Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Teoh Beng Hock Tak Bunuh Diri - Dr Pornthip

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.


Saksi pertama

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.

Tak sependapat dengan Dr Vaneziz

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.

Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

'Ini adalah protokol'

Malik selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun bota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

Thursday, July 22, 2010

Ushawan Malaysia Disiasat Berhubung Komisyen RM11 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negara.

Menurut akhbar,The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.

"Orang tengah (Malaysia) dibayar wang bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.

Mengikut undang-undang Australia, adalah satu kesalahan bagi syarikat ataupun individu membayar pegawai asing bagi mendaptkan kelebihan dalam perniagaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh dikenakan denda yang berat.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut
The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Saturday, December 5, 2009

Ahmad Said: Letak Jawatan Atau Diletakkan Jawatan??

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini. Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh pelantikan Abu Kassim: Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan sepanjang perkhidmatan beliau dengan kerajaan. Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul. Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan.

Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed, timbalan ketua pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.

Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.Beliau memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 apabila dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Dengan berkuatkuasanya Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Betul-Betul Puluhan Ribu Menyokong Tuan Guru Nik Aziz


Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya. Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.



Saturday, November 21, 2009

Biasalah SPRM: Nak Tunjuk Buat Kerja

Biasalah mereka ni, baik polis ka Sprm ka, mana2 agensi kerajaan macam ni lah. Kalau dah kena report mula lah siar satu malaya tindakan diorang.

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat dilihat hanya sebagai sandiwara dan perkara biasa SPRM untuk memulihkan imej setelah tercalar teruk ekoran keputusan mahkamah yang tidak membenarkan SPRM melakukan siasatan di luar waktu pejabat seperti yang lazim dilakukan oleh SPRM.

Ia bukan satu tindakan yang jujur kerana sebelum ini sudah berlaku kejadian seumpama itu apabila kredibiliti SPRM merudum dengan teruk, mereka melakukan penahanan seorang ADUN UMNO Terengganu, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Tetapi selepasnya, apa yang berlaku? Tiada sebarang pun tindakan diambil. Hal yang sama juga bakal berlaku ke atas enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi yang ditahan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Justeru itu dakwaan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa tindakan SPRM itu kononnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka adala hanya sebagai satu usaha untuk membersihkan nama SPRM yang telah diketahui umum melaksanakan siasatan berpilih, tidak telus, kejam serta tidak profesyenal.

Kubur Teoh Beng Hock Di Gali Hari Ini, Bedah Siasat Esok

Mayat mendiang Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock diusung selepas kuburnya digali semula di Nirwana Christian Memorial Garden dekat Semenyih di sini, hari ini. Mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan yang dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama. --fotoBERNAMA

Friday, November 20, 2009

Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan

Dari Zabidie Abas

Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (Polis) bagai berlumba lari untuk menyelasaikan kononnya YB Azmin Ali terlibat dalam pembelian saham RM8 juta.

SPRM berkata dulu mereka ada menyiasat tetapi berkata, “tidak cukup bukti”. Kini SPRM berkata “temui bukti baru”. Ia adalah lawak biasa yang berkumandang bila SPRM bertemu media.

Pencatat mengerti mengapa SPRM dan Polis seperti lipas kodong ingin mendakwa Azmin Ali. Ia tidak lain kerana sikap membondek keterlaluan masih menjadi budaya SPRM dan Polis.

Minggu ini dan lepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid telah membongkar beberapa penyelewengan dan ketirisan yang bernilai berbillion ringgit.

Amnya SPRM dan Polis jika melibatkan UMNO, mereka akan buat selamba bodoh sahaja. Adakah mereka berkerja dengan ‘berselamba’ atau mereka itu ‘bodoh’.

Pencatat kurang arif. Pembaca lebih mengerti.

Pencatat dimaklumkan secara lisan oleh seseorang. Semasa Azmin Ali ketika menjadi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat rakan taulan Azmin Ali mempergunakan nama beliau.

Ia bertujuan jual-beli secara kontra untuk mengaut keuntungan segera. Ia menjadi amalam biasa peniaga saham pada ketika itu.

Difahamkan Azmin Ali tidak menurunkan sebarang tandatangan pada urusan jual-beli saham tersebut. Allahulambisaw.

Tahun 1992-1994 bukan sahaja Azmin Ali terlibat dalam pasaran saham yang melonjak dan menjunam mendadak. Mohzani Mahathir, Mukriz Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan keluarga menteri BN-UMNO juga terlibat.

Ada berita yang mengatakan pada tahun tersebut salah seorang dari mereka hampir terjun bangunan kerana mengalami kerugian ratusan juta.

Kita akan lihat SPRM dan Polis menyiasat kes Azmin Ali sahaja. Ia disebabkan amalan membodek dan ibarat lembu dicucuk hidung masih diamalkan.

Siapa peduli Malaysia tersenarai negara pengamal rasuah diantara tertinggi di asia dan dunia. Anda ada jawapannya.