Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, May 14, 2010

Piala Thomas: Separuh Akhir Malaysia VS China, Teruskan Semangat Malaysia Boleh!

Departments Art, Culture And Sports (DACS) memanjatkan rasa syukur diatas kelayakan Pasukan Malaysia ke separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas kali ke-18 yang sedang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pemain perseorangan negara, Hafiz Hashim menewaskan perseorangan ketiga Denmark, Joachim Persson 21-12, 21-10 pada suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Kemenangan Hafiz membolehkan Malaysia melakar kejayaan penting mengatasi Denmark 3-2, sekali gus mara ke saingan separuh akhir bertemu juara bertahan Piala Thomas, China, esok.

Sebelum itu, Lee Chong Wei mn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17, 21-19.

Bagaimanapun Wong Choong Hann tewas kepada Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21. Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas kepada Lars Paaske/Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21.

Jika dinilai daripada persembahan yang dipamerkan pada perlawanan menentang Denmark malam tadi, Pasukan Malaysia harus menyusun strategi yang lebih berkesan memandangkan lawan kita di separuh akhir nanti bukanlah calang-calang pasukan. Mengikut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh International Badminton Federation (IBF), pemain perseorangan, Lin Dan dan Jin Chen menduduki ranking no.2 dan 3 dunia. Beregu Lelaki Pasukan China, Zhendong Guo dan Chen Xu serta Yun Cai dan Haifeng Fu berada di kedudukan ranking ke 5 dan 8 dunia. Seharusnya Malaysia harus lebih berhati-hati dalam mencongak strategi apabila berdepan dengan lawan yang dijadualkan berlangsung esok.

Dengan itu, DACS menyeru agar rakyat Malaysia dapat turun beramai-ramai menyokong pasukan kita yang pastinya berdepan dengan laluan yang sukar untuk ke perlawanan akhir. DACS juga mengharapkan agar pemain-pemain lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai impian negara yang dahagakan Piala Thomas setelah terlepas dari tangan kita selama 18 tahun seterusnya meletakkan Malaysia di kelas yang tersendiri. MALAYSIA BOLEH!

Disediakan oleh

MOHD.SANY HAMZAN
PENGARAH DACS PUSAT

No comments:

Post a Comment