MUHD HAFIZ HASHIM yang bakal memperkuatkan skuad Piala Thomas negara mempamer aksi goyah ketika mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Asia (ABC) di New Delhi semalam.
Hafiz, pilihan ketujuh yang menentang pemain tidak ternama dari Thailand di pusingan pertama bergelut untuk menang dalam pertarungan tiga set.
Dia yang tewas set pertama 19-21, menguasai set kedua 21-9 bagi mengesahkan aksi di pusingan kedua 21-16.
Corak permainan perlahan Hafiz berterusan apabila dia sekali lagi turun beraksi di pusingan kedua menentang pemain Korea Selatan, Choi Ho Jin.
Biarpun Hafiz menang 21-19 set pertama, Ho Jin yang menewaskan jaguh China, Lin Dan di final Kejohanan Sukan Asia Timur, Disember tahun lalu, bangkit merampas set kedua 21-19, sebelum juara Seluruh England 2003 itu mengesahkan tempat ke pusingan ketiga dengan kemenangan 21-11.
Hari ini, Hafiz akan menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh di pusingan ketiga.
Turut mara ke pusingan ketiga, Lok Chong Chieh yang menewaskan pemain berpengalaman India, Anup Sridhar 16-21, 21-13, 21-8 di pusingan kedua.
Sebelum itu, Chong Chieh menewaskan pemain Maldives, Ajfan Rasheed Mohamed 21-17, 21-7 di pusingan pertama.
Pemain muda seangkatan Chong Chieh lain seperti Chan Kwong Beng, Tan Chun Seang dan Chong Wei Feng terkandas di pusingan pertama selepas tunduk kepada lawan masing-masing.
Pemain perseorangan wanita, Julia Wong yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dialami sejak Mei tahun lalu. mempamerkan aksi memberangsangkan apabila menundukkan pemain India, Trupti Murgunde21-17, 21-12
No comments:
Post a Comment