Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Dun Sarawak: Manifesto Barisan Nasional Lapok. Ulangan 50 Tahun Lepas

Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

NONEPada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”

Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini.

Antaranya:

  • Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik
  • Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik
  • Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan
  • Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
  • Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
  • Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

NONE

Bertajuk "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan, pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah.

Selain itu, risalah itu turut memberi penjelasan mengenai kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara, usaha kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kepada golongan kurang bernasib baik.

Ia turut menjelaskan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kesan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

NONETurut hadir pada majlis pelancaran itu isteri Taib, Puan Sri Amar Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan negeri Datuk Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, dan calon BN bagi kerusi Nangka Dr Annuar Rapaee.

Pada sidang media, selepas pelancaran itu, menteri pembangunan tanah negeri dan juga presiden PRS, Datuk Seri James Masing menafikan adanya motif tersirat di sebalik ketidak-hadiran pemimpin kanan BN lain pada majlis itu.

“Hanya di Sibu Taib ada masa lapang untuk lancarkan manifesto dan kita mesti lancarkannya sekarang.

“Itu sebabnya. Tiada penjelasan lain di sebalik itu,” katanya kepada wartawan.

Sunday, April 3, 2011

InsyaAllah, Minyak RON 95 Akan Naik Tidak Lama Lagi

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar.

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

Dun Sarawak: BN Monopoli Pengangkutan, Pakatan Rakyat Perlu Kerja Keras

Kekangan logistik dan sumber kewangan akan menjadi halangan terbesar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak.

Namun gagasan itu mampu menafikan BN majoriti dua pertiga pada pilihanraya negeri bulan ini, kata ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

tengku razaleigh speech 110310 02Dalam wawancaranya di TV Selangor, tokoh Umno itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, apa yang jelas adalah Sarawak tidak lagi boleh dianggap sebagai "simpanan tetap" BN bagi mengekalkan kuasanya di Putrajaya.

Pilihan raya Sarawak akan diadakan pada 16 April dengan hari penamaan calon pada 6 April. Adalah dijangkakan sebilangan besar daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri akan menyaksikan pertembungan satu dengan satu antara BN dan Pakatan Rakyat.

Razaleigh berkata aliran politik semasa menunjukkan BN akan mengekalkan kuasa di Sarawak, namun kemenangan selesa seperti pilihan raya negeri yang lalu tidak akan berulang.

"Kalaulah dalam keadaan biasa, kemungkinan BN akan mengekalkan kuasa tapi bukan dengan majoriti dua pertiga sepertimana sebelum dibubarkan Dewan Undangan Negeri.

NONE“Sekiranya keadaan kempen dan pergerakan dijalankan seperti biasa, kemungkinan BN akan mendapat majoriti mudah untuk terus berkuasa di Sarawak," kata bekas menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Hadapi rintangan

Namun tokoh politik veteran itu memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Razaleigh berkata berkata BN, seperti pada masa-masa lalu akan mencari kemenangan mutlak dengan "menggunakan banyak wang dan dengan logistik" untuk meraih sokongan pengundi yang bertaburan merentasi sebuah negeri yang saiznya hampir sama dengan Semenajung Malaysia.

NONEKatanya, BN juga dijangka membolot segala kemudahan pengangkutan yang ada di Sarawak untuk memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau nak ke mana-mana di Sarawak kena ada bot dan kapal terbang. Kalau semua orang dah sewa bot dan kapal terbang, macam mana nak berkempen. Dan kalau semua minyak sudah dipajak atau dibeli di stesen minyak, nak bergerak pun susah. Saya rasa kalau keadaan seperti ini berlaku, sukar bagi mereka menghadapi BN di Sarawak," kata Razaleigh.

Pakatan Rakyat mengharapkan sentimen pengundi bagi menolak kepemimpinan Taib yang diselubungi dengan dakwaan-dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, merampas tanah adat Orang Asal dan kemiskinan luar bandar sebagai pemangkin untuk membuat kejutan pada pilihanraya negeri kali ini.

Kesan kepada Sabah

najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311Razaleigh berkata jika Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN, ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu sendiri di peringkat kerusi Parlimen.

“Sudah tentu (ia mempunyai impak) kerana keadaan di bawah tentukan keadaan di atas. Oleh sebab itu, keadaan ini akan tentukan kedudukan Parlimen dan Kerajaan Pusat,” katanya.

BN kini menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pimpinan Taib memegang 35 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai 12 kerusi dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.

azlanPakatan Rakyat memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya negeri lalu dengan DAP merangkul enam kerusi dan PKR satu.

Razaleigh menjangka jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Sarawak, ia akan memberi kesan kepada sentimen pengundi di Sabah.

Negeri jiran Sarawak itu juga menghadapi masalah kemiskinan kronik, di samping pimpinan kerajaan negeri diselubungi dakwaan-dakwaan membolot kekayaan balak dan sumber asli negeri.

"Apa juga yang berlaku di Sarawak akan mempengaruhi keadaan di Sabah. Kalau keadaan BN tak baik di Sarawak ia juga akan pengaruhi keadaan tak baik di Sabah. Itu yang lazimnya,” katanya.

Friday, December 17, 2010

Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

NONEMenurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

azlanMenurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Wednesday, October 13, 2010

Double Standard SPRM Dalam Isu Berkaitan Pakatan Rakyat Dan Barisan Nasional


nizar Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tanggungjawab memerangi rasuah di negara ini semakin diragui apabila dianggap mengamalkan sikap dwi standard dalam mengendalikan kes-kes rasuah yang melibatkan ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).
Demikian menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaan berlakunya penyelewengan konsesi balak di Perak.

Menurut beliau, SPRM berjanji menjalankan siasatan terhadap isi kandungan sepucuk surat layang yang mendakwa berlaku penyelewengan pemberian konsesi balak berjumlah RM21.5 juta sepanjang 11 bulan pemerintahan PR di negeri itu.
"SPRM cepat bertindak terhadap surat layang ini, sedangkan kes-kes rasuah yang banyak dilaporkan terhadap pemimpin-pemimpin BN disenyapkan walaupun mempunyai bukti kukuh termasuk pita video mereka sendiri.
"Sungguh jelas, ini ‘double standard,’" katanya lagi sambil merujuk kepada kes rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir Khalid yang cuba menyogok Adun dari PKR supaya melompat parti seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita
baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya tidak mempertikaikan tanggungjawab SPRM untuk menjalankan sebarang siasatan walaupun isu yang membabitkan diri beliau sendiri, asalkan ianya dijalankan dengan sikap penuh tanggungjawab dan profesional tanpa mengira idealogi politik.
Namun begitu, katanya, tindakan SPRM telah banyak menimbulkan persepsi buruk terhadap suruhanjaya itu sendiri apabila dilihat begitu lembab bertindak terhadap kes-kes yang melibatkan pemimpin BN seperti dakwaan rasuah RM5 juta melibatkan Mahazir.
Nizar juga memberitahu FMT ketika dihubungi hari ini, bahawa beliau yakin surat layang tersebut merupakan fitnah oleh pihak tertentu untuk memburukan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir negeri Perak.
"Itu fitnah semata-mata. "Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Saya membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap apa yang difitnahkan oleh penulis surat layang tersebut," kata beliau.
"Dari mana datang surat itu dan siapa penulisnya juga perlu disiasat SPRM. Bagi pihak kami (pemimpin PR Perak), kami tidak menyembunyikan apa-apa," ujar beliau lagi.
SPRM amal sikap berpilih-pilih
Beliau juga memberitahu, tindakan SPRM ini sekaligus menyerlahkan sikap SPRM yang mengamalkan sikap berpilih-pilih dalam menjalankan tanggungjawab membenteras rasuah di negara ini.
Selain itu, beliau menganggap penulis surat layang tersebut sebagai pengecut apabila tidak berani melaporkan kes tersebut secara terbuka seperti mana yang lazim dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PR.
Lim Soo Nee Dalam isu yang sama, Adun Kulim, Lim Soo Nee pula memberitahu, beliau telah menanti selama dua tahun akan perkembangan kes yang beliau laporkan kepada SPRM.
Sungguhpun begitu, beliau hanya mengetahui ‘perkembangan’ terkini kes tersebut melalui sebuah blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.
"Walaupun saya telah memberi maklumat dan bukti yang cukup kepada SPRM, saya masih tertunggu-tunggu selama dua tahun untuk mengetahui status kes itu. Akhirnya saya cuma mengetahui status kes tersebut ‘NFA’ (no further action) melalui blog itu," katanya dengan nada kesal.
Bagaimanapun beliau enggan menyentuh lebih lanjut kerana bimbang kes ini boleh menjejaskan siasatan SPRM.
Laporan beberapa portal berita baru-baru ini menyebut kes tersebut dilaporkan oleh Lim kepada SPRM pada tahun 2008. Siasatan yang dijalankan itu turut mengandungi bukti pita rakaman audio dan visual yang telah dirakamkan oleh Bahagian Perisikan Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sendiri.
Namun setelah dua tahun, laporan siasatan terhadap aduan bertajuk Laporan Awal Siasatan dan bertanda PG/BPR/KS/:43/8/2008 BPR cawangan Seberang Perai Aduan no: 11/2008 yang dibuat oleh Lim Soo Nee dilabel sebagai A1 itu terus senyap hingga kini.

Friday, September 3, 2010

Sarawak: Editor Sarawak Tribune Digantung Tugas Ekoran Laporan Taib Mahmud

Editor, akhbar Sarawak Tribune - akhbar paling tua di negeri itu yang kembali di pasaran pada Mei lalu setelah empat tahun menyepi - digantung tugas kerana menyiarkan laporan yang tidak disenangi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Semuanya gara-gara tindakan editor eksekutifnya, Paul Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu yang disiarkan pada Isnin lalu.

Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Menurut mereka yang diwawancara Bernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya itu dilihat cuba memancing sokongan daripada pemimpin tempatan.

"Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin yang dipetik Bernama.

Mesyuarat panjang lebar

Maklumat yang diterima Malaysiakini adalah Si yang mengetuai Sarawak Tribune sejak tiga bulan lalu telah digantung tugas selama dua minggu. Ada juga laporan yang mendakwa beliau telah dipecat.

Menurut sumber, anak perempuan bongsu Abdul Taib - Hanifah, menyerbu pejabat akhbar itu pada malam Isnin lalu dan mencaci kakitangan berhubung penerbitan laporan berkenaan.

Hanifah, bekas editor urusan akhbar the Tribune kemudiannya mengadakan mesyauarat panjang lebar dengan editor kanan sehingga jam 2.30 pagi, keesokan hari.

Si yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam dunia kewartawanan pernah berkhidmat dengan Malaysian Insider, The Star dan jugaBorneo Post. Beliau hanya berada di pejabatnya seketika pada pagi Selasa lalu.

Beliau kemudiannya diarahkan ke pejabat menteri besar dan sejak itu tidak datang kembali ke pejabat akhbar berkenaan.

Si juga tidak menjawap panggilan telefon daripada Malaysiakini.

Sejak selasa lalu, Sarawak Tribune cuba 'mententeramkan keadaan' dengan menyiarkan laporan beberapa pemimpin tempatan yang kononya merayu Abdul Taib supaya kekal sebagai ketua menteri.

Akhbar berkenaan pernah digantung pada 9 Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Pihak pengurusan akhbar berbahasa Inggeris berusia 61 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka sebaliknya menerbitkan Eastern Times.

Edisi terakhir Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran dan secara kebetulan pula dirasmikan oleh Abdul Taib.

Thursday, August 19, 2010

UMNO Barisan Nasional Tiup Sentimen Perkauman

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Men
urut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

Cara ugut

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,” kata Anwar lagi.

Utusan disaman RM50 juta

Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.

Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.

Mufti harus buat laporan polis

Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya.

Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” katanya.

Wednesday, August 18, 2010

Arjunan Punyai Cukup Bukti Kaitkan Timbalan Menteri Dengan Jenayah

M S Arjunan, bekas calun KEADILAN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime.
Ketika bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di sini petang semalam, Arjunan berkata beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Saravanan apabila menerima sepucuk surat daripada ayah kepada seorang pelajar perempuan yang dikatakan menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang didakwa didalangi Timbalan Menteri daripada MIC itu.
Arjunan, 50, membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu terhadap Ahli Parlimen Tapah itu yang didakwanya terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.
"Laporan polis yang saya buat hanya sebagai respons kepada aduan yang dibuat oleh ayah kepada seorang mangsa melalui sepucuk surat kepada saya," tegas Arjunan.
Menurut Arjunan lagi pelajar tersebut merukan penuntut Kolej Tafe di Negeri Sembilan antara tahun 1998 hingga 2001.
Beliau berkata hasil daripada laporan di dalam media mengenai pendedahnya seramai tiga orang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada Saravana telah menaliponnya dan menceritakan pengalaman pahit yang dilalui mereka.
"Semua dakwaan ini kami ada bukti yang telah kami serahkan kepada peguam. Saya akan dedahkan bukti yang ada apabila kes ini di bawa ke mahkamah nanti," kata beliau yang ditemani Ketua Pemuda Persatuan Kamajuan Pelajar-pelajar Tamil Malaysia, A Kalaimughilan.
Arjunan juga membidas kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang menganggap dakwaan terhadap Timbalan Menteri itu sebagai satu tohmahan.
Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada Mohd Bakri kerana berjaya menyelesaikan dakwaan jenayah yang dilakukan selama lebih 10 tahun hanya dalam tempoh masa 3 jam sahaja.
"Saya nak ucapkan tanhniah kepada Mohd Bakri kerana saya rasa di antara anggota polis terbaik di dunia kerana dapat menyelesaikan masalah berkaitan jenayah yang dilakukan sejak 10 tahun dahulu hanya dalam 3-4 jam sahaja.
"Saya minta beliau supaya betul-betul adil dan jangan sokong sebelah pihak sahaja. Dia mesti jaga kepentingan rakyat. Saya sedia beri kerjasama sepenuhnya kepada beliau dan kalau saya memfitnah Saravanan heret saya ke mahkamah," kata Arjunan kepada Suara Keadilan.
Dalam responsnya kepada dakwaan Arjunan, Saravanan yang juga Naib Presiden MIC menganggap ia sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya.

Barisan Nasional Bakal Berpecah

KUALA LUMPUR 17 Ogos - UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.
"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya kepada
Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.
Soi Lek memberi alasan, pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.
Mengulas lanjut, Mohd. Zahid menyifatkan Soi Lek sebagai pemimpin MCA yang lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.
Tegasnya, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain harus sedar bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.
"Jangan kerana semata-mata hendak menagih sokongan masyarakat Cina, Soi Lek lupa kepada sejarah. Nilai kejujuran dan saling menghormati hak yang telah dipersetujui inilah yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman selama ini," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Soi Lek yang disifatkannya sebagai sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.
Menurutnya, Soi Lek sepatutnya belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.
"Inilah sikap cauvanis Soi Lek. Sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN," dakwanya.

Tuesday, August 17, 2010

11 AJK Pemuda UMNO Letak Jawatan

Sebelas ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Alor Setar telah meletak jawatan berkuatkuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan
peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf.

"Kami tidak mahu mengkhianati parti dan atas sebab ini kami merasakan tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab dan sewajarnya kami meletak jawatan bagi membolehkan AJK baru dilantik," kata Mohd Azreen kepada pemberita.

Beliau menafikan kenyataan Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mendakwa tidak mengetahui punca sebenar peletakan jawatan mereka.

Katanya mereka telah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah, tetapi perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai.

Mohd Azreen berkata mereka telah menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat Umno pada 10 Ogos lepas dan salinan kepada kepada Umno negeri.

Katanya mereka akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

--Bernama

Friday, August 13, 2010

BN Ludah Sesama Sendiri - Khalid Ibrahim

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (
kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portalTVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara
Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang.

Wednesday, July 28, 2010

Muhyiddin Cube Bodohkan Rakyat!

Oleh Syed Imran

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa n
egeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.

Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.

SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.

SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.

Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.


Friday, July 23, 2010

Pesanan Ulama Sheikh Abdullah Fahim, Datuk Perdana Menteri Malaysia Ke-5

Abdullah bin Ahmad Badawi Bin Abdullah Fahim. Paklah ni cucu Ulamak. Hangpa semua baca la apa Tok dia dok pesan pemimpin2 la ni. Brahim Al-Kataki, Bik Mama, Mat Monggol, Kerismudin, Tajudin Pasir Salak, Wak sembab dan lain2, hangpa semua baca ni.. Mampuih UMNO!

PM Najib 'Tabur' RM50 Ribu Untuk Dapatkan Liputan Akhbar Amerika

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Wednesday, July 21, 2010

Isu Pasir Selangor: Noh Omar Sasar Khir Toyo

Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

"Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Sri Shuhaimi.

"Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh.

"Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi.

"Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."

Hulu Selangor: Mahkamah Tolak Petisyen Zaid Ibrahim

Mahkamah Pilihanraya Kuala Lumpur menolak bantahan awal yang dikemukan oleh Datuk Zaid Ibrahim terhadap permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihanraya yang dikemukannya.

Keputusan ini dibuat oleh Hakim,Datuk Azahar Mohamed petang tadi.

Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen agar keputusan pilihan raya kecil April lalu itu diisytihar tidak sah dan dibatalkan atas dakwaan berlakunya rasuah dalam bentuk sogokan kepada para pengundi.

Kamalanathan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Mohd Azhar Mohd Yusof mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR.

Peguam bagi Datuk Zaid Ibrahim ialah Ang Hean Leng, Leong Sher How dan Azahar Azizan Harun.

Sebelum itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata kes ini didengar agar rakyat mengetahui hujah-hujah berhubung salah-laku rasuah dalam pilihanraya negara, dan bukannya menumpukan kepada soal teknikal.

“Ini adalah permohonan daripada pihak kerajaan untuk SPR supaya kes ini dibatalkan,to strike out,atas alasan-alasan teknikal,tetapi hakim akan membuat keputusan petang ini,jadi saya pun hairanlah,yang sepatutnya diberi peluang,untuk rakyat mendengan alasan-alasan,tetapi saya percaya hakim akan membuat keputusan yang betullah," katanya.

“Ini sebenarnya perkara yang amat mustahak sekali untuk perjalanan pilihanraya dan amalan demokrasi di negara kita kalau kes ini begitu penting kalau kita mahu rakyat ada keyakinan terhadap proses-proses pilihanraya maka mahkamah wajar memberi peluang untuk kita mengemukakan hujah dan alasan-alasan kita,tetapi kerajaan mengambil tindakan teknikal cuba nak cari alasan-alasan teknikal untuk tidak membenarkan mahkamah mendengar alasan kita," katanya lagi.

Mahkamah akan bersambung esok bermula jam 9.30 pagi.

Tuesday, July 20, 2010

Lemah Dan Terdesaknya UMNO Sekarang - Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 20 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau 'pathetic' dan telah hilang maruah sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa merayu bantuan PAS untuk memperkukuhkan kedudukannya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut dan walaupun telah dipecat, dimaki hamun setiap masa, saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno' yang sudah hilang kepercayaan rakyat sambil bergelumang dengan masalah dalaman hari ini.

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti itu yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan Umno yang tersegah besar itu yang dibiayai oleh Maybank). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevannya parti itu pada zaman sekarang ini.

"Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka," kata Zaid yang dipetik blog beliau.

Zaid juga menjelaskan betapa silapnya teori politik Umno dan ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk parti itu dihidupkan kembali dan menyelamatkannya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

"Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, Zaid yakin semua cadangan beliau itu tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini. Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," tegas Zaid lagi.

UMNO Selangor Berderai Seribu

Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.

Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor.


“Kelihatan kedua-dua bersaing satu sama lain untuk mendapatkan perhatian berbanding bekerjasama demi memperkukuh kekuatan Umno Selangor,” kata seorang wakil rakyat peringkat negeri yang enggan namanya didedahkan.

Pemerhati pula berpendapat situasi yang pernah disaksikan di Kelantan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1990 mula wujud di Selangor sekarang.

Kedua-dua pemimpin itu mencabar pentadbiran kerajaan negeri dengan mendakwa wujudnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

Khir dan Noh mendedahkan perkara itu dengan mengadakan sidang media berasingan baru-baru ini.

Bekas menteri besar membawa pemberita ke Kampung Bukit Changgang di Dengkil pada 11 Julai untuk mendedahkan perlombongan pasir haram, yang menurutnya menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun anak syarikat pasir kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd menafikan dakwaan itu.

Dua hari kemudian Noh pula menyewa sebuah helikopter untuk melihat sendiri kawasan perlombongan pasir di kawasan Kuala Langat dan Batang Berjuntai dari udara.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan wujudnya keretakan dalam hubungan mereka.

Ketua Penerangan Umno Selangor Umno, Abdul Shukor Idrus juga menafikan wujudnya masalah di antara Noh dan Khir.

“Kedua-dua mereka masih kawan dan tiada sebarang masalah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang ini kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Noh dan Khir bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan di arena politik domestik, khususnya di kaca mata Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, juga memperoleh sokongan yang dinikmati Khir di kalangan wakil rakyat Umno di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Barisan 19 wakil rakyat itu dikatakan berpecah dua masing-masing kepada Khir dan Noh.

Sementara waki rakyat lama memihak kepada Khir atas alasan menikmati sokongan daripada pentadbirannya sebelum ini, yang baki menunggu pengesahan Najib dalam menentukan bakal kepimpinan negeri Umno-BN.

Mereka melihat Noh akan mengetuai negeri jika BN kembali bertapak di Selangor.

Di sebalik persaingan itu, Umno Selangor juga berhadapan dengan krisis baru ekoran ada usaha meminta bekas menteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dari 1986 hingga 1997, agar mengosongkan jawatan ketua Umno Kelana Jaya.

Bekas naib presiden Umno ini yang mesra dikenali sebagai “Mat Tyson” masih memiliki pengaruhnya dan ia telah diperlihatkan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu.

Bagaimanapun Abdul Shukor mengetepikan tekanan dan teguran beberapa pihak mengenai kedudukan Muhammad dengan berkata, beliau kini dalam peringkat “separa persaraan”, cuma belum lagi membuat pengumuman rasmi.

“Beliau telah pun menurunkan tanggungjawab peringkat bahagian itu kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang,” katanya.

Turut mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri empat penggal, Datuk Mohamad Satim Diman.

Muncul spekulasi bulan lalu yang mengatakan wakil rakyat Sri Serdang itu akan melepaskan kesemua jawatan politik.

Ketidakhadiran Setiausaha Perhubungan Selangor juga menimbulkan spekulasi dengan sesetengah blog mendakwa beliau sudah tidak berupaya untuk memberi khidmat sebagai pemimpin Umno dan wakil rakyat.

Bagaimanapun minggu lalu, Satim menafikan yang beliau akan melepaskan kesemua jawatannya.

Pun begitu, masih wujud rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai mengenai peranan ahli politik veteran ini, yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 45 undi pada 8 Mac 2008.

“Sebagai ketua BN Puchong beliau tidak pernah memanggil mesyuarat sejak 2008 dan beliau tidak kelihatan di kawasan,” kata Ketua MIC Puchong Awtar Singh.

Awtar, yang satu ketika dulu pembantu khas Satim menambah, ahli politik itu telah gagal dalam tanggungjawab sebagai wakil rakyat pembangkang.

“Beliau telah gagal dalam menyuarakan kelemahan kerajaan Pakatan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Umno Puchong Datuk Radin Mokthar sebelum ini telah menafikan wujudnya masalah dengan kepimpinan Satim, sebaliknya mengendalikan urusan parti seperti biasa.