“Saya belum mendapat keputusan ujian darah Misbun, mungkin esok baru mendapat keputusan, tetapi jika beliau diuji negatif sekalipun kita akan putuskan pada Jumaat sama ada beliau dapat menyertai pasukan atau tidak,” kata Ramlan.
Bagaimanapun Ramlan mengakui Misbun berkemungkinan tidak dapat menyertai pasukan pada perlawanan pertama skuad Piala Thomas negara menentang Nigeria pada Ahad ini.
“Pada pendapat saya Misbun tidak akan dapat menyertai skuad negara pada perlawanan pertama, walaupun beliau tidak dijangkiti, kita perlu asingkan beliau kerana beliau berisiko tinggi selepas tiga anaknya dikuarantin,” kata Ramlan.
Dalam pada itu, Datuk Lee Chong Wei yang ditanya kemungkinan Misbun tidak dapat berada di sampingnya ketika perlawanan pertama, pemain itu tetap berharap Misbun segera kembali.
“Saya sedia sebarang kemungkinan, menentang Nigeria mungkin tiada masalah tetapi untuk perlawanan kedua menentang Jepun saya harap beliau dapat berada di sisi saya. Bagaimanapun saya mahu beliau segera sembuh,” kata Chong Wei.
Misbun kini turut dikuarantin di sebuah hospital swasta bersama dua anaknya yang disyaki dijangkiti wabak itu, manakala seorang lagi anaknya, Misbun Ramadhan dikuarantin selepas positif H1N1 sejak empat hari lalu.
No comments:
Post a Comment