Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts
Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Piala Thomas: Separuh Akhir Malaysia VS China, Teruskan Semangat Malaysia Boleh!

Departments Art, Culture And Sports (DACS) memanjatkan rasa syukur diatas kelayakan Pasukan Malaysia ke separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas kali ke-18 yang sedang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pemain perseorangan negara, Hafiz Hashim menewaskan perseorangan ketiga Denmark, Joachim Persson 21-12, 21-10 pada suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Kemenangan Hafiz membolehkan Malaysia melakar kejayaan penting mengatasi Denmark 3-2, sekali gus mara ke saingan separuh akhir bertemu juara bertahan Piala Thomas, China, esok.

Monday, May 10, 2010

Piala Thomas 2010: Malaysia Beroleh Kemenangan Yang Pertama

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan kemenangan, 5-0 kepada skuad negara mengikut peraturan, ekoran kelewatan skuad Nigeria tiba sebelum perlawanan.

Ketua Pegawai Operasi, Thomas Lund berkata, pihaknya (BWF) masih belum memutuskan sama ada Nigeria boleh meneruskan perlawanan menentang Jepun, hari ini.

“Kami mempunyai kuasa untuk memutus sama ada mereka (Nigeria) layak atau tidak meneruskan perlawanan.

“Apa yang berlaku kepada mereka adalah di luar jangkaan, dan kini kami tidak mempunyai sebarang informasi mengenai mereka,” katanya pada sidang media, semalam.

Nigeria dijangka tiba pada jam 3 petang semalam, di jadualkan menentang Malaysia dalam saingan kumpulan B, jam 6 petang semalam, namun sehingga jam 8.15 malam, kelibat skuad itu masih tidak kelihatan.

Bagaimanapun, mereka dijangka tiba selewatnya jam 9 malam ini (semalam) atau pagi ini. Kelewatan itu berpunca daripada jadual penerbangan di Dubai yang terpaksa ditunda dan merupakan kali kedua masalah sama menimpa skuad itu.

Namun, tiga pegawai negara itu, yang menaiki penerbangan berlainan dengan pemain mereka dilihat tiba awal petang semalam.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perseorangan, Rashid Sidek, melahirkan rasa kecewa dengan kejadian yang berlaku kerana tidak dapat memulakan perlawanan pemanas badan.

“Pemain sudah bersedia bermain dan tidak sabar untuk beraksi namun apa yang berlaku di luar jangkaan.

“Mereka sudah tunggu lama namun tidak menunjukkan sebarang. Apa yang penting sekarang kita perlu meneruskan latihan dan fokus kepada perlawanan akan datang menentang Jepun, Rabu ini,” katanya.

Rashid berkata, jika perlawanan menentang Nigeria berlangsung mengikut jadual, ia permulaan yang baik buat pasukan memandang mereka merancang menurunkan barisan pemain terbaik.

Perlawanan seterusnya skuad Thomas negara bakal bertemu Jepun, Rabu ini. Manakala skuad Uber bertembung dengan Amerika Syarikat dalam saingan kumpulan A.

“Kita perlu menang perlawanan esok (hari ini) dan akan membariskan pemain yang terbaik,” katanya.

Thursday, May 6, 2010

Piala Thomas: Doa Malaysia Untuk Misbun dan Rashid Sidek

KEPUTUSAN ujian influenza A (H1N1) ke atas sampel darah jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek masih menjadi misteri apabila keputusan mengenainya belum dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata dia masih menanti keputusan pihak hospital dan akan berhubung terus dengan doktor terbabit.


“Saya belum mendapat keputusan ujian darah Misbun, mungkin esok baru mendapat keputusan, tetapi jika beliau diuji negatif sekalipun kita akan putuskan pada Jumaat sama ada beliau dapat menyertai pasukan atau tidak,” kata Ramlan.


Bagaimanapun Ramlan mengakui Misbun berkemungkinan tidak dapat menyertai pasukan pada perlawanan pertama skuad Piala Thomas negara menentang Nigeria pada Ahad ini.


“Pada pendapat saya Misbun tidak akan dapat menyertai skuad negara pada perlawanan pertama, walaupun beliau tidak dijangkiti, kita perlu asingkan beliau kerana beliau berisiko tinggi selepas tiga anaknya dikuarantin,” kata Ramlan.


Dalam pada itu, Datuk Lee Chong Wei yang ditanya kemungkinan Misbun tidak dapat berada di sampingnya ketika perlawanan pertama, pemain itu tetap berharap Misbun segera kembali.


“Saya sedia sebarang kemungkinan, menentang Nigeria mungkin tiada masalah tetapi untuk perlawanan kedua menentang Jepun saya harap beliau dapat berada di sisi saya. Bagaimanapun saya mahu beliau segera sembuh,” kata Chong Wei.


Misbun kini turut dikuarantin di sebuah hospital swasta bersama dua anaknya yang disyaki dijangkiti wabak itu, manakala seorang lagi anaknya, Misbun Ramadhan dikuarantin selepas positif H1N1 sejak empat hari lalu.