol Rovers tidak boleh menukar botol airnya.
Dia mendedahkan: "Apabila saya berjalan masuk ke dalam bilik persalinan botol air pertama yang saya ambil akan digunakan sepanjang hari.
"Tidak kiralah sama ada ia kotor atau pecah atau kemek, saya tidak boleh menggunakan yang lain kerana ia akan mendatangkan sial.
"Dan bukan setakat itu, apabila ia kosong kitman kami, Roger Harding perlu mengisinya daripada botol lain. Hanya Roger yang boleh menyentuh botol saya."

8. Gary Lineker

Penyampai rancangan 'Match of the Day' berkata "Adakah ini benar? sebelum setiap rancangan.
Lineker menjelaskan ceritanya: "Ia kerana pengalaman pahit ketika kami merakamkan mengenai Wolverhampton Wanderers pada hari-hari awal karier saya sebagai penyampai.
"Kami memulakan rancangan, saya beralih kepada Alan Hansen dan bertanyakan soalan kepadanya tapi dia tidak menghiraukan saya.
"Masalahnya dia ingat ia sekadar raptai jadi dia tidak ambil peduli mengenainya."

9. Laurent Blanc

Pemain pertahanan Perancis mencium kepala botak penjaga gol Fabien Barthez sebelum setiap perlawanan pada pusingan akhir Piala Dunia 1998.
Taktik itu jelas menjadi apabila Perancis memenangi trofi kejuaraan buat kali pertama dalam sejarah.

10. Steve Bruce

Pengurus Sunderland tidak boleh menyaksikan pasukannya jika diberikan sepakan penalti.
"Ia bodoh," kata Bruce. Mungkin ia kerana menyedari penyerangnya memang mudah terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

No comments:

Post a Comment