Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Mat Sabu Mendapat Pencalonan Pertama Jawatan Timb Presiden PAS

Perebutan kerusi timbalan presiden PAS semakin panas apabila bekas naib presiden Mohamad Sabu mendapat pencalonan pertamanya dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Mesyuarat kawasan itu Sabtu lalu sebulat suara mencalonkan Mohamad bertanding jawatan berkenaan.

Jawatan tersebut kini disandang oleh ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak jawatan tersebut dalam muktamar PAS Jun ini.

Bagi jawatan presiden, naib presiden dan jawatankuasa pusat, mesyuarat tersebut menyerahkan kepada jawatankuasa kawasan untuk memilih calonnya.

Tuesday, March 22, 2011

Dun Sawarak: Mesej Dari Tuan Presiden PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/tghadi.JPGKita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui. Sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

Sehubungan dengan pembubaran ini maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak. Petugas parti juga perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.


Selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.


Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak. Selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat. Kesimpulannya ialah, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini. Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini.


Sekali lagi, PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Friday, October 29, 2010

UMNO Puji PASTI Kutuk KEMAS dalam Himpunan Mereka

Oleh: Pria Malaya

Bukti pemimpin Umno pun turut mengakui kehebatan dan kelebihan yang ada pada tadika PASTI..
Mari kita dengar pengakuan ikhlas pemimpin Umno ini...



“…Menyanyi, Menari, Makan, Main….inilah 4M benda yang dilakukan dorang (KEMAS)…


Tetapi tuan-tuan…kalau tuan2 tengok PASTI..kita boleh bandingkan pelajar2 yg masuk PASTI dan pelajar2 yg masuk KEMAS….kalau tuan/puan tengok Pelajar yang masuk PASTI berbeza dengan pelajar yang masuk KEMAS..

Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya…

Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…”
Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video ini, mereka pasti terdiam kaku....


(Sekadar gambar hiasan:..kanak2 tabika KEMAS..)
Apa pun, bukan niat utk mempolitikkan isu ini..kedua2nya tetap memberi manfaat kepada kanak2..

Cuma penulis agak kesal suara2 dari pihak kerajaan yang seolah2 memandang rendah keupayaan PASTI, seterusnya melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah buruk ke atas tadika kanak-kanak ini..terbaru, kerajaan Melaka dilaporkan mahu merobohkan tadika PASTI kononnya atas alasan2 tertentu, boleh baca di SINI...

Pada sesape yang free, sila buat salinan atau muat turun (download) video ini dalam komputer korang...kot2 la, video ini akan diremove oleh tuan dia...khususnya pada pentadbir dan guru-guru PASTI seluruh negara, korang mesti ambil pengajaran sebagai pemangkin utk teruskan pemerkasaan tadika PASTI...




(sekadar gambar hiasan: Kanak-kanak PASTI..)

Di bawah disertakan satu video untuk korang lihat dan nilai...Syarahan/khutbah oleh pelajar PASTI Negeri Kedah yg telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH...wallahua'lam..

Friday, October 22, 2010

Dun Galas: Dr Zulkefli Mohamad Taruhan Pakatan Rakyat

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.

Monday, October 11, 2010

Dun Galas: PAS Pertimbang Calon Dari Kalangan Orang Asli

Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.

"Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu.

Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.

Ditanya mengenai pertimbangan yang akan digunakan dalam memilih calon kali ini, Tuan Ibrahim berkata: "Kita pilih calon yang boleh bergelumang dengan rakyat di situ."

Mengulas kesediaan PAS untuk menurunkan wakil daripada masyarakat Orang Asli di situ, Tuan Ibrahim berkata, pertimbangan tersebut dilakukan berdasarkan keputusan pilihan raya umum sebelum ini.


Sokongan daripada kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli terhadap PAS meningkat meningkat sehingga 20 peratus dalam pilihan raya lalu di enam peti undinya -- Belatim, Bihau, Balar, Sungai Ber, Lojing dan Hau.

Selain itu, Galas juga mempunyai bilangan pengundi Cina paling ramai berbanding kawasan lain di Kelantan - seramai kira-kira 1,900 orang di peti undi Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru Hilir.

Kawasan selebihnya -- Sungai Terah, Kampung Batu Papan, Kampung Pulai dan Lepan Tupai menempatkan majoriti pengundi Melayu di Galas -- seramai kira-kira 6,200 orang daripada keseluruhan

Tindakan PAS mengambil kira calon daripada kalangan masyarakat Orang Asli itu kelihatan konsisten dengan kenyataan timbalan pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa untuk mengambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

Antara wakil masyarakat Orang Asli yang dikenali di kalangan masyarakat Gua Musang ialah Pandak Panjang Ey, yang kini dilihat mesra dengan PAS Kelantan.

Beliau hadir bersama sekumpulan masyarakat Orang Asli Temiang Gua Musang dalam satu program ramah mesra anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi menteri besar Selasa lalu, lapor Harakahdaily.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakub; speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mazlan Jaafar berkata, beliau mengambil sikap terbuka sekiranya PAS mengambil pendirian untuk mencalonkan wakil Orang Asli.

"Kalau dia berkebolehan, maksudnya dia boleh berkhidmat, kita akan sokong. Tapi, setahu saya PAS belum putuskan sesiapa untuk jadi calon," kata Mazlan, seorang kakitangan Majlis Daerah Gua Musang.

Tambahnya, Orang Asli pada masa kini tidak lagi boleh dipandang rendah kerana terdapat di kalangan mereka yang berkebolehan.

"Orang Asli sekarang bukan macam dulu, ramai yang berkebolehan. Mungkin tidak ramai yang masuk universiti tapi mereka berkebolehan," katanya lagi.

Ketika ditanya lanjut, Mazlan berkata, beliau lebih cenderung untuk memilih calon dari kalangan orang Melayu kerana golongan berkenaan membentuk majoriti di kawasan tersebut.

"Tapi kalau sesiapa pun calon itu, kalau berkebolehan, kita akan sokong," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Rakyat Tidak Perlu Risau Jika Pakatan Rakyat Kuasai Putrajaya - Dr Aziz Bari

Pakatan pembangkang yang dilihat giat mengatur strategi bagi mengambil alih kuasa peringkat persekutuan tidak pernah cuba menukar sistem sedia ada lantaran kesetiaaan mereka kepada Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan itu, penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Prof. Dr Abdul Aziz Bari mengganggap rakyat Malaysia bertuah kerana perubahan politik mahupun kuasa pentadbiran yang berlaku, langsung tidak melibatkan sistem.

Bercakap pada program Wacana Rakyat anjuran Gerak Massa Malaysia (Gesa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu berbeza di negara lain yang menyaksikan penukaran sistem sebagaimana Revolusi Perancis dan China yang membawa pertumpahan darah.

"Inilah sebenarnya satu sifat, satu ciri yang menerangkan mekanisme perubahan itu dan di sini satu perkara yang sangat baik dan positif kerana perubahan tak jadikan negara tunggang langgang seperti di sesetengah tempat.

"Rakyat mampu melihat sesuatu yang berbeza tanpa membayar harga yang mahal," katanya.

Aziz berkata, rakyat Malaysia semakin berani memilih dan terbukti melalui keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu sekali gus menunjukkan mereka sudah bersedia untuk atmosfera politik baru dengan menerima pakai sistem dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

"Macam kita bawa satu produk, dia akan ambil yang baik...yang dia rasa boleh penuhi keperluan pilihan dia," katanya.

Beliau juga menganggap sistem dua parti di negara ini semakin mantap berikutan penubuhan entiti Pakatan Rakyat yang membawa dasar yang jelas dalam perjuangan politik, sekalipun pendaftarannya sebagai sebuah gabungan, berdepan halangan.

Aziz juga berharap BN mampu mengulangi kewibawaan peranan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang jika entiti menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP itu menguasai Putrajaya, bagi mengekalkan keseimbangan politik.

Friday, October 8, 2010

DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam bantu PAS di Galas

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan,” ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.



Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain. Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

Duna Galas: Pesta Keluar Parti Bermula, Penyokong PAS Masuk Umno. Penyokong Jer Bukan Ahli!

BALING: Seramai 25 penyokong PAS dari Kampung Masjid, Kuala Pegang di sini Khamis bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mereka yang diketuai Osman Harun, 50, menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Rahim.

Osman berkata dia amat kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji-janji mereka seperti yang termaktub dalam manifesto pilihanraya Ke-12 yang lalu.

"Saya lihat tidak ada satu pembangunan yang dibuat oleh kerajaan di kawasan kami sehinggakan kami tidak tahu hendak mengadu nasib kepada siapa. Keputusan yang diambil saya bersama rakan-rakan adalah tepat kerana hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sajalah yang dapat membantu penduduk di kawasan ini mendapat pembangunan demi kemajuan penduduk setempat," katanya kepada pemberita di sini Khamis petang.

Azeez ketika ditemui pemberita berkata beliau amat terkejut dengan penyerahan borang keanggotaan Umno yang dilakukan pada majlis Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat di Kuala Pegang hari ini kerana ia diadakan secara tiba-tiba.

"Saya amat kagum dengan mereka yang bersungguh-sungguh ingin menyertai perjuangan bersama Umno tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak dan amatbersyukur kerana mereka terpanggil setelah melihat kepimpinan Umno sahaja yang dapat membela nasib rakyat. - BERNAMA

Wednesday, October 6, 2010

Dun Galas: Penamaan Calon 26 Oktober, Pilihanraya Pada 4 November

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

azlanPada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

machap by election nomination 030407 wan ahmadPenamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Dun Galas: PAS Mesyuarat Sabtu Tentukan Calon

Dewan Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini bagi menyusun jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi membantu calon parti itu yang akan bertanding, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, mesyuarat itu akan juga membincangkan aspek gerakan jentera ulama termasuk aktiviti ceramah sewaktu kempen pilihan raya berkenaan.

"Mesyuarat itu turut membincangkan dan memberikan cadangan mengenai pemilihan dan ciri calon yang akan bertanding tetapi kuasa untuk menentukan calon terletak pada Dewan Syura sebagai badan tertinggi parti," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menentukan hari penamaan calon dan pengundian.

Mengenai Orang Asli, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) Kelantan berkata kira-kira 1,800 masyarakat Orang Asli di enam kawasan peti undi layak mengundi pada pilihan raya kecil itu.

Oleh itu, katanya PAS tidak memandang kecil penglibatan masyarakat Orang Asli dalam pilihan raya kecil kali ini kerana ia juga akan menjadi undi penentu kemenangan seseorang calon yang bertanding.

- Bernama

Monday, September 6, 2010

PAS Nafi Laporan 756 Ahli Kawasan Larut Masuk Umno

PAS Kawasan Larut menuduh Umno berbohong apabila mendakwa 756 ahli PAS di DUN Kubu Gajah, keluar parti beramai-ramai menyertai Umno.

Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman berkata ia merupaan satu lagi pembohongan, bertujuan meredakan kerisauan Umno bahagian Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

Satu berita yang disiarkan dalam Utusan Online pada 4 September kelmarin melaporkan 756 ahli PAS cawangan Kampung Bagan Baru dalam DUN Kubu Gajah, telah keluar beramai-ramai kerana tidak yakin lagi kepada parti itu.

"Saya menyangkal sama sekali dakwaan ini," kata Dr Mohd Dhari dalam satu kenyataan hari ini.

"Tidak ada tindakan keluar beramai-ramai ahli PAS di DUN Kubu Gajah ini. Mat Arop Samad bukan timbalan ketua cawangan Bagan Baru. Malah tidak pun wujud Cawangan PAS Bagan Baru," tegasnya.

Dr Mohd Dhari berkata, dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh Umno, khususnya ADUN Kubu Gajah, Raja Datuk Ahmad Zainuddin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abd. Kadir.

Katanya, Mat Arop adalah salah seorang daripada kira-kira 30 orang yang keluar Umno Cawangan Bagan Baru - yang menjadi kubu kuat Umno di DUN Kubu Gajah - setelah BN gagal membentuk kerajaan negeri di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Dr Mohd Dhari mendakwa, bekas ahli-ahli Umno ini telah memohon untuk menjadi ahli PAS.

Malah katanya, dakwaan Mat Arop bahawa dia telah menjadi ahli PASs selama 22 tahun juga satu pembohongan.

"Mat Arop baru saja menjadi ahli PAS, tidak sampai dua tahun. Dia adalah ahli Umno selama 32 tahun dan mungkin ketua cawangan Umno Kampung Bagan Baru selama 22 tahun.

"PAS Larut mengalu-alukan tindakan Mat Arop keluar PAS kerana dia memang seorang ahli yang bermasalah di Larut

"Ahli-ahli Umno yang keluar masuk parti kerana mencari keuntungan diri sendiri sememangnya tidak diperlukan oleh PAS.

"Walau bagaimanapun, PAS Larut sedang berusaha untuk menubuhkan cawangan Bagan Baru dalam masa yang terdekat," tambah Dr Mohd Dhari.

Program Sahur Perdana: Fenomena Hening Subuh Luar Biasa Di Selangor

Program Sahur Perdana yangg julung kali diadakan di Selangor 4 September 2010 mendapat sambutan yg menggalakkan dari warga Selangor khususnya penduduk di sekitar Shah Alam..kehadiran mencecah ribuan orang walaupun program berlangsung pada jam 4 pagi...

Ia merupakan satu fenomena baru buat umat Islam di Selangor di mana menjadikan Kelantan sebagai model perubahan dan pembaikan..walaupun sering digempur dan tidak disenangi oleh beberapa pihak yang berhati busuk, namun program amal dan ibadah semakin rancak dan subur di negeri merah kuning ini..

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur..tahniah juga diucapkan pada rakyat Selangor...moga Allah memberkati usaha kalian...


































Sumber Gambar: Ambo-Jr@TranungKiteOnline (TKO)

Tuduhan Zainuddin Maidin Boleh Dipertikai!

HARI ini Zainuddin Maidin mempertahankan kenyataanya yang mengatakan ada pemimpin Pas (tahun 60-an) meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-oramh Cina. Dengan hanya menunjukkan sekeping gambar usangnya bersama Tunku, Zainuddin mahu menjadikan gambar itu sebagai bukti bahawa kenyataan dan maksud Tunku Abdul Rahman itu benar. Bahawa beliau benar-benar mendengar 'cerita' ada pemimpin Pas menyuruh Tunku rampas harta orang Cina.

Menurut Zainuddin, Tunku memberi tahunya bersama Osman Abadi ketika beliau berjumpa Tunku selepas peristiwa 13 Mei. Sayangnya Osman Abadi (Pak Osman) yang boleh menjadi saksi terhadap dakwaan Zainuddin Maidin ini sudah tiada. Pasti kalau Pak Osman masih ada Zainuddin tidak berani mendedahkan perkara itu.

Bagi mereka yang belum mengenali Zainuddin serta mengetahui akan 'politan' - (putaran dan belitan) lidahnya akan mempercayai kata-kata Zainuddin itu seratus satu peratus. Zainuddin boleh berkata lebih dari itu tentang apa yang Tunku Abdul Rahman cakapkan kepadanya kerana Pak Osman sudah tiada. Kalau Zainuddin 'mengarang' cerita keris lucah Umno boleh melayang pun untuk mempertahankan Umno tidak ada siapa yang tahu.

Sebaliknya mereka yang mengenali Zainuddin akan menolak apa juga kenyataan rasis dan juga kebencian Zaindudin kepada pembangkang terutamanya Pas dan gerakan Islam selama ini. Zainuddin membenci Pas bukan hari ini, sejak Pas berbaik dengan DAP, tetapi nun lama sebelum ini.

Orang tidak akan lupa bagaimana beliau menggunakan RTM untuk memburuk dan
damegkan iemj Nik Aziz di Kelantan. Siang malam RTM menyiarkan provokasi dan kisah-kisah yang kononnya memalukan dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Nik Aziz. Malangnya propaganda cap ayam RTM itu tidak menjadi, sebaliknya Nik Aziz makin kukuh. Dan dalam pilihan raya 2008 Zainuddin sendiri turut lingkup dan tertirap makan selut.

Zainuddin juga seorang yang senantiasa pesimis kepada perjuangan dan gerakan Islam. Beliau bukan saja benci Pas tetapi gerakan seperti Darul Arqam, Abim, Tabligh i juga dicemuh dan diserangnya habis-habisan. Walaupun ada ruang yang boleh beliau serang jemaah itu tetapi tindakan beliau secara pukul membenci gerakan Islam menunjukkan siapa dia Zainuddin sebenarnya. Beliau adalah pelampau anti gerakan Islam.

Sikap buruk Zainuddin Maidin terhadap Islam ini boleh dilihat bagaimana akhabr
Utusan Malaysia danUtusan Melayu memain peranan memburukkan imej Islam ketika itu. Kedua akhbar berkenaan dibawah kuasa Zainuddin diarahkan supaya tidak memakai gambar mana-mana koresponden atau orang yang diinterviu yang mengenakan kopiah ataupun yang menutup aurat. Begitu sekali bencinya beliau kepada imej Islam!

Gambar-gambar perempuan yang menutup aurat 'haram' dipakai dalam kedua akhbar berkenaan. Sikap menentang arus itu mejelaskan akan kebencian Zainuddin kepada gerakan Islam. Selepas Zainuddin tidak lagi menjadi ketua pengarang barulah gambar orang berkopiah dan perempuan menutup aurat (pakai tudung) boleh disiarkan. Ternyata beliau tidak dapat mengekang arus dan kesedaran Islam yang melanda dunia pada masa itu.

Berbalik kepada dakwaan beliau yang mendengar Tunku memberi tahunya ada pemimpin Pas minta rampas harta orang Cina tadi ia boleh dipertikaikan dan berunsur menghasut. Ia sangat meragukan. Zainuddin perlu menyebut nama pemimpin Pas berkenaan kalau ia betul dan benar. Sebagai wartawan beliau dapat menghidu siapa pemimpin yang berjumpa Tunku pada masa itu.

Kalau hanya berbekalkan sekeping gambar lama, saya juga boleh mendakwa seperti mana beliau katakan itu. Sebab saya juga pernah bertemu dan menginterviu Tunku Abdul Rahman sekitar awal 80-an.

Pertemuan dengan Tunku itu saya boleh mereka-reka seribu cerita untuk membela satu pihak dan menentang pihak lain. Siapa pun tidak tahu kalau saya mengarang dan membuat hikayat. Tetapi saya bukan Zainuddin Maidin yang taksub dan jumud kepada parti yang menjadi anutannya. Pada saya kalau salah tetap salah dan kalau benar tetap benar, jauh sekali untuk memanipulasikan keadaan apa lagi untuk sesuatu kebatilan.

Maksud dan tujuan Zainuddin mendedahkan cerita yang tidak sahih mengenai cerita Tunku itu adalah untuk menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Cina terhadap Pas saja. Itulah tujuannya. Kebencian dan kohongnya kepada Pas tidak pernah habis.

Langkah Zainuddin itu sebenarnya tersilap. Kalau beliau mengemukakan cerita itu 30 tahun lalu mungkin orang Cina boleh mempercayainya. Tetapi hari ini orang Cina bukan menolaknya tetapi akan gelak
kah kah kah mengenangkan betapa dangkal dan naifnya Zainuddin dalam mencari isu atau modal untuk merenggangkan masyarakat Cina dengan Pas.

Generasi Cina hari ini sudah cerdik. Mereka menggunakan otak bukan kepala lutut untuk menerima dakwaan-dakwaan di luar akal seperti Zainuddin Maidin lakukan itu. Kenapa orang Cina protes itu dan tuntut itu ini hari ini, bukan kerana pemimpin Pas nak rampas harta datuk nenek mereka, tetapi mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan BN yang ditunjungi Umno. Kepincangan ini dilihat orang orang Cina.

Akhirnya kalau Zainuddin ingin menyelamatkan keadaan Umno yang dalam keadaan nyawa di hujung pedang kini, carilah bukti atau karanglah cerita yang munasabah sikit yang mudah dan rasional diterima oleh seluruh orang. Dengan mengarai cerita-cerita klasik ia tidak mengutnungkan Umno sebalik merugikan parti Melayu berkenaan.
Mujahid tentu gembira dengan posting ini?
MSO

Thursday, August 19, 2010

Mata Wang Syariah: Nik Aziz Bidas Sikap Kerajaan UMNO Barisan Nasional

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu.

Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.

“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.

“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.

“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.


Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.

“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.

“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.

Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu.

“Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.

“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.

“Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.

“Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” tegasnya.

Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.

Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.

Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Wednesday, August 18, 2010

PAS Selangor Sokong Ekuiti 30% Bumiputera Dipertahankan

PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini.
Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan.
PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Setelah hampir lebih 52 tahun Merdeka PAS Selangor merasakan isu-isu yang telah lama disepakati bersama termasuklah kuota pemilikan ekuiti Bumiputera ini sepatutnya tidak lagi dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Yang penting adalah usaha dan inisiatif semua pihak bagi memastikan yang semua kaum dalam negara terbela dan terjamin nasib dan kebajikan mereka dan tidak ada lagi mana-mana golongan yang tercicir khususnya dalam sektor sosial dan ekonomi.
PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib.
*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Friday, July 23, 2010

'Pecat pemimpin temui Harussani' - Khalid Samad

PAS diingatkan supaya bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi meminta beliau mengusahakan kesatuan parti itu dengan Umno.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya terlibat walaupun atas kapasiti peribadi, pemimpin berkenaan boleh dikatakan tidak
wala' (setia),

"Ini kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan tolak perpaduan dengan Umno!" kata Khalid tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin itu.

Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun
tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid berkata, tindakan "pemimpin itu" menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahli dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam Paktan.

Surat tunjuk sebab

Tambahnya, tindakan tersebut berpotensi untuk melemahkan Pakatan dan pastinya disahut oleh musuh politknya Umno dan parti komponen dalam BN.

"Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab. Dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut (menyatupadukan Umno-PAS), maka beliau patut diminta tinggalkan parti.

"Dan sekiranya enggan, (hendaklah) dipecat dari parti," katanya lagi.

Khalid - kini masih digantung sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS - berkata sekiranya pertemuan itu benar-benar berlaku ia merupakan sesuatu yang malang kerang masih ada pemimpinnya "menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu".

"Ini bermakna ada pimpinan yang 'tidak cukup tarbiahnya' (didikan) dan oleh itu mereka perlu diturunkan daripada kedudukan mereka sebagai pemimpin.

"Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka 'pemimpin' dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

"Kalau tidak, maka (PAS) akan semakin celaru," tambahnya.

Tuesday, July 20, 2010

Pakatan Tubuhkan TIRAM untuk Kutip RM20 Juta Tawan Putrajaya

Pakatan Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pengerusi TIRAM, Datuk Husam Musa berkata, pelancaran tabung itu akan dibuat pada 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam dengan dihadiri pemimpin kanan Pakatan.

"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam yang dipetik oleh
Harakahdaily.

Katanya, pelancaran tabung berkenaan akan dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM20 juta.

Mei lalu, Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 juta sebagai dana Pakatan Rakyat dalam perjalanan menawan Putrajaya.

MenurutHarkahdaily, cadangan menubuhkan tabung itu diperolehinya setelah dia didakwa berjaya menggunakan peruntukan RM4 juta menyingkir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan melemahkan Umno Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

Tuduhan berkenaan dibuat bekas pembantunya, Syed Azidi Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella.

"Kalau sebelum ini orang tuduh saya belanjakan RM4 juta untuk menghadapi pilihan raya 2008...terbukti dalam pilihan raya itu kita berjaya walaupun tuduhan itu tidak semestinya betul.

"Sekarang kita akan kumpulkan RM20 juta untuk ke Putrajaya," katanya lagi.

Husam yang juga exco kerajaan Kelantan, sebelum ini juga membuat penjelasan bahawa PAS mahupun kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas perdana menteri itu.

Katnya, PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Sunday, July 18, 2010

Nik Aziz - Politik Melayu Kukuh Jika UMNO Kembali ke Dasar Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan Umno untuk menukar dasarnya kepada Islam.

"Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh."PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu," kata menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas isu perpaduan antara PAS dan Umno apabila baru-baru ini dilaporkan bersetuju untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara itu.

Namun Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata pertemuan itu bukan untuk membincangkan politik sebaliknya akan bertumpu kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat. - Bernama

Saturday, May 22, 2010

Adun Pakatan Rakyat Kedah Shows Support To Azizan

ALOR SETAR, May 22 — Pakatan Rakyat tonight proved the Kedah government remained stable when all three of its PKR assemblymen spoke at a rally, dispelling the notion they planned to quit the coalition.
The three were touted to be among the next few from the party to defect, thus triggering the fall of the Kedah PAS-led government.
As promised and contrary to rumours that were spreading like wildfire this afternoon, the three turned up at the mammoth rally in Kota Sarang Semut here to address the crowd and quell all fears of their possible defections.