Best Ever, Tolong Klik Sini!

Sunday, September 25, 2011

Keputusan Palestin Anggotai PBB dalam 35 Hari! Semoga Tercapai..

ProblemDunia berharap dan berdoa moga permohonan iktiraf negara Islam Palestin tercapai tanpa sebarang masalah. Amiin..
Sokong Negara Palestin!

AMMAN, 25 Sept — Presiden Palestin Mahmoud Abbas menjangkakan Majlis Keselamatan akan membuat keputusan berhubung permohonan mereka menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai anggota penuh dan diiktiraf sebagai negara bebas dalam 35 hari.
Katanya, beliau berharap isu itu akan diselesaikan dalam masa beberapa minggu ini, bukannya mengambil masa berbula-bulan.
Bercakap kepada pemberita di pesawatnya ketika pulang dari menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, Mahmoud berkata awalnya Majlis Keselamatan kelihatan tidak bersemangat untuk membincangkan permohonan mereka.

Mahmoud (gambar) mengemukakan permohonan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon kelmarin.
Bagaimanapun katanya, suasana itu sudah berubah selepas beliau menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung kelmarin, menekankan keperluan diiktiraf Palestin sebagai negara bebas bersama Israel.
Amerika Syarikat, sekutu rapat Israel, telah mengumumkan bahawa ia akan menghalang permohonan itu.
Kedua-dua Washington dan Tel Aviv menegaskan perundingan secara langsung merupakan cara betul bagi Palestin menikmati kedamaian.
Amerika Syarikat ada kuasa veto di Majlis Keselamatan yang mempunyai 15 anggota.
“Kami bercakap soal beberapa minggu, bukan berbulan-bulan,” kata Mahmoud sambil menambah, ia kemungkinan akan mengambil masa 35 hari.
Duta Lebanon ke PBB kelmarin berkata Majlis Keselamatan akan bersidang esok untuk membincangkan permohonan Palestin. — Reuters

No comments:

Post a Comment