Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Panas: Blogger UMNO Minta Rosmah Mansor Undur


Oleh : Pria Malaya

Artikel di bawah di petik dari sebuah laman blog penyokong tegar umno,malaysiaheaven.blogspot.com...
Datin Seri Rosmah Perlu Berundur

Didalam sejarah perdana menteri Malaysia, tiada lagi isteri pemimpin melibatkan diri secara terbuka melainkan Ds Rosmah Mansor. Sejak DS Najib menjadi PM, sejak itulah nama DS Rosmahpun menjulang tinggi.

Maaf bukan nak mengata tetapi cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah KJ menjadi punca perpecahan UMNO dan rakyat semasa zaman Pak Lah dahulu. Sejak DS Najib menjadi PM, pelbagai fitnah dilemparkan oleh orang kafir terhadap DS Rosmah.

Mengundurkan diri bukanlah bermakna membenarkan segala fitnah terbabit sebaliknya untuk menjernihkan semula keadaan. Lagipun pemberian peruntukan yang sangat besar untuk program Permata membuatkan ramai yang terkilan.

Apa perlunya program Permata sedangkan negara sudah ada program KEMAS. Dan program Permatapun bukanlah masuk ke kampung kampung pendalaman. Hanya kanak kanak yang cerdik sahaja yang terpilih. Jadi dimana perlunya program sebegini.

Tambahan pula cerita mengenai islamic fesyen baru baru ini jelas mencalarkan kredebiliti DS Najib sebagai PM. DS Rosmah seharusnya berundur segera sebelum terlambat. DS Rosmah perlu mencontohi isteri pemimpin terdahulu dengan mengamalkan low profail.

Bukan tak boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti tetapi biarlah dibelakang tabir sahaja. Tidak perlu menunjukkan muka mencari publisiti walaupun aku percaya itu bukanlah tujuan asal beliau.

Cukuplah perbuatan si Kitol dahulu. Jangan disebabkan DS Rosmah, UMNO menjadi mangsa di PRU13 nanti. Sekali lagi aku nak tegaskan, DS Rosmah perlu berundur. - malaysiaheaven.blogspot.com
P/S: TERBARU - Satu lagi blog pro-Umno meluahkan perasaan kurang senang beliau bukan sahaja terhadap Rosmah Mansor, tetapi juga terhadap Najib yang dilihat seolah2 'lemah' dalam menyelesaikan isu2 yang membelenggu diri mereka berdua...

Penulis petik antara kandungan 'luah perasaan' penyokong/blogger Umno terbabit sepertimana di bawah...


FACT 1 - Rosmah bukanlah pujaan rakyat sebagaimana dia fikirkan. Tak tahulah orang Umno tapi jujur ni, nama Rosmah kalau disebut dalam ceramah pasti mengundang gelak tawa sinis

FACT 2 - Isu ini sebagaimana poster dibawah TIDAK menolong imej Rosmah dan Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Dan bila sebut Islam, ia menjadi satu isu yang AMAT sensitif dikalangan rakyat.

FACT 3 - Isu sebegini LEBIH DEKAT dihati orang Islam dari isu ekonomi termasuk isu Melayu. Di Pantai Timur saya yakin, tak tahulah ditempat lain.

FACT 4 - Rosmah adalah penaung IFF dan itu sudah cukup mengaitkan beliau dan gambar Najib bersama Rosmah diatas pentas adalah bukti yang amat kuat.

FACT 5 - Peristiwa berlaku 2 bulan lalu dan sehingga kini tidak ada reaksi dari Najib/Rosmah untuk cuci tangan dari isu ini.

FACT 6 - Banyak kerusi menang/kalah di PRU12 majoritinya kecil, BN tidak mampu kehilangan walau sedikitpun sokongan dek isu ini atau apajua kesilapan remeh.

Terserahlah pada Umno bagaimana hendak menangani isu ini, saya cuma memperingati saja. Tapi kalau diizinkan, saya ingin cadangkan Tuan berdua minta maaf kepada rakyat dan umat Islam Malaysia dan Pn Rosmah menarik diri dari menjadi penaung dan Malaysia mengumumkan tidak lagi mau terbabit dengan organisasi itu dalam apajua kapasiti sebagai tanda protes. - dinturtle.blogspot.com
Baca seterusnya di dalam blog dinturtle.blogspot.com...
Sungguh kasihan..tatkala blogger otai Umno mengambil pendirian untuk mempertahankan Rosmah bermati-matian, rupanya ramai juga dikalangan penyokong bawahan Umno mengecam dan membantah Rosmah Mansor..apakah kehancuran Umno bermula dari Rosmah Mansor sebagaimana jatuhnya Pak Lah dahulu atas faktor menantunya, Khairy Jamaluddin?...fikir2kan..wallahua'lam...

Friday, October 22, 2010

UMNO Rosak Kerana Pemimpin Bukan Ahli - Perwakilan UmNo

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Mengambil iktibar amanat Presiden Umno pagi tadi, seorang perwakilan Umno Melaka menyifatkan pemimpin parti Melayu itu seperti “syok sendiri dengan angin-angin syurga” yang dihamburkan kepada diri mereka sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.
Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof berkata, masalah yang membelenggu Umno selama ini adalah disebabkan kerana sikap pemimpin.
“Masalah yang timbul dalam Umno bukan kerana ahlinya tapi kerana pemimpin.
“Kerana akhir-akhir ini pemimpin kita cukup syok dengan angin-angin syurga yang dihamburkan, pengampu dan hipokrit.
“Orang yang macam ini yang pemimpin kita kayakan. Mereka ini bila kaya tidak turun ke bahagian, tidak turun ke cawangan, mereka tidak bantu akar umbi,” katan beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Mohd Said berkata, pemimpin Umno perlu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu sebelum musnah kerana angkara sendiri.
“Sebagai pemimpin kita kena tegas, jangan syok dengan peribahasa sahaja tanpa ambil tindakan.
“Adakah mahu tunggu semua hancur baru nak respons? Lebih baik kita perbaiki apa yang lemah,” katanya.
Sambil mengambil kira keruntuhan kerajaan Kesulatnan Melayu Melaka, Mohd Said juga menegaskan parti itu perlu kuat untuk mengharungi apa sahaja cabaran.
“Kita perlu memastikan Umno terus kuat, jangan jadi macam Melaka dulu. Semua berpecah, bila kena serang kita kena jajah.
“Berapa ratus tahun kita dijajah dulu, kita pasti tidak mahu perkara sama berlaku.
“Jadi apa yang penting sekarang kita perlu bersatu, kuatkan parti supaya dalam pilihan raya ke-13 nanti kita mampu menang besar,” katanya.
Menurutnya, pemimpin parti itu perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan semula sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
“Saya seru supaya semua pemimpin lakukan kerja, balik buat kerja dengan rakyat. Kalau tidak, hilang Umno hilanglah Melayu.
“Pergilah buat kerja, pergilah mana-mana undi yang kalah atau nak kalah. Jumpa orang-orang kampung, buat kerja.
“Ini politik, janganlah nak tunjuk sangat.. Kita kena turun ke bawah bantu rakyat,” katanya.
Perwakilan Terengganu Saiful Bahri Baharuddin yang kecewa dengan sikap pemimpin PAS dan PKR, yang seolah-olah mengetepikan Islam kerana kepentingan sendiri, menyifatkan kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu tunduk terhadap DAP.
“Sekarang kita lihat PAS dan DAP tunduk dan melutut di kaki DAP, malah pemimpin mereka mendengar apa sahaja yang dikatakan parti itu (DAP).
“Jadi Umno sebagai sebuah parti Melayu harus menggunakan pendekatan menyerang secara agresif terhadap parti-parti pembangkang terutamanya DAP yang sememangnya anti-Islam,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa tiada parti lain di negara ini yang dapat mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kecuali Umno.
“Umno tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita perlu berjuang untuk mempertahankan Perlembagaan dan agama Islam sebagai agama rasmi.
“Jadi kita perlu mempertahankan orang Melayu dan Perlembagaan negara kita,” katanya.
Saiful Bahri juga mencadangkan agar ekuiti Bumiputera dinaikkan kepada 65 peratus dengan berdasarkan pecahan kaum di negara ini.
“Saya mencadangkan agak ekuiti dinaikkan sehingga 65 peratus berdasarkan pecahan kaum di negara ini.
“Ini berdasarkan prinsip kesaksamaan dan hak asasi,” katanya.
Ketua Umno Parit Sulong Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, Umno sentiasa mengiktiraf peranan kaum lain dalam usaha membangunkan negara dan menerima hakikat ditakdirkan bersama dalam satu negara untuk menjunjung cita-cita dan berkongsi masa depan.
Kata beliau, untuk mencapai matlamat itu, semua pihak perlu berkorban dan mengenepikan kepentingan diri jika perlu.
“Setiap orang diminta membuat pengorbanan, tetapi tidak seorangpun atau satu kumpulan etnik pun yang diminta mengorbankannya semua sekali.
“Orang Melayu bukan mahu bolot kesemuanya,” katanya.
Ahmad Zahri, yang mewakili Badan Perhubungan Umno Johor mencadangkan supaya bagi membolehkan semua kaum memperoleh kesejahteraan maka sewajarnya kumpulan majoriti yang ketinggalan diberi tumpuan dan pembelaan.
“Bantuan dan sokongan kepada yang miskin dan teramai mestilah ditingkatkan daripada melonggokkan peluang kemewahan kepada yang sudah meraih kejayaan,” katanya.
Beliau turut mencadangkan enam perkara untuk dibincangkan oleh anggota perwakilan iaitu:
* Menyedarkan anggota parti mengenai lanskap politik yang perlu ditangani dengan kebijaksanaan dan pendekatan baru;
* Mendesak supaya keluhuran perlembagaan dipertahankan;
* Memperakui betapa pentingnya kerajaan Barisan Nasional yang menerajui pimpinan negara supaya pelan transformasi kerajaan dan ekonomi berlandaskanperlembagaan;
* Menyokong kesungguhan Presiden melaksanakan transformasi bagi menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia ke-10.
* Menyeru pemimpin Umno dan parti komponen di semua mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka serta ahli-ahli dalam melakukan transformasi parti bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan;
* Menggesa seluruh anggota Umno dan parti komponen memberi tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya agar Barisan Nasional mendapat mandat penuh rakyat untuk memimpin negara.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Kapar Norliza Ahmad, yang menyokong usul itu, meminta supaya perkara-perkara teras yang menjadi asas pembentukan negara 53 tahun lalu dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan diberi perhatian dan disematkan dalam diri generasi muda.
Katanya berkata hakikat ini perlu dijelaskan kepada golongan pelapis itu supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.
“Golongan muda kini terdiri 43.3 peratus rakyat dan mereka lah yang sedang cuba mencorak, menukar dan menerajui kepimpinan negara pada zaman akan datang.
“Jadi mereka perlu menerima dengan hati terbuka dengan landskap kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan menganggap bahawa kemajmukan ini merupakan satu keistimewaan dan kelebihan kepada negara,” katanya.

NGO Islam, Parti Politik, Individu, Bantah Fesyen Islam Rosmah Mansur, Bantahan Besaran Hari Ini Diseluruh Masjid

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

Antaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

“Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas,” kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) juga menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim yang didakwanya jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri.

"GAMIS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark.

"Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya" katanya.

Turut membidas penganjuran Festival Busana Muslim itu adalah Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak yang menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan kerana unsur dan konsep fesyen Islam yang dianjurkan oleh Rosmah tidak diperhalusi setiap tindakan yang dibuat.

Nasihat mufti?

“Adakah pesta ini telah dirujuk atau mendapat nasihat daripada mufti-mufti atau penasihat agama?

“Persoalan yang timbul seterusnya pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini turut serta atau tidak dalam memastikan pesta yang dianjurkan ini benar-benar mengikut landasan yang digariskan oleh syarak,” kata presidennya Mohd Syahid Mohd Zaini.

Menurut beliau, pesta fesyen yang secara zahirnya yang dianggap nampak Islamik tetapi fesyen pakaian yang dikenakan oleh isteri perdana menteri tidak mengikut cara Islam semasa merasmikan IFF tersebut.

“Kami di peringkat mahasiswa menuntut penjelasan daripada isteri perdana menteri berkenaan perkara ini dan sehubungan itu pihak NGO Islam juga mesti selidik secara terperinci akan hal ini,” kata mmahasiswa Universiti Malaya itu

Semalam, dewan pemuda PAS pusat mengumumkan akan berhimpun secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara, hari ini selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan Rosmah didakwa menghina syariat Islamitu.

"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011: Tangan Najib Dipulas Rosmah

RMSHAH ALAM 17 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa isteri Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menentukan beberapa aspek penyediaan Belanjawan 2011 sehingga Datuk Seri Najib Razak terpaksa tunduk kepada kehendak Datin Seri Rosmah Mansor.

"Pengaruh Rosmah dalam bajet kali ini adalah amat terang dan jelas kepada rakyat," kata Azan merujuk kepada peruntukan besar sebanyak RM111 juta yang diberikan kepada projek kesukaan isteri Najib tersebut, Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) bagi memperkasakan pendidikan awal.

Begitu juga pengumuman Perdana Menteri mengenai cadangan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, kelambu dan sebagainya.

"Saya pernah menjadi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan setahu saya barabgan tekstil buatan memang tidak pernah dicukai.
sk-1_copy

"Jadi apabila Najib mengumumkan pengecualian cukai ia bermaksud bagi barangan tekstil yang diimport termasuk beg berjenama yang harganya mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit. Pengecualian ini hanya menggalakkan pengimportan barangan buatan luar negeri dan sedikit tidak membantu ekonomi tempatan tetapi hanya memberi kepentingan wanita yang sika membeli belah seperti Rosmah dan kuncu-kuncunya," bidas Azan lagi.

Mood anggota Parlimen terutamanya daripada Barisan Nasional menampakkan rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap layanan berlebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap Rosmah.

"Apabila peruntukan kepada Permata dan pengecualian cukai ke atas 300 barangan di umumkan ramai ahli parlimen BN yang mem'boo' Najib, pemimpin mereka sendiri dengan melaungkan nama Rosmah dan ini sesuatu yang amat memalukan. wakil rakyat BN sendiri bertindak macam 'kera' yang membunyikan suara-suara menyindir pemimpin mereka sendiri di dalam Parlimen.

"Apakan tidak mereka sendiri sudah muak dengan sikap Rosmah yang dikatakan 'queen control' ke atas Najib sehingga terpaksa akur sengan segala kehendaknya," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Cuti 90 Hari? Kita Masih Ditipu


Menurut Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nur Kamariah Mohd Alwi, peruntukan cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja. Betul jugak.

Dulu cuti 60 hari hingga anak ke-5 = 60 x 5 = 300 hari perkhidmatan
...Sekarang, cuti 90 hari. = 90 x 3 = 270 hari (lebih kurang 300 hari)

Dulu boleh beranak sampai lima....tapi sekarang nak beranak lima kena adjust cuti. Adjust punya adjust...cuti 60 harike...90 harike..sama saja. Adus...

Tipah tertipu lagi.
Kesimpulannya...kita masih DITIPU !

Wednesday, October 13, 2010

Sidang Wanita Pertama Atau Sidang Wanita Pertama Afrika?


Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang?

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

JPM Gagal Nasihat Rosmah Isu Gelaran Wanita Pertama

Aziz_BariSHAH ALAM 12 Okt - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertam Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.

Malah menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah.

Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Nampaknya isu penting ini tidak dipedulikan walaupun telah mendapat pandangan banyak pihak termasuk pakar Perlembagaan, pengamal rosmah_altantuyaundang-undang dan sebagainya.

"Bahagian Protokol adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidakkah Bahagian Protokol menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'. Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan.

Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir 13 Oktober dan mengumpulkan 37 delegasi termasuk 16 Wanita Pertama.

Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan ‘Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Monday, October 11, 2010

Hanya 20 Wanita Pertama Hadir Sidang Kemuncak First Ladies. Aiyoo.. Aktiviti Tak Best Tak De Shopping!

Pasai apa 1st Ladies dunia ke-3 saja hadir.....

Rosmah Mansor yang mengelarkan dirinya sebagai wanita pertama 1Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak First Ladies mulai Isnin ini selama 3 hari di ibut kita 1Malaysia.

Difahamkan acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama, kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Wanita Pertama yang akan hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia.

Mungkin wanita2 pertama dunia maju tak mahu mai kerana imej Rosmah Mansor dan lakinya yang dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga dakwaan pembabitan mereka terlibat dalam konspirasi kes Sodomy II.

Ramai orang cakap bahawa Rosmah ini dikatakan telah menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

Itu aku tak tahu...macam cerita antara telor dan ayam sapa yang dulu? Tapi apa yang aku tahu ialah......

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

Pandai-pandailah pikiaq mai.....

Oh yes,First Lady Mongolia tak dapat jemputan kah?

Tuesday, July 27, 2010

KD Tunku Abdul Rahman Bukti Keupayaan Lancar Peluru Berpandu Exocet SM-39

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi Blok 2 ke permukaan air di kawasan Laut China Selatan, semalam.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer.

Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi semalam sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika, katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telah membuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan.

Beliau, yang turut hadir menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika.

Katanya, misil Exocet SM39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancis pada 2008, merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter.

KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion.

Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009 manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu.

Monday, July 26, 2010

Saya Ingin Memuji Tun Siti Hasmah Mohd Ali - Dr Asri

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Friday, July 23, 2010

Najib - Road To Paris


Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan ‘Satu Malaysia’ sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan ‘1Malaysia’ seperti ‘Klinik 1Malaysia’ dan sebagainya.

Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya.

Cerita-cerita tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu sudah tentu masih muncul dalam mimpi-mimpinya. Manakan tidak? Sekiranya kita tidak bersubahat pun, igauan-igauan yang timbul apabila terkenangkan sesuatu pembunuhan itu juga sudah cukup membawa kegerunan kepada kita semua – sudah tentu kepada aku sendiri.

Ada segelintir pihak yang cuba menyangkal penyelidikan prestasi Najib melalui satu tinjauan Merdeka Center yang memberangsangkan tidak lama dahulu.

Cerita demi cerita, pembongkaran demi pembongkaran. Malah, kisah ini juga cuba dilukiskan secara sinis dalam majalah-majalah kartun yang kemudiannya diharamkan oleh pihak kerajaan (sebut Kementerian Dalam Negeri).

PM Najib 'Tabur' RM50 Ribu Untuk Dapatkan Liputan Akhbar Amerika

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Tuesday, July 20, 2010

Rosmah Tunjukkan Dia Perdana Menteri Malaysia

Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.

Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU…
Anak Sungai Derhaka

Sunday, June 13, 2010

Nik Aziz Tonjol Keperibadian Ulama Unggul Dengan Pertahan Najib.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi? "Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat."(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.

Wednesday, April 7, 2010

Ada Kaitan? Percayalah

mangsa kekejaman israel

Siapa yang menyokong Israel
bukti sokongan terhadap Israel tidak berbelah bagi

tanda Israel ikutan mereka

Wednesday, February 3, 2010

1Malaysia Bercelaru

Ini adalah manusia yang mengeluarkan kenyataan paling jijik dan paling bodoh dalam sejarah Malaysia. Sumpah aku katakan inilah manusia yang paling kotor dan mengejikan yang pernah hidup dalam sejarah Malaysia.

Kalau dia ini bodoh dan menjijikkan, bagaimana pula Tuan dia. Tuan yang sanggup mengambil mangkuk ini sebagai PEMBANTU KHAS...ingat...PEMBANTU KHAS!!

Nak tau sapa TUAN DIA?

Bukan yang laki tu...tu yang perempuan tu...ermm dia la PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SEBENAR!!

Thursday, December 17, 2009

Terkantoi RM600,000, Rosmah Shopping Di Dubai

Bank Negara dilihat lepas tangan dalam mengambil tindakan terhadap individu yang tidak dikenali yang bertanggungjwab menghantar wang sejumlah RM 600, 000 kepada Rosmah Mansor melalui pengurup wang ketika isteri Perdana Menteri itu berada di Dubai.

Hal ini dijelaskan Ahli Parlimen PKR, Tian Chua ketika dihubungi Erapakatan.com. Menurut beliau, Bank Negara sudah mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Namun, orang yang benar-benar bertanggungjawab langsung tidak diambil tindakan.

Bank Negara setakat ini hanya mengambil tindakan terhadap pengurup wang itu dan membiarkan pengirim wang tersebut lepas bebas. Bank Negara katanya telah mengambil tindakan terhadap 41 syarikat pengurup wang yang bertanggungjawab dan telah menarik kembali lesen perniagaan mereka.

“Kini kita sudah mendapat maklumat. Rosmah telah mengirim wang ke Dubai. Tujuan apa wang itu dihantar kita tidak pasti. Ini merupakan satu skandal yang besar kerana ia melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri,” jelas Tian Chua.

Beliau dalam kenyataannya meminta tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Undang-undang katanya harus adil kepada semua pihak tidak kira samada dia orang kenamaan atau tidak.

Tian Chua sebelum ini sudah beberapa kali mencabar Bank Negara supaya mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang benar-benar bertanggungjawab ini. Namun, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Bank Negara.

“Kita tak pasti samada Bank Negara tidak ambil tindakan kerana mereka ini orang kenamaan atau Bank Negara sendiri sebenarnya menghadapi tekanan dari mana-mana pihak,” jelas Tian Chua.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Terdahulu, Tian Chua mengadakan sidang media di Petaling Jaya bagi mendedahkan satu lagi skandal melibatkan isteri Perdana Menteri itu. Tian juga mendakwa bahawa terdapat dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.B eliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Wang itu didakwa untuk membeli hartanah. Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, meminta pengurup wang itu menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram yang berlaku.

Tuesday, December 15, 2009

Rosmah: Jangan Sampai Aku Bomoh Semua

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata, sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

"Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di Singapura hari ini apabila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata apabila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat apabila pilihan raya semakin hampir.

Tuesday, November 10, 2009

Najis Di Merata-Rata

Salam... Melihat masalah dunia hari ini. Penuh dengan najis2. Najis2 bertebaran merata tempat. Lihat di TV jam 8.00. Pasti melihat mukanya terpampang di sini sana. Memakai kot2 yang mahal bersama isteri botox nya. Ahh...

Hei manusia biru! Tidak malukah kau dengan pandangan dunia. Pernahkah kau menginsafi pabila keretamu lewat di tanah pembaringan manusia. Fikirkah kau akan kematian di hujung usia atau kau hanya memenuhu jemputan apa yang kau panggil program khutbah jumaat?

Pulangkan semula duit rakyat! Royalti yang kau kebas dan kau harumkan namamu dengan wang ehsan. Ahhh.. memang muka tak tahu malu. Haruman bibir merah itu takkan menutup najis yang kau sepahkan.

Mana peruntukan untuk negeri2 pakatan rakyat? hei... cukai negeri kau amik sesuka hati, peruntukan kau berikan sesuka hati. Perlembagaan ape kau pakai nie? Rakyat2 negeri pakatan juga adalah rakyat Malaysia. Di bawah perlembagaan yang sama.. 1Malaysia dah tahu kebusukan najismu!