Problem Dunia: Usaha merampas kerajaan pakatan rakyat di negeri selangor tidak pernah dilupakan rejim umno. diakui sebagai lubuk emas memenuhkan kocek ketua-ketua umno, najib sentiasa mencari peluang, ruang dan masa untuk menjalan satu persatu strateginya.
Namun keadilan dan kebajikan yang diutamakan pemimpin pakatan rakyat diketuai Khalid Ibrahim dengan sendirinya berjaya mematahkan cubaan jahat najib razak dari berlaku.
Bermula isu kerajaan perpaduan umno-pas, isu pasir haram, adun lompat parti, kepala lembu dan berbagai lagi isu remeh temeh. Kini najib cuba mengeksploitasi hubungan rapat pimpinan pakatan rakyat dengan sultan selangor.
Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan baru Negeri Selangor digunakan sehabis baik untuk mengeruhkan hubungan kerajaan negeri dan Sultan Selangor. Pelantikan tanpa perundingan dengan Mmenteri Besar tetapi terus meminta perkenan Tuanku Sultan adalah sesuatu yang teramat pelik.
Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Oleh itu, jika mengikut logik akal, perundingan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya bersama-sama dengan panel dianggotai Menteri Besar atau sekurang-kurangnya orang yang dilantik oleh Menteri Besar.
Siapa yang dilantik oleh Sidek Hassan?
Khusrin Munawi, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, menempa nama dengan berbagai peristiwa memalukan. Khusrin banyak dilihat memihak umno dalam isu-isu melibatkan Agama Islam di Selangor.
Antaranya yang masih jelas boleh diingati, peristiwa beliau melobi keras untuk program umno di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Hanya kerana nazir disitu berkeras untuk patuh pada arahan Tuanku Sultan, program terbabit dipindahkan.
Khusrin dilihat membisu dalam isu lawatan Ahli Parlimen Hulu Selangor dari barisan nasional ketika pilihan raya kecil, P. Kamalanathan ke surau berbanding lawatan Ahli Parlimen Serdang Pakatan Rakyat Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.
Sebelum itu peristiwa penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri yang didakwa memberi ceramah tanpa tauliah. Peristiwa ini cukup memalukan Negeri Selangor dan Malaysia amnya.
Sementelah, beliau cuma berpangkat Jusa C dan akan melangkah Jusa B untuk memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Bagaimana individu yang terpalit berbagai kontroversi buruk ini dan dilihat sangat berlawanan pendirian untuk membantu kerajaan Selangor ke arah kemajuan.
Peranan Menteri Besar dan Kebijaksanaan Sultan Diperlukan.
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.
Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut Agama Islam,dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pentadbiran negeri.
Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malahan ianya boleh dilantik daripada "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.
Pengumuman yang dibuat ketua setiausaha negera bahawa pelantikan telah dibuat adalah jelas sebagai satu usaha mensabotaj dan mengulangi peristiwa rampasan kuasa kerajaan Negeri Perak.
Menteri Besar perlu segera mengingatkan Tuanku Sultan tanpa mengurangi darjatnya tentang peristiwa tersebut bagi mengelakkan keadaan serupa terjadi di negeri baginda.
Kami rakyat dibawah naungan Baginda Tuanku meletakkan sepenuh kepercayaan akan kebijaksanaan Tuanku dalam mentadbir negeri ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment