Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, June 15, 2010

Isu Katak Terbaru: ADUN Malim Nawar, Perak Istihar Keluar DAP!

Dari Khairul Faizi

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Satu lagi kejutan daripada ADUN Pakatan Rakyat! Mungkin itu yang akan disebut oleh massa kerana ia menambahkan lagi koleksi wakil rakyat PR yang mengambil tindakan keluar parti.

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti DAP sebebtar tadi untuk menjadi wakil rakyat berstatus bebas tetapi menyokong BN.

Keshvinder terpaksa mengucapkan ucapan ‘Selamat Tinggal’ kepada DAP dan Pakatan Rakyat dengan alasan kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Saya tidak pasti apa sebenarnya yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut tetapi saya teringat tentang satu laporan yang telah beliau buat bersama ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan Februari tahun lalu kepada SPRM kerana mendakwa mereka berdua telah ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Dalam laporan tersebut mereka berdua mendakwa bahawa mereka menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

Adun Malim Nawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Hari ini, Adun Malim Nawar membuat keputusan untuk keluar daripada DAP, menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Saya percaya tawaran tersebut telah berjaya mencairkan hati serta semangat juang Kesvinder.

No comments:

Post a Comment