Oleh ramziredang
"Hasil dari pembacaan berbagai artikel, isu yang sedang heboh diperkatakan sekarang tentang video lucah dapatlah disimpulkan balik bahawa ia sebenarnya adalah video lucu. Kita cuma memerlukan tempoh seminggu lagi untuk membuktikan ianya video lucu kerana pembikinnya Datuk 'T' berjanji akan mendedahkannya. Ada sebab yang boleh kita rumuskan sesuatu yang amat bodoh lucah ini akan bertukar menjadi sesuatu bodoh lucu. Perhatikan persoalan di bawah.
1. Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke
2. Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tak ah, berita sekarang mungkin tuduh nazri kutttt.
3. Ketika saya mencari jam tersebut di sebalik cermin, saya terlihat banyak wayar yang berserabut di belakang cermin, lalu saya terjumpa camera video di dalam laci yang terkunci. Saya mengambilnya. (Soalan cepumas untuk saya. Kenapa saya mencari jam di sebalik cermin. Adakah saya telah tahu bahawa kebiasaannya Anwar akan menanggalkan jam dan meletakkan disebalik cermin? Adakah saya telah menyedari adanya adegan sex telah berlaku lalu saya mengambil kamera video tersebut. Saya tidak tahu siapa yang memasang kamera tersebut. Mungkin pihak hotel yang merakamkannya lalu saya mencuri harta hotel tersebut. Saya juga menjadi penayang video lucah kepada umum di dalam hotel. Adakah anda menyangka saya akan ditangkap? Heh heh heh saya tidak akan ditangkap polis kerana saya tidak ada apa apa hubunganpun dengan orang atasan BN) Selepas ini sesiapapun boleh menayangkan video lucah kepada umum dalam bilik hotel tanpa ditangkap polis.
Saya hanya menayang sekejab sahaja video tersebut dan tidak menyebarkan kepada umum seperti video Pelakon Utama parti Lucah Negara Chua Soi Lek. Video chua cepat cepat tersebar kerana hendak membuktikan memang dia, Sedangkan video ini saya akan simpan kerana sangat sangatlah ianya Anwar. Video ini juga tidak akan disiarkan langsung di dalam berita tv seperti video Chua kerana alasan saya ialah ianya memang Anwar. Tentu sahaja seluruh negara ternanti nanti untuk melihat dan menantikan kesahihan dakwaan saya, jadi saya akan 'jual mahal'.
Saya juga berjanji akan menyebarkannya di media antarabangsa dan saya telah mengedarkannya..opss..saya telah mengedarkannya ke?
4. Wartawan yang menonton video tersebut ada memberitahu bahawa pelakonnya mirip Anwar tetapi perutnya lebih buncit. Ahhh mungkin ketika itu baru lepas makan.
5. Pada 21 feb, Anwar sentiasa meng'update twitter dan facebook' ketika kejadian.(untuk makluman penulis artikel ini juga adalah follower twitter Anwar)...ahhh mungkin 'sambil kerja sambil juga kerja'.
6. Saya zulkfili nordin dan saya berkopiah kerana saya berimej islam. Saya memang belum melihat video tersebut tetapi saya pasti pelakonnya adalah Anwar. Sebab Islam yang saya bawa mengajar saya mengesahkan sebelum melihat bukti kerana ada ayat quran atau hadis yang saya belajar supaya tidak menyiasat sesuatu berita dan jangan takut samada berita itu dari kalangan munafik...ops ada ke saya belajar ayat ni?
7. Saya ulama negara. Orang selalu menuduh saya sebagai ulama bisu padahal saya tidak bisu. Cuma dalam berita yang seperti ini saya tidak mahu bersuara. Anda boleh berkata macam macam terhadap saya tetapi tahukah anda berapa gaji saya? ah ah ah? kalu gaji saya ilang macamana? Tidakkah Islam melarang kita tidak bekerja? Nanti anak isteri kita akan susah, padahal Islam menetapkan suami sebagai penanggung nafkah. Anda tahu ke?
8. Dengan berita ini tersebar walaupun ianya belum dipastikan, maka saya dapat untung. Siapakah saya?
No comments:
Post a Comment